"Okay kelas, itu saja untuk hari ini.. jangan lupa untuk hantar tugasan tu minggu depan ya. Hati-hati balik rumah"
Guru muda itu menyuraikan kelas sedang tangannya menyelak rambutnya yang menutupi, disisipkan di telinga. Selepas seharian mengajar, dia hampir tamat bekerja, namun masih ada satu perkara yang bermain di fikirannya
"Kitahara san, boleh tunggu sekejap tak?"
Dia mengarahkan Mizuki untuk kekal di dalam kelas sementara murid lain beredar. Daisuke yang turut berada dalam kelas pun mengemaskan barangnya lebih perlahan kerana ingin tahu mengapa, namun masih mengekalkan lakonannya sebagai hanya rakan sekelas semata-mata.
"Jumpa esok, Cikgu Hirase!"
Kebanyakan pelajar kelas itu tidak lupa untuk menyapa guru tersebut sebelum meninggalkan kelas. Wanita berusia 20-an itu memang disenangi pelajar kelas tersebut, mereka cukup mesra dengannya. Daisuke menuruti sekumpulan pelajar yang meninggalkan kelas itu namun sebaik keluar dari kelas, dia bersembunyi di laluan ke tangga di belakang kelas dan menekap telinganya ke dinding. Mencuri dengar perbualan di dalam. Tanpa menimbulkan syak wasangka.
"Kitahara s- ah alang-alang kita saja sini, panggil Mizuki saja lah, boleh?"
Mizuki hanya bersetuju
"Ah saya okey je"
Walaupun dia tampak agak segan.
"Sebab saya anggap Mizuki ni dah macam adik sendiri dah"
Bertambah segan gadis itu diusik guru kegemarannya.
"Maaf maaf *tertawa* nak tanya sikit ni, Mizuki memang betul dah sihat ke? Fuu-.. Mak Mizuki ada cerita dekat Cikgu, semalam balik lewat lagi ye-"
Terhinjut Mizuki, cukup untuk menjawab pertanyaan cikgunya itu. Hirase menegur gadis itu, agak tegas namun masih mesra, bagaikan cubit-cubit manja
" *keluh* kamu ni.. janganlah risaukan mak kamu macam tu, kamu ni satu-satunya anak manja dia tahu tak"
Dia mengusap kepala pelajar itu
"dan kamu juga pelajar comel Akak, ingat tu"
"Umm baik, Cikgu Hirase.. saya.. cuma.. tertinggal barang kat sekolah masa tu..."
Matanya meliar, mengelak dari bertentang dengan mata Hirase.
"Mizuki ada masalah dekat sekolah ke? Badan Mizuki dah tak ada masalah ke? Kita-kita aje ni, kalau ada apa-apa cakap je"
Mizuki bukannya tak faham sikap baik hati guru kelasnya itu, dia memang seorang guru yang prihatin dengan murid-muridnya. Tapi masalah ghaib yang dihadapinya sejak dua menjak ini bukanlah sesuatu yang mudah diceritakan. Dia sendiri pun belum memahami sepenuhnya apatah lagi nak menerangkannya semula pada orang lain.
"Betul.. takde apa-apa pun... saya sihat je.."
Jelas Mizuki sambil memandang ke bawah.
"Huh.. okaylah... baguslah kalau macam tu."
Mizuki hanya tersengih, membuktikan keadaan baiknya.
"Maaflah ye Mizuki chan, mungkin Mizuki agak tak selesa nak sembang pasal ni dengan Akak. Yelah Akak kan ni orang luar"
Mendengar ayat cikgunya itu yang agak merajuk, cepat-cepat dia menafikan kenyataan itu
"Ehh? MMM mana ada... Saya tak kisah sangat pun... kalau dengan Cikgu..."
Hirase membalas pengakuan gadis tersebut dengan senyuman
"Mizuki ni sangat bertimbang rasa walaupun masih budak... Tapi Kak faham je kalau susah untuk Mizuki berkongsi sangat pasal ni... cuma Kak nak pesan lah, tak ada siapa akan salahkan Mizuki kalau Mizuki ambil masa lebih sikit, asalkan Mizuki ada kemahuan nak teruskan, tak salah kalau sekali sekala Mizuki perlu berehat kejap. Akak dan ibu Mizuki akan sentiasa sokong Mizuki"
Melihat Mizuki masih belum cukup terbuka dengan dia, Hirase membongkok dan memandang Mizuki pada aras yang sama, bukan untuk menggertak tapi untuk berada di paras yang sama, lebih dekat dengan gadis tersebut
"Mizuki mungkin tak sedar tapi, Mizuki dah banyak tolong Kak sebelum ni, jadi kalau ada apa-apa yang Mizuki perlukan, sama ada dalam ataupun luar sekolah, bagi Kak tolong Mizuki pulak. Sekurang-kurangnya bagi Akak balas jasa Mizuki pulak..."
Dia mahu Mizuki tahu yang dia boleh jadi teman Mizuki apabila dia tiada orang lain untuk luahkan perasaannya, bukan sahaja sebagai seorang guru kelas, tapi sebagai sebahagian dari keluarganya, sebagai seorang kakak, sebagai kawan. Pengganti.
Selepas perbualan tersebut, Mizuki berkerut dahi mempertimbangkan tawaran Cikgu Hirase itu. Di antara keganjilan situasinya dan betapa ringan beban otaknya jika dia ada teman berkongsi masalah. Sedang dia asyik memikirkan perkara itu, tangannya secara tak sedar terbawa ke kepala, ingin menggaru kepalanya yang sedang bingung dengan masalahnya. Namun belum sempat dia mencapai tengkorak kepalanya, dia perasan sesuatu di dalam genggaman tangannya, secebis kertas, sebuah suratan.
Mizuki menuju ke sebuah laman kecil di belakang sekolah. Tempat yang paling terpencil di kawasan sekolah ini dan tiada orang yang lalu-lalang. Sebuah ruang yang agak ganjil hasil daripada pelan pembangunan sekolah tersebut yang kurang terancang. Namun ia masih satu ruang yang agak selesa untuk berada, bayang bangunan sekolah dan sejuk angin pantai mengekalkan kenyamanan ruangan itu. Tempat lepak yang sesuai untuk budak ponteng kelas. Nota yang menyuruh Mizuki datang ke sini tadi terurai sebaik sahaja dibacanya, itu sahaja sudah cukup untuk memberitahunya siapa penghantar surat tersebut.
"Jadi kau ni murid kesayangan cikgu lah ye"
Tiba-tiba sahaja Daisuke membuka perbualan, mengejutkan Mizuki.
"Wwaaahh! Datang dari celah mana awak ni?!"
Melompat budak perempuan itu dibuatnya
"B-bukan macam tu lah ish... dia cuma dah kenal mak saya lama je..."
Jelasnya, sedikit mencebik. Tidak mahu hubungan rapatnya dengan cikgu Hirase menjadi bahan usikan budak lelaki itu.
"Satu lagi, kenapa lah awak ni
Dia hanya tersenyum
"Jadi ada apa-apa lagi yang awak nak saya jelaskan dari kejadian semalam tu?"
'dia buat tak tahu je...'
Walaupun kurang berpuas hati, Mizuki biarkan saja dan menumpukan untuk bertanyakan sesuatu yang dia lebih ingin tahu sebelum ini.
"Tangan awak, walaupun sedikit ganjil tapi saya masih boleh sentuh, begitu juga perempuan tu. Tapi pisau awak... saya boleh rasa... tapi tak boleh pegang..."
"Jadi topik harini adalah bentuk ZB, atau untuk bahasa korang 'Rei Tai', tapi sebelum tu mungkin lebih mudah kau faham kalau aku tunjuk terus"
Daisuke menghulurkan tangan kehadapan dengan telapaknya menghala ke atas, sementara tangan lainnya menampung dari bawah.
"ZB atau Reichitsu ni sangat sensitif, terutama dengan fikiran kau, membolehkan kau ubah mereka jadi apa saja yang kau bayangkan, mereka juga bahan penting yang membina... jiwa kau.. kononnya.."
Dia tertawa kecil.
Bebola asap bercahaya terbentuk di atas telapaknya, ia mengeluarkan sedikit gelombang elektrik di sekitarnya.
"Tubuh saya masa tu berada di antara keadaan jasmani dan ghaib, sebuah Reitai, dan pisau saya adalah sepenuhnya ghaib, hanya boleh diusik oleh benda ghaib. Tak peliklah kalau awak tak boleh sentuh pisau tu. Reichitsu ni awak boleh bentuk jadi apa-apa saja yang minda awak boleh faham dan bayangkan"
Sambil dia memberi penerangan, bebola asap aneh yang itu mula berubah ke bermacam-macam bentuk dan rupa, menjadi kereta mainan plastik, menjadi bebola api, menjadi bebola tenaga bersinar biru yang berputar di atas tangannya, mengejutkan Mizuki.
"Yang ni aku panggil, Raseng-"
"Jangan! Jangan! Awak tak boleh buat yang tu!!"
Cemas gadis itu.
Walaupun bingung, Daisuke tidak menghiraukan reaksi Mizuki itu dan meneruskan penerangannya
"macam yang aku cakap, dalam Reitai ni kau, kau boleh buat ini semua untuk seluruh tubuh kau sendiri"
"WOW... J-jadi saya boleh berubah menjadi apa-apa saja dalam bentuk tu? Hanya dengan fikira-"
"Tetapi"
Daisuke memotong
"Dalam jasad fizikal kau, ia lebih selamat dan terkurung dalam badan kau. Bila kau bertukar ke Reitai, ia lebih terdedah dan tak selamat. Mereka ni sangat fleksibel dan mudah bertindak balas, kena tiup angin sikit pun boleh terbang dan kau takkan dapat kembali ke bentuk asal selagi kau tak kumpul mereka semula"
Mizuki sedikit khuatir
"Tapi sebelum ni saya buat okey je kan?"
Daisuke tampak tidak bersetuju
"Cukup-cukup makan je"
Mizuki kecewa, kemudian bengang
"Kalau macam tu apa guna awak bagitau saya semua ni?!"
"Hahah sabar... sabar... itu amaran awal je, bila awak dah bertukar ke Reitai nanti saya boleh bantu awak kekalkan mereka di satu tempat"
"Kalau macam tu cakaplah awal-awal!
Mizuki sedikit jengkel.
"Tapi kau betul-betul kena ikut cakap aku tau, benda bahaya ni"
Mizuki menelan air liurnya.
"Bila kau bertukar aku nak kau jerit kuat-kuat 'BERTUKAR' "
"awak ni main-main dengan saya ke?!"
Balas Mizuki.
"Hahaha ada la sikit, tapi memang ada sebab aku suruh kau buat. Macam yang aku cakap tadi, walaupun Reichitsu ni mudah bertindak balas, mereka juga peka dengan pengaruh otak kau. Bila kau menamakan proses berubah tu, otak kau akan lebih senang untuk ingat. Ada kuasa dalam nama"
Ungkap Daisuke, sedikit bangga.
Mizuki menyerah
"Okeylah... awak jangan main-main dengan saya lagi tau?"
Daisuke tersenyum, mengangguk.
"Baik, kita mula!"
Dengan pantas dan tanpa amaran, dia menjentik dahi gadis itu, perlahan.
Sejurus itu, Mizuki tertolak ke belakang meskipun tidak berapa kuat jentikan tersebut. Ada benda lain dalam jentikan itu, jarinya bersinar, disaluti ZB. Mizuki mula terjatuh, hilang keseimbangan ke atas tubuhnya sendiri, kulitnya mula lesap. Namun hanya untuk sedetik, kulitnya yang sudah putih melepak seakan-akan bercahaya, lebih ketara apabila diganding dengan hitam kebiru-biruan rambutnya. Namun di balik tirai rambutnya itu, bukanlah kulitnya tapi sebenarnya adalah matanya yang bersinar. Sinar biru langit terpancar dari anak matanya untuk sedetik sebelum dia kehilangan bentuknya yang kini.
Dia kalut cuba mengawal tubuhnya, buat seketika dia memaksa bibirnya untuk bertutur sebelum hilang sedar
"B-B-BERTUKAAAAAARRRRRRR!!!"
sesudah sahaja dia mengucap perkataan itu, bentuknya mula hancur, mimik mukanya berbelah bahagi, tangan dan kakinya runtuh dan bercerai-berai. Dia hilang sedar sekejap sebentar tadi, namun kini bentuknya mula runtuh.
"dah.. agak dah.."
Daisuke menutur perlahan.
"Waaahh?! Takkanlah rupa ni lagi?!!"
Mizuki berteriak kecewa, tubuhnya kembali ke bentuk bebola seperti yang didapatinya pertama kali dalam Liang Ruh sebelum ini.
"Takde rupa yang segak sikit ke?!"
Daisuke mengeluh sedikit
"Memanglah kau kembali ke bentuk ni, ini je bentuk yang Reichitsu kau kenal."
"Ap- jadi, setiap kali saya bertukar memang macam ni je la rupa saya???"
"Hmm kau masih boleh ubah ni, tapi lepas lama sikit dan dah usaha sikit, kau boleh ingat semula perasaan menggerak-gerakkan tangan kau, kaki, hidung mulut dan lain-lain macam betul-betul ada. Tubuh kau akan ingat pengalaman tu walaupun dari badan fizikal kau. Lepas usaha sikit, kau boleh bawa tubuh tu ke Reitai kau"
"Jadi pengalaman badan sebenar saya masih berguna untuk Reitai ni..."
Mizuki sedikit lega mendengar berita itu.
"Kena kerja kuat sikit, tapi ya. Macam kau berlari dalam air, masih boleh buat tapi kena kerja kuat sikit, lebih baik kau lari atas darat"
Terang Daisuke.
Jadi jom kita regang-regangkan, tarik keluar anggota badan kau tu!"
tanpa membuang masa, dia mengerah Mizuki bekerja.
"Yaaaaahhhh!!!"
Dan budak perempuan itu pun turut bersemangat.
Sementara itu, di sudut lain di sekolah berkenaan, di kala suasana riuh dengan kegiatan kelab oleh pelajar sekolah itu, satu bayang menjelma. Satu makhluk aneh yang berubah-ubah bentuk dan memanjat dinding, menempelkan dirinya di celahan dinding di antara dua kelas. Ia memeriksa sekitarnya, mencari mangsa hinggalah ia nampak seorang pelajar perempuan yang mendekati lokasi itu. Pelajar yang sudah kelihatan lesu dan tidak bersemangat, sasaran yang sesuai.
"Ugh... awak kata, apa yang saya fikir adalah apa yang terjadi, kan...? Sebelum ni senang je saya buat"
Mizuki merungut. Dia mengadapi kesusahan mengawal ZB nya untuk ikut apa yang dibayang akalnya.
"Memang la dalam Rei Kan kau lagi senang, sebab ruangan tu dah memang dalam kau, dekat luar lain cerita lah. Satu lagi aku sarankan kau bentuk anggota kau tu dari tengah-tengah dan bukan mula dari hujung supaya-"
Belum sempat Daisuke habiskan ayatnya
"HYYYAAAAHHHHHHHHH!!!!"
Teriakan seorang perempuan mengejutkan seluruh isi sekolah, mereka berdua serta pelajar-pelajar dan guru-guru di dalam bangunan itu. Bergema teriakan tersebut di seluruh bangunan sekolah hingga ke pantai Hokubu di hadapannya, menakutkan burung-burung camar di situ, berterbangan ke udara.