webnovel

Back To Febuary

Tia yang kehilangan seseorang secara tiba-tiba. Tanpa kata tanpa ucap. Membuatkan Tia tertanya-tanya. Kemana dia pergi? Beberapa tahun berlalu. Akhirnya dia muncul kembali dengan perwatakan yang agak berbeza. Tia mula berasa hairan dengan sikapnya. Dia berusaha untuk mendekatinya semula. Tapi sikap barunya yang pura-pura bersahaja membuatkan Tia tiada harapan. Seolah-olah perkara yang lepas tak pernah berlaku antara mereka. Mereka yang berubah sikap dengan sebab yang tertentu. semuanya berlaku hanya di bulan febuari. Bolehkah kita kembali ke febuari yang lalu?

scvrlet · Adolescente
Sin suficientes valoraciones
60 Chs

Bab 52

Zafril dalam perjalanan pulang ke rumah. Sebaik sahaja hampir tiba di rumah Tia, Zafril perasan ada seorang lelaki sedang memapah susuk tubuh wanita masuk ke rumah Tia. Zafril jadi pelik, Sudah lama rumah Tia tiada orang. Kenapa tiba-tiba ada? Zafril memarking keretanya di hadapan kereta tersebut. Perlahan dia menuju ke halaman rumah Tia.

"Assalamualaikum..." Salam di berikan. Langkah Amirul terhenti tiba-tiba.

"Walaikumsalam." Kepalanya di tolehkan ke arah kiri. Terlihat wajah yang cukup dia kenal. Zafril.

Zafril terkejut. Melihat Amirul yang sedang memapah Tia, keadaan Tia yang agak lemah membuatkan Zafril melangkah kaki untuk menolong Amirul.

"Kenape dengan Tia?" Tanya Zafril. Amirul hanya senyapkan diri. Dia mula mencari kunci rumah Tia di poketnya.

"Kau cari ape?"

"Kunci... rase macam dah amik. Kau pegang Tia kejap." Amirul berlari menuju ke kereta semula.

Zafril mula tenung raup wajah Tia. Hati Zafril turut berduka dengan keadaan yang menimpa Tia. Rasa sebersalah mula menyelubungi diri. Amirul cuba untuk membuka pintu.

Perlahan-lahan Zafril membawa Tia ke arah sofa berhampiran. Badan Tia di baringkan. Tia masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri. Zafril mula mengusap kepalanya Tia.

"Kenape dengan Tia?" Soalan sama di tanya semula.

"Entahlah. Die macam tibe-tibe jek..." Jawab Amirul.

"Tibe-tibe macam mane?" Tanya Zafril lagi.

"Die... die... tibe-tibe nangis terok sambil cakap sakit berkali-kali." Amirul mula tundukkan kepalanya.

"Iman?" Panggil Amirul.

"Boleh tak kau kembalikan Tia semula?" Tanya Amirul.

"Ape maksud kau?" Soalan di jawab dengan soalan. Amirul diam seketika. Mata mula tenung wajah Tia.

"Aku tahu kau ade sebab kau sendiri. Tapi tolonglah pikirkan Tia. Die terseksa... dan aku rase die akan lagi sekse diri die."

"Kau tak marah aku?" Tanya Zafril. Dia mula pelik. Sikap Amirul tiada sedikit pun tanda marah akan Zafril.

"Marah tu adelah. Tapi tak seterok macam Tia. Lagi pon setiap yang terjadi pasti ade alasan tersendiri. Aku pon pernah buat silap dulu Man... jadi aku tak nak hukum orang sesuka hati. Bukan kerja aku." Senyum Amirul.

Zafril sedikit lega dengan sikap Amirul yang sekarang.

"Thanks bro. Kau da banyak berubah sekarang." Kata Zafril.

"Alhamdulillah. Sebab Tia jugak... Die banyak bagi kate semangat dekat aku dan sekarang giliran Tia pulak. So, aku tak boleh tinggalkan die macam tu jek. Aku pasti, kau pon same kan?" Zafril mula tundukkan muka.

"Kau ok tak?" Tanya Amirul. Zafril hanya senyum.

"Aku sebenarnye... kecewe dengan sikap aku sendiri. Mungkin aku terlalu ikotkan hati mase tu. Tertekan dengan keadaan ayah aku lagi..."

"Kenape dengan ayah kau?"

"Die sakit sekarang. Ade barah." Kata-kata Zafril buatkan Amirul terkejut.

"Boleh tak kite borak dekat luar? Aku takit Tia terjagelah. Lagi pon aku takot die terkejot nampak aku depan die." Amirul hanya turut kata-kata Zafril.

Hampir satu jam mereka berdua berbual, Amirul cuba untuk memahami situasi yang di alami oleh Zafril. Zafril pula jadi terbuka hati untuk cerita semuanya pada Amirul. walaupun mereka dulu pernah bermusuh.

"Dugaan kau bro, mungkin bagi kau dengan mempercepatkan pernikahan takkan buat ayah kau sihat. Kau takot kau akan abaikan Tia sebab nak uruskan ayah kau. Tapi bagi aku, Tia takkan tahu situasi kau ni tau... Sebab kau pon tak bagitahu die mase tu." Kata Amirul.

"Silap aku, mungkin aku tengah tertekan mase tu. Entah lah. Aku pon tak tahu." Zafril mengeluh.

"Sabar, Istighfar banyak-banyak. In Syaa Allah ade jalannya. Ape-ape pon kau cube selesaikan satu-satu. Mungkin kau boleh cakap dengan Tia..." Cadang Amirul.

"Aku pon tak tahu nak cakap macam mane Mirul. Aku takot..."

"Takot die tak nak dengar?" Amirul mengagak.

"Hmm."

Sorry sebab lambat update.

Aku holeh lupe pulak. Busy dengan Life biase la tu. hihi

scvrletcreators' thoughts