webnovel

Alahai, Sweetnya Cik Abang!

Daoist093447 · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
6 Chs

Bab 2 Kedai Runcit Pak Abu

"okay,tiup2 sikit rambut depan,haa,ni cantik", omel hati Aina. "Nanti tengah hari,Aina tak balik makan,Aina makan roti je dekat kedai Pak Abu nnti bu", laung Aina kepada ibunya di dapur. "Jangan lupa makan,nanti pening kepala masuk angin tu",balas Umi Sidah. "iye,iye",jawab Aina. Aina pun menyarungkan selipar jepunnya dan terus berbasikal ke kedai Pak Abu.

Kelihatan Pak Abu tengah menunggu Aina. "Macam banyak kerja ni",bisik hati Aina. "Selamat Pagi Pak Abu!". "Kau,barang-barang ni kena angkat,pagi-pagi ni bagus buat kerja supaya petang nanti habis dah",Ujar Pak Abu tanda membalas ucapan pagi aku tersebut. "Oh, baik Pak Abu",jawab Aina. Botol kicap,botol sos, botol pencuci semuanya tersedia di tangga bawah kedai yang perlu diangkat masuk dan disusun ke dalam. Kedai Pak Abu terletak di tempat yang strategik kerana ia adalah kawasan laluan orang ramai. Malahan,kedainya juga cukup terkenal dengan murah harganya dan mudah untuk orang kampung berbeli berbanding hendak ke pekan. Sambil menyusun botol kicap,ku lihat banyak barangan yang aku kena susun dan kena hafal harga. Al-maklumla kedai Pak Abu tak besar sangat tapi boleh menempatkan banyak barangan. Kedai ini hanya manual sahaja, tidak ada mesin wang.

Setelah siap menyusun semua barangan botol. Aku pergi menyusun bahagian air serta meletakkan tanda harga bagi semua barang jualan. Kebanyakan pelanggan Pak Abu adalah Mak Cik-Mak Cik , nenek dan kanak-kanak. Lama kelamaan aku bekerja,aku mulai faham bagaimana Pak Abu menjalankan perniangaan. Aku lihat banyak Uncle Apek yang datang duduk minum kopi sambil berbual dengan dia,siap bagi diskaun untuk bekalkan barangan sebab berkawan baik. Malahan, cara penyusunan barangan runcit pun aku tidak tahu mengenainya. Rupa-rupanya, barangan itu disusun mengikut cara dan boleh menempatkan banyak stok. Kekadang terasa kecilnya otak aku. Penat memang sangat penat sebab Pak Abu tak biarkan aku rehat lama sikit. Dia tak nak bayar gaji kalau kerja aku tak setimpal dengan gaji itu. Setelah dua hari kerja di sana, aku mendapat banyak pengalaman yang baharu terutama sekali interaksi dengan pelanggan.