webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · Adolescente
Sin suficientes valoraciones
78 Chs

Bab 6 : Shhh....Misi Rahsia

"Kau dah ready?"tanya Sarah pada Zara.

"Dah..."jawab Zara sambil memandang kiri dan kanan jalan pintu masuk hostel. Menunggu kereta untuk tumpangannya ke bandar nanti.

"Ingat semua rancangan kita??"bisik Sarah lagi saat matanya terarah pada kereta hitam yang di parkir di bawah pokok. Jauh dari cahaya. Namun begitu dia dapat mengesan ada kepala bergerak dalam kenderaan yang gelap itu.

Zara mengangguk kepala.

Pada masa itulah, cahaya lampu kereta menyilaukan dari arah kanan mereka kelihatan. Secara automatic Sarah dan Zara mengecilkan mata. Memerhati kereta HILUX hitam berhenti di depan mereka berdua.

Mereka perhatikan sahaja cermin kereta tempat duduk sebelah pemandu turun. Mendedahkan wajah lelaki kedua yang kelihatan kacak dengan jaket kulit hitam dan rambut di gel.

"Hai...sorry lambat..marilah naik..."pelawa Jason, yang diberitahu Sarah pada Zara.

"Maaf ya...kawan saya ikut last minute..."ujar Sarah sambil membuka pintu tempat duduk belakang. Mendedahkan lelaki ketiga sedang duduk di tepi tingkap dengan kaki kanan bersandar di kerusi pemandu.

"It okay...lagi ramai lagi bagus..."balas Kaden dengan senyuman boyish di bibir, pelajar tahun pertama rupa-rupanya. Serius muka mereka matang seperti pelajar tahun terakhir.

Sarah ketawa janggal taktala ambil tempat di sebelah Kaden. Sementara Zara di tepi pintu.

"Jom lah kita gerak..."ajak Sarah.

Lelaki pertama yang memandu kereta mengerling melalui cermin pandang belakang.

"Free kan semuanya?"soal Hardi.

"Yupp...free."tipu Sarah. Sebenarnya tak ada pun pass masuk percuma ke kelab ekslusif tu pun. Semuanya hanyalah tipu belaka. Sarah dan Zara sebenarnya cuba selinap keluar dari asrama itu tanpa di curigai oleh 'kereta bawah pokok' tadi.

Untuk nampakkan mereka betul-betul hendak ke kelab malam mereka perlukan pelakon asli yang boleh tunjukkan semua itu kelihatan asli.

Mata Zara terarah keluar tingkap sepanjang perjalanan itu. Jelas terpancar renungan risau di mata gadis itu. Sementara Sarah di sisi sudah menggengam jari jemari Zara dengan erat. Cuba mahu memberikan ketenangan.

Setengah jam pemanduan itu mereka semua tiba di depan kelab malam paling mahal dan popular dikalangan anak muda dan orang kaya.

Tak ramai boleh masuk ke kelab itu atas faktor keselamatan. Setelah Hardi parkir, mereka berlima keluar dari kereta dalam kumpulan. Mula beratur di belakang pengunjung kelab dalam kegelapan.

Zara mengerling ke arah Sarah yang turut kelihatan resah sepertinya.

"Dah sedia?"soal Zara.

Sarah mengangguk kepala.

Zara curi-curi lihat tiga lelaki yang berdiri di belakang mereka. Sedang berbual sesama mereka dengan gembira. Mungkin teruja untuk masuk ke kelab. Sambil memeluk erat lengan Sarah, diam-diam dia menyelinap di celah orang ramai di situ dan masuk ke lorong gelap tanpa disedari oleh sesiapa memandangkan luar itu gelap dan penuh dengan orang.

Dalam kegelapan, Sarah dan Zara jalan sepanjang laluan itu sehingga tembus ke seberang lorong yang mana lebih tenang dan senyap sebelum disambut dengan kereta Uber yang siap menunggu 10 minit sebelum mereka tiba di situ setelah Sarah buat pesanan dalam kereta tadi.