Chen Guo kelihatan agak tergamam. Dia tidak terlalu faham, tetapi setelah membaca dua pos susulan itu, dia lebih memahami apa yang berlaku.

Tindakan Blue Brook adalah akibat paksaan. Dengan adanya pos bukti, biarpun para persatuan lain tahu yang Blue Brook tidak berbuat demikian dengan sengaja, tanpa adanya bukti kukuh untuk menunjukkan yang mereka tidak terlibat, mereka tidak keberatan untuk menyalahkan Blue Brook. Serangan seperti ini jauh lebih bernilai berbanding perlawanan 1 lawan 1 dalam permainan. Blue Brook dinaungi oleh kelab dan pasukan profesional. Persatuan yang merupakan gabungan 3 entiti ini sememangnya sukar hendak dicederakan melalui perlawanan 1 lawan 1.

Sebaliknya, pendedahan skandal akan melemahkan populariti salah satu daripada 3 entiti ini dan boleh dianggap sebagai pukulan besar terhadap reputasi mereka.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com

avataravatar
Siguiente capítulo