" wow... smartnya long.." puji ikwan memerhati penampilan abangnya di
qbalik cermin.
" bila masa aku tak smart?" ikran membalas pujian ikwan sarkastik.
ikwan mencebik. bukan tak kenal perangai poyo abangnya itu. nak jadi laki orang pun perangai masih sama. nasiblah cik bunga kita tu nanti ye.
" long.. berdebar tak?" tanya ikman pula. si bongsu.
" taklah.. nak berdebar apa?" tenang ikran menjawab sambil membetulkan kedudukan songkok di kepalanya.
" konon.. nanti depan tok kadi kut-kut lupa nama pengantin perempuan. " ikwan sangat-sangat tidaklah berpuas hati dengan aksi berlagak abangnya itu.
" cempaka rembulan sari binti fauzi akthar." takdelah sukar mana nak sebut nama cempaka tu. sekali lafaz je nanti.
ikwan dan ikman mencebik. yakin betul nampaknya abang sulong mereka ni. takde rasa gentar. macam dah berpuluh-puluh kali menikah.
cempaka sudah siap sedia duduk di atas katil. menanti ketibaan pengantin lelaki penuh dengan debaran.
" sejuk nya tangan akak.." tegur orkid adik bongsu yang merangkap sebagai pengapit.
" sejuk sangat ke?" soal cempaka kembali.
" kau okey tak ni kak?" risau jugak orkid. nanti pengsan pula kakaknya.
cempaka mengangguk.
pintu bilik cempaka dibuka dari luar.
" siaplah.. pengantin lelaki dah sampai.."
mamanya datin sri rahimah muncul.
" okey.. nak turun sekarang ke ma?" tanya orkid.
" iyalah.. cepat.."
" aku terima nikahnya cempaka rembulan sari binti fauzi akhtar dengan mas kahwinnya 1000 dinar dan senaskhah al-quran." sekali lafaz akhirnya sah cempaka menjadi milik ikran.
bergema suara menyebut sah. air mata cempaka tumpah tak tertahan. akhirnya kini dia sudah sah bergelar isteri. semoga kebahagiaan menjadi miliknya dan ikran.
" la... akak jangan nangis.. comot nanti mekap akak" bebel orkid sambil mengelap air mata cempaka.
" diam la kau.. " marah cempaka. orang baru nak feeling touching.. si orkid ni rosak mood pulak.
" okey lah kita teruskan dengan acara batalkan air sembahyang dan sarung cincin." maklum satu suara dari arah depan.
ilran berjalan perlahan merapati cempaka yang menawan dalam persalinan yang sedondon dengannya. diakui kecantikan cempaka.
cincin berlian tiffany and co cantik disarungkan ke jari manis cempaka dan cempaka pula menyarungkan cincin dari jenama yg sama ke jari manis ikran. kemudian tangan lelaki itu dikucup penuh kasih. ikran membalas dengan mengucup dahi cempaka.
segalanya berjalan sangat lancar. selesai akad nikah,kedua pasangan itu diminta bergambar pula.
" malam ni.. i tak tidur sini.. esok u terus akan pindah ke villa i.." bisik ikran perlahan di telinga cempaka.
cempaka mengangguk. rasanya umi ikran sudah maklum padanya.
" okeylah.. lepas jamuan mungkin kami akan berangkat balik. so kita jumpa esok ye.." ikran masih berbisik lagi di telinga cempaka.
cempaka menghembus nafas lega saat keluarga ikran sudah beransur pulang. terlepas satu beban. tinggal esok pula.. cempaka cepat-cepat naik ke dalam bilik ingin mandi dan menukar pakaiannya. dia sudah keletihan. lagipun dia mahu tidur awal. kumpul tenaga untuk majlis esok pula yang akan berlangsung di dua tempat. majlis pihak perempuan akan diadakan di halaman rumah papanya. manakala majlis resepsi dan sambut tetamu pula akan diadakan sebelah malam di hotel terkemuka di tengah kota. bunyi nada whatsapp di telefonnya mengejutkan cempaka. siapa pulak ni?
" tahniah babe.. esok malam aku datang erk dgn dez.. siang x dpt"
pesanan whatsapp dari bff-nya.. nadia.
laju jari jemari cempaka membalas.
"okey..." telefon di letak atas meja sebelum cempaka terus menghilang ke dalam bilik air.
" long.. relax je aku tengok kau mengadap tok kadi tadi.. tok kadi tu pulak yang cuak tengok keyakinan kau.." cerita ikman yang duduk di sebelah bahagian pemandu.
" habis tu korang nak aku menangis ke depan tok kadi tu?" tanya ikran kembali dalam nada sarkastik.
" haiya.... bukan macam tu.. kau tu serius sangat.." ikwan mem-backup ikman. ikran ni bukan boleh dibawa bergurau. dah jadi laki orang pun serius memanjang. kesian kakak ipar mereka nanti.
" tak sangkakan wan.. minah selebeh masa sekolah dulu jadi bini along.." cerita ikman, teringat zaman persekolahan mereka dahulu.
" uishh sekolah sama ke?" nazim yang memandu menyebok.
ikman mengangguk.
" dia sebaya man.. sekelas dari form 1 sampai form 3.. form 4 dia tukar ke sekolah teknik. belajar masak. " cerita ikman.
nazim mengangguk. patutlah spm nya tak berapa sangat. rupanya minat memasak.
" mesti pandai masak tu.." usik nazim.
" mestilah.. dulu dia pernah buat kek masa birthday faiz akhtar. sedap.. ramai orang dok puji.." cerita ikwan pula yang pernah menghadiri sambutan hari jadi itu.
" korang ni semua korang tahu.. bab gosip nombor 1.. tu kerja kat office tu cuba kalau korang bersungguh-sungguh.. mesti banyak yang selesai..kan?" ikran memotong perbualan adik-adiknya. kalau cerita melalut..hidup semua.