webnovel

Prolog

Keheningan malam menyelubungi segenap penjuru di sebuah sekolah.Tiupan angin bayu darat yang disertakan hujan yang turun renyai-renyai menambahkan lagi kesuraman dan keheningan malam itu.Blok sekolah tersebut sering kali dijadikan tempat kelas prep bagi budak asrama pada waktu malam. Namun, disebabkan sukan tahunan yang baru sahaja tamat,pengetua mengumumkan bahawa pelajar dibenarkan untuk berehat di asrama dan tiada kelas prep pada malam itu.

"Aih kimak sudahlah banyak kerja rumah, tiada kelas prep, buku tertinggal di sekolah lagi!" ,rungut seorang pelajar lelaki sambil berjalan ke bangunan sekolah yang diselubungi kegelapan malam.

Dia berjalan ke kelas yang berada di tingkat dua untuk mengambil buku latihan dan modul kerja.Sambil dia mencari-cari bukunya di kelas yang kosong itu,tiba-tiba dia terdengar derap kaki pelik dari tingkat atas iaitu tingkat tiga.Tingkat tersebut merupakan tingkat yang paling tinggi di blok tersebut.Yang menjadi pelik ialah dia benar-benar pasti kalau tiada sesiapa yang berada di blok sekolah itu kerana sebelum dia naik ke atas, tiada lampu yang dikanhidup.Bermacam- macam kisah seram mulai bermain di benak fikirannya tatkala itu.Hujan di luar yang tadinya turun renyai-renyai kini berubah menjadi semakin lebat.Dia yang sudah ketakutan bergegas membawa buku yang ada tanpa peduli buku yang belum ia temukan dan turun ke tingkat bawah dengan rasa panik.

Dia menuruni anak tangga dengan laju dan kemudian sedikit perlahan ketika tiba di lantai bawah yang sedikit basah terkena limpahan hujan.Sambil dia berjalan dengan berhati-hati agar tidak

tergelincir, dia kemudian terdengar bunyi hempasan diselangi bunyi petir yang menyambar.

Pukk!!

Bunyi itu cukup kuat sehingga dia merasa mustahil jika bunyi itu ialah bunyi buku atau burung yang jatuh. Rasa takut tadi diganti dengan rasa ingin tahu yang semakin membuak-buak.

Dia menderap langkah dengan penuh hati-hati ke punca bunyi itu.Semakin dia menghampiri punca bunyi tersebut, semakin kelihatan bentuk yang diselubungi gelap itu.Dia terpaku seketika.Dia benar-benar terkejut dengan apa yang dia lihat sehingga jantungnya seolah-olah mahu terkeluar.Petir pun menyambar sekali lagi,sekilas menerangi sekujur tubuh kaku seorang lelaki yang dibasahi hujan lebat berada tepat dihadapan matanya itu.