webnovel

Alahai, Sweetnya Cik Abang!

Daoist093447 · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
6 Chs

Bab 4 Maggi kari

Aina! Tak turun kerja ke? Nanti Pak Abu marah",tanya Ummi Sidah. "Dah nak siap ni bu,"jawab Aina sambil mengikat rambutnya dengan kemas dan mengenakan baju berwarna ungu. Aina terus mencapai basikal Dan menuju ke destinasi. Harini Pak Abu pergi ke pekan untuk membeli stok barangan baru dan aku ditugaskan menjaga kedai sepenuhnya sehingga jam 5 sahaja kerana aku seorang sahaja tanpa bantuan Tini. Aku berasa berdebar kerana ini sahaja masa yang aku hanya duduk melekat di kaunter tanpa menyusun barangan.

Aku lihat sekeliling, kedai Pak Abu sudah aku fahami susun atur serta harga pun telah dihafal. Kemudian kedengaran bunyi motorsikal di hadapan kedai dan dimatikan enjinnya. Kemudian,aku lihat polis yang semalam,berkaca mata biru dan segak dengan pakaian seragamnya. Aku pun bersiap-siap kena hormat dan sopan terhadap polis tersebut. Sebaik sahaja masuk kedai, dia melihat aku di kaunter dan pergi mengambil barang yang hendak dibeli. " Agaknya,dia cari Tini atau Mak Tini ni",bisik hatiku. Dia pun meletakkan Maggi kari di atas meja sambil memberitahu "Inilah kerja kitorang, jaga keselamatan korang 24 Jam,makan maggi je",ujar Amey. Aku buat muka biasa sahaja. Kemudian dia ambil telur kembali ke meja kaunter lagi. "Korang kena tau,kitorang ni susah payah tau jaga korang", Ujar Amey lagi menunggu untuk aku bercakap. "Kalau dah jaga 24 Jam, kenapa dapat keluar beli maggi?",jawab aku spontan. Amey membulatkan mata dan terus mengambil balang gula-gula terus menunjukkannya pada aku,"ni nak kena ni", balas Amey. "Dah, terima kasih MakCik", Jawab Amey sambil berlalu pergi.

Aku rasa puas hati kerana dapat membalas balik apa yang Amey beritahu, namun yang dikatakan adalah benar. Tapi dia sudah menjentik hati aku.