Hazman membuka stor tersebut dan melihat....
Amira yang sedang menangis teresak-esak sambil duduk di atas freezer. Hazman tanpa ragu menegur Amira
"Eh kenapa ni, dah shh shh abg ada ni...,cuba bagitahu abg kenapa?" Amira membalas "Diorang tu, selepas dapat tahu kita accident lepas curang ngan isteri abg.....tak berhenti-henti mengata kita dan pandang mira ni serong....mira ni jahat sangat ke bang???? kalau tahu jadi camni elok mati je time accident tu settle citer" Hazman dengan nada terkejut dan memujuk "Eh mira, apa cakap camtu.... tak elok tahu tak...bende dah jadi jangan lah kita fikir-fikir lagi, mira cuba bersabar, abg ada biar abg setttlekan" dan Hazman menenangkan Amira dan menyuruhnya pergi ke toilet untuk mengambil mood semula.
Hazman dengan berang memanggil semua pekerjanya untuk masuk ke officenya itu. Hazman memarahi 5 orang pekerjanya itu dan mengatakan "Kenapa korang sibuk sangat ehh? Hidup tu tolong jangan jaga tepi kain orang...Korang ni perfect sangat?? alim??" semua pekerjanya hanya menunduk dan mempamerkan muka kekesalan mereka.
Hari Seterusnya
Perangai Hazman makin tidak terkawal apabila dia sudah melebihkan Amira berbanding isteri tersayangnya yang umpama tidak wujud lagi. Lisa sering mengadu perkara ini dengan mak abahnya, menyebabkan mak abahnya menyuruh Hazman menghantar anak mereka itu ke kampung sebentar. Namun Lisa tidak bersetuju kerana dia merasakan seperti berlaku kejam kepada suaminya itu, jadi Lisa mengambil keputusan untuk bersabar.
Lisa juga membuat solat hajat untuk mendapatkan pertunjuk daripada Allah SWT berkaitan suaminya itu.
...
Dimarahi Makcik Amira
Makcik Amira kelihatan tidak dapat menerima Hazman apabila dia sering dihalau bila lelaki itu sampai dihadapan rumahnya untuk menjemput Amira. Ada suatu ketika Amira nampak kedatangan Hazman ke rumahnya untuk menjemputnya dan Amira segera berlari ke kereta dan berkata pada Hazman "Abg jangan amik mira lagi makcik marah, baik abg pergi cepat!" belom sempat menekan pedal minyak makcik Amira keluar dan berteriak "Kau nak apa lagi!! Aku kata jangan jejak rumah ni lagi!! Faham tak? BERAMBUS!" dengan kata yang agak kesat Hazman mula tersinggung dan terus pecut laju. Amira pun berjalan kaki ke restoran dan bertemu Hazman dan mengatakan yang dia ingin memohon maaf atas perbuatan makciknya itu. Hazman kesal namun dia memahami yang itu bukan kehendak gadis pujaan hatinya itu.
Amira memujuk hati Hazman dengan mengatakan "Okey camni, abg boleh amik mira....tapiiii bukan dekat depan rumah..abg amik mira jauh skit supaya makcik tak perasan okey?" Hazman tersenyum dan mengangguk faham disertakan dengan ayat "Ye lah sayang....." sambil mencuit hidung gadis comel itu. Mereka berdua menyambung kerja masing-masing dan cuba menyelindungi hubungan rapat mereka itu.
.....
Hati Lisa
"Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan untuk hadapi semua ini ya allah, Aku redha dan sabar demi mu dan juga kebaikan untuk anak-anak ku. Berikanlah aku petunjuk agar semua ini bisa pulih seperti sedia kala....AMIN" Lisa memberikan salam dan selesailah solat isyaknya itu.
Hati Lisa bagai remuk hancur melihat kelakuan suaminya itu dan Lisa sendiri menampal hatinya yang hancur itu dengan berdoa. Lisa tahu dirinya sudah tidak wujud di dalam hati suaminya itu dan dia tahu suaminya itu lindungi sesuatu.
Ketika suaminya sedang bersiap untuk tidur di dalam bilik air. Lisa tergerak untuk selongkar telefon bimbit suaminya itu meskipun dia tahu itu salah, namun demi kebaikan bersama Lisa melakukannya. Sekali lagi, hati Lisa bagai dipijak-pijak apabila melihat ayat suaminya di conversation bersama Amira seperti pasangan suami isteri
"Goodnight sayang tidur leklok, love u" "sayang saya dh mula rindu, hehe....jumpa esok kat restoran" "alolo kesayangan hati saya ni merajuk ke??" itu lah antara ayat-ayat umpama pisau yang menikam hati Lisa.
Sejurus suaminya itu keluar dari bilik air, Lisa seperti gunung api yang meledak...
"AWAK APA SEMUA NI!!!!" Lisa kecewa dan terus mengemas pakaiannya untuk pulang ke rumah keluarganya. Suaminya itu seperti tidak mempunyai perasaan dan hanya diam dan membiarkan tindakan isterinya itu sambil mengatakan "Nantiy kalau dh keluar kunci pintu tau, malas nak turun...take care" Hazman memang sudah gila.
....
Keputusan Hazman
Lisa dan anak-anak kini berada di kampung dan meminta pertolongan jirannya yang merupakan seorang ustaz untuk menasihati suaminya, bukan niat untuk menuduh tetapi suaminya seperti angau semacam sampai Lisa dan anak-anaknya ini seperti tidak wujud.
Hazman tidak merasa kehilangan isterinya malah dia lagi suka kerana lebih banyak masa bersama Amira. Pada suatu malam, Hazman membawa Amira untuk keluar makan dan mengatakan hasratnya. "Mira abg rasa sudah tiba masanya untuk kita tamatkan semua ini, abg ada kenalan dan kita boleh bernikah di Thailand dan kita boleh jadi suami isteri yang sah" Amira membalas dengan ragu-ragu "Mira bukan tak nak cuma mira rasa tak patut kalau abg buat macam ni pada kak Lisa" Hazman dengan kecewanya membalas "Abg tahu semua tu, tapi abg tak fikir apadah...abg sanggup buat apa ja untuk mira" gadis comel itu membalas "betul ni sanggup buat apa ja? kalau camtu abg beranikan diri untuk beritahu akak dan kalau kak lisa tak terima abg sanggup ke nak tinggalkan dia?" Hazman berfikir sejenak dan memberi jaminan kepada Amira "Baiklah, jangan risau...kita tetap akan kahwin, percaya cakap abg"
Ketika di restoran, Hazman sentiasa melihat pekerjanya yang lain itu mempertikaikan hubungannya dengan Amira. Hazman sering memarahi pekerjanya sehingga sorang daripadanya berhenti.
Mengenang apa yang dikatakan oleh Amira, Hazman mengambil keputusan untuk pulang ke kampung membawa surat persetujuan untuk dia berkahwin dengan Amira kerana itu permintaannya.
.....
Di Kampung
Setibanya di Batu Pahat, Hazman terlihat biasa sahaja dan memohon maaf kepada mertuanya serta isterinya. Hazman mengambil hati isterinya dengan membawa mereka sekeluarga untuk makan malam di warung seafood berdekatan situ. Terubat sikit hati Lisa bila melihat suaminya itu kerana dia tidak tahu perbuatan itu ada udang disebalik tomyam yang dipesannya.
Di dalam bilik Hazman memberitahu isterinya tentang hasratnya itu "Sayang.....saya tahu saya banyak buat silap, tapi saya tak boleh tipu hati saya ni dan saya buat semua ni untuk tidak berselindung lagi dengan awak dan saya janji akan sentiasa adil dan saksama." Hazman menyerahkan surat itu kepada Lisa.
"Ya Allah kenapa awak ni...kenapa buat saya macam ni" Hazman tidak dapat menahan marahnya kerana tahu Lisa tidak akan bersetuju Hazman berang "Eh kau setuju boleh tak!!! Apa kau nak aku bagi selama ni...Baju kau pakai skrang ni pun aku yang beli, takkan aku minta tandatangan pun kau tak boleh nak bagi" Lisa membalas "AWAK MEMANG DAH GILA....apa yang dia buat sampai awq jadi macam ni??!" sejurus ayat itu keluar dari mulut Lisa, Hazman dengan bengis "PAP!!!" melempang Lisa "Kau memang pompuan tak guna kan...ingat eh aku boleh buat apa ja, baik kau tanda tangan cepat BODOH!" Lisa menjerit "TOLONG!!! ABAH!!!!" kerana ketika ini Hazman telah mencekik Lisa. Bapa mertuanya yang sudah berusia itu bergegas ke bilik tersebut dan menumbuk Hazman. "BODOH punya orang tua...anak ngan bapak sama Bodoh!" Hazman bangun dan menolak orang tua itu sehingga jatuh dan pengsan. "Tolong!!!!!" Lisa menjerit dan sekaligus menarik jiran untuk menjenguk dan ibu Lisa yang bersama cucunya sedang dari tadi melihat keadaan Hazman yang tidak terkawal telah menghubungi polis. Hazman yang berang ketika itu ditahan oleh jiran mereka, dan cuba juga untuk melawan orang kampung tersebut.
Ketika di luar rumah, kelihatan Amira sedang menunggu Hazman di luar. Hazman yang berada di dalam perlukan orang kampung terus meronta dan berjaya melepaskan diri.
Hazman berlari pada Amira.
"Macam mana Amira tahu abang ada dekat sini" tanya Hazman yang tercunggap lelah.
"Mira ikut abg senyap-senyap. Sebenarnya ada bende yang abg perlu tahu"
"Apa dia sayang" balas Hazman
"Kita takkan berkahwin...." belom sempat Amira menghabiskan ayat itu Hazman mencelah.
"TAK! kita akan kahwin..." Hazman menoleh pada orang kampung dan isteri serta anak-anaknya.
"Dengar sini, Amira akan jadi isteri saya walau apapun yang berlaku....Aku takkan lepaskan dia...."
Kedengaran sahutan daripada orang kampung "KAU DAH GILA HAZMAN".
"MEMANG!...memang aku gila, korang nampak ni...ni lah isteri baru aku...sebab aku ceraikan Lisa binti Badrul dengan Talak 3...
"Abang" tegur Amira.
"Kita takkan bersama....sebab mira akan pergi abg. Ini semua tak nyata..."
Hazman bingung. Susuk tubuh Amira makin pudar pada pandangan Hazman.
....
Kebenaran
Setibanya anggota polis, Hazman telah digari kerana bertindak agresif. Bapa Lisa juga sudah kembali sedar dan telah dibawa ke hospital. Hazman menengking pada Lisa "Aku tak perlu bini macam kau HAHAHA kita cerai.....Aku sayang Amira bodohhhh hahahaha aku sayang amira..." Lisa tidak dapat menahan lagi dan berkata
"Kau memang dah gila!!!!! dia tak wujud!!!! kau yang bawa dia dan accident sampai dia meninggal..... kau gila Hazman kau gila.."
Hazman ketawa dan terlihat susuk tubuh Amira yang secara tiba-tiba muncul kembali. "mira sayang...kita akan kahwin tauu, tunggu abg...tunggu tau!!!". Lalu susuk tubuh itu lenyap dan Hazman dibawa ke balai.
Kesimpulan
Hazman disahkan mengalami tekanan mental akibat tidak dapat menerima kejadian seperti itu. Kemalangan yang berlaku kepada Hazman dan Amira telah meragut nyawa Amira di tempat kejadian dan hanya Hazman yang terselamat meskipun cedera parah.
Amira meninggal dunia akibat mempunyai kompilasi pada jantung yang sebelum ini telah pun menganggu kesihatannya. Ketika kemalangan itu berlaku, Amira mengalami serangan jantung dan meninggal ditempat kejadian.
Pekerjanya telah memaklumkan kepada kak Lisa iaitu isteri kepada bos mereka itu tentang keadaan Hazman yang sering bercakap seorang diri dan menyebut nama arwah Amira. Text yang dihantar oleh Hazman kepada Amira yang dibaca oleh Lisa sama sekali tidak di balas kerana gadis tersebut sudah nyata tidak wujud lagi...
Tamat.