Gina terduduk di atas lantai itu dengan muka tergamam sebaik mendengar nama itu.
"Apa mama kata tadi?Zara?"sebutnya sebelum menelan air liur.
Belinda tunduk memandang Gina. Dia bangun dan memimpin anaknya duduk di sebelahnya.
"Sayang..apa yang tengah berlaku ni?"tanya Musa kebingungan.
"Anak ibu?Ibu ada anak lain?"tanya Mason dengan muka terkejut.
Belinda mengangguk kepala. Tidak menpedulikan anak lelaki Gina dan Musa yang sepertinya dalam keadaan bingung.
"Ya..Zara...dia ikut mama ke sini bersama." kata Belinda sambil memandang Gina.
Gina membutang mata terkejut setelah teringat akan gadis yang ditemui tadi. Zara Delisha. Gadis itu anaknya?Tapi kenapa gadis itu tidak berkata apa-apa. Kerana itu ke gadis tersebut menangis. Bukan sebagai peminat tetapi sebagai anaknya?Menangis sebab dia sebagai ibu sendiri tak dapat cam anak sendiri?
"No!My baby.."sebut Gina dengan tergamam.
Gina terus bangun dari situ, dia merempuh keluar dari bilik itu dan meluru keluar seperti orang tidak tentu arah. Mike dan Mason sudah berlari mengejar Gina. Risau melihat perubahan ibu mereka.
"Ibu..."panggil Mason.
Gina memandang kiri dan kanan. Melilau kalut melihat setiap tetamu di situ. Hendak mencari kelibat gadis itu. Dia perlu jumpa semula gadis itu. Dia perlu!Dia mahu berjumpa dengan anaknya semula. Anak yang telah dia tinggalkan 21 tahun yang lalu. Anak yang sentiasa dia ingat selama ini.
Sewaktu Gina belok ke selekoh kanan arah bertentangan, waktu itu la muncul Daniel bersama Taylor dan Zara. Mereka berjalan keluar dari situ bersama-sama dengan derap langkah tenang dan bersahaja.
Waktu itu, Gina berdiri membelakangkan mereka bertiga. Jadi dia langsung tak perasan.
Bila Gina berpaling ke arah tadi, tiga orang itu sudahpun selamat keluar dan tidak kelihatan.
"Ibu kenapa ni?"tanya Mason sambil memeluk bahu Gina dengan risau.
Gina memegang tangan Mason. Dia pandang Mason dengan kening berkerut.
"Zara...mana dia?"nangisnya tidak tentu arah. "Anak ibu....Zara ampunkan ibu.."Gina tidak tentu arah.
Mason memandang kiri dan kanan dengan kening berkerut. Bingung dengan apa yang sedang berlaku. Tidak faham apa yang ibunya kalut katakan.
Gina terduduk di atas lantai itu sambil menangis. Menarik perhatian para tetamu yang ada di situ. Mike dan Mason bercakung di depan Gina yang sudah menangis tanpa suara dan tersedu sedan menyebut nama yang sama berulang kali.
"Ibu...tolonglah jangan macam ni..."pujuk Mike dengan kening berkerut.
Sementara Mason sudah tidak tentu arah.
"Anak ibu..."nangis Gina dengan sedih yang teramat sangat. "Ya Tuhanku...kenapa.."ratap Gina dengan terdesak saat mencengkam kain baju di dadanya kerana rasa sesak di dada waktu itu.
Belinda muncul tidak lama kemudian, dia mendapatkan Gina dan memeluk wanita itu sewaktu Musa berdiri di belakang dengan renungan tidak faham.
"Shh...Gina..she gone..."ujar Belinda yang sudah faham apa yang sedang berlaku.
"No...I want her..."nangis Gina di balik bahu Belinda.
Belinda memeluk badan Gina dengan erat. Dia memandang wajah dua orang cucu lelaki yang sedang kebingungan di depannya. Cucu lelakinya. Anak perempuannya. Apa yang dia mahukan sudah berada di depan mata.
Zara telah rancang pertemuan ni untuknya tanpa mahu memperkenalkan diri pada Gina. Zara telah menghantar dia ke situ untuk tinggal bersama dengan Gina.
"Kenapa..."ratap Gina. "Kenapa dia tak beritahu...Dia ada dalam pelukan Gina..."sedu Gina.
Mike dan Mason yang ada di situ berkerut kening bingung. Masih belum jelas apa yang diratapkan ibu mereka.
Belinda mencebik bibir menahan dari menangis.
"Sebab dia tak nak bebankan kamu lagi..sebab itu dia tak cakap apa-apa..."pujuk Belinda.
Gina menggeleng kepala tidak dapat menerima apa yang berlaku. Dia angkat tangannya dan melihat tangannya yang telah memeluk anak perempuan sulung. Anak perempuan yang dia terpaksa tinggalkan.
"Gina nak minta maaf pada dia mama...Gina nak minta maaf pada dia sebab Gina tinggalkan dia...Gina nak keampunan dia..."sedu Gina dengan sebak.
Belinda mengangguk kepala.
"Dia dah maafkan kamu Gina...dari awal lagi dia sudah maafkan kamu..."ujar Belinda lagi.
Gina teresak-esak nangis di atas lantai tersebut.