webnovel

Alahai, Sweetnya Cik Abang!

Daoist093447 · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
6 Chs

Bab 3 Pertemuan Pertama

Kian hari kian ramai yang mengunjungi kedai Pak Abu , kebanyakan ramai pekerja yang datang dari luar negeri. Agak malu rasanya menjaga kaunter tergopoh-gapah. Namun, Aina gagahkan jua untuk menimba banyak pengalaman di samping mempelajari cara berniaga. Namun Aina tidak kekok bekerja di kedai Pak Abu kerana anak perempuan Pak Abu yang sebaya Aina turut membantu walaupun dia tidak seberapa mahir seperti Pak Abu. Aina memanggil nya Tini.

Aina sibuk menyusun kotak-kotak minuman sambil mengusap peluh di dahi. Kelihatan kotak minuman yang diangkat tidak cukup. Aina tidak risau kerana kaunter dijaga oleh Tini manakala Pak Abu mengambil peluang melenakan matanya di rumah setelah mendapat pekerja seperti aku. Rumah Pak Abu terletak di belakang kedai sahaja. Aku pergi ke belakang kedai untuk mengambil lagi kotak minuman. Kedengaran bunyi motorsikal pelanggan di hadapan. Aku menjenguk sedikit, "oh, polis" bisik hatiku. Aku biarkan sahaja Tini menjaga bahagian kaunter jika dia tidak tahu,dia akan memanggil aku kerana Tini tidak seberapa dalam pengiraan wang. Tengah sibuk susun kotak minuman,aku pergi ke bahagian rak sabun yang berdekatan dengan pencuci tersebut. Kemudian,aku terdengar kotak minuman yang aku tinggalkan terlanggar oleh polis tersebut. Aku bergegas ke tempat minuman dan senyum sahaja bagitau dia "Takpe,takpe Nak ambil apa ye?", tanya Aina. "Saya dah terlanggar minuman ni, kena susun balik la,tak baik nak melangkah minuman-minuman ni",ujar polis itu. Aina hanya mampu tersenyum kemudian mengiyakan sahaja kata-kata polis tersebut.

Selepas itu, polis tersebut pergi membayar di kaunter dan terus mengusik Tini. "Mana Mak Tini? Saya tak nampak pun Mak", tanya polis tersebut. "Abang Mey, mak dekat rumah memangla tak nampak", ujar Tini. "oh ye la,kirim salam dengan Mak ye MakCik",balas Polis tersebut. "ieee, abg Mey ni", balas Tini sambil membuat muncung. "Abang Mey gerak dulu", ujarnya lalu berlalu pergi. Lama aku mengamati, mungkin dia ni bakal suami atau tunang Tini kot. Sambil menyusun barang,aku pun bertanya kepada Tini "Tini,siapa polis tu,kenapa boleh kenal mak engkau?",tanya aku. Tini senyum dan mengatakan bahawa dia polis yang ditugaskan di sini,takde mak ayah lagi,tinggal dengan nenek, semenjak itu dia rapat dengan Mak Tini dan ayah Tini jugak, malah, perangai dia sememangnya peramah dan menyakitkan hati sedikit.