webnovel

Alahai, Sweetnya Cik Abang!

Daoist093447 · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
6 Chs

Bab 1 PENGENALAN

Ring! Loceng berbunyi menunjukkan tamatlah sudah peperiksaan SPM Aina. Aina merupakan anak sulung yang bertanggungjawab, akan tetapi atas desakan hidup, dia pergi mencari rezeki. "hmm,dah tamat tingkatan lima,nak buat apa ek, buat "part-time" la dekat kedai runcit Pak Abu",bisik hati Aina. Aina kemudian bergegas balik untuk menyatakan hasrat kepada orang tuanya.

"Kenapa nak kerja kedai Pak Abu? Taknak rehat dahulu ke lepas SPM? Ayah kau tu ada ambil upah jual kelapa tu ha", ujar Umi Sidah. Aku melihat ke arah kaki ibuku yang dipicit-picit olehnya dan tak boleh berdiri. "Aina,nak cari pengalaman kerja bu, sebab sekarang orang kena ada pengalaman kerja barulah bos nnti yakin nak ambil Aina kerja",balas Aina sambil menuruni tangga. Aina pun pergi ke kedai Pak Abu sambil meliarkan matanya mencari Pak Abu. Hah!Kau buat apa Aina?",ujar Pak Abu. "Umm,Pak Abu, Aina nak kerja sini boleh?",tanya Aina sambil tergagap-gagap. "Oo, kau nak mintak kerja sini,boleh tapi dengan syarat,aku pantang kalau pekerja aku duduk sahaja tak buat apa-apa kerja,kalau kau dapat,kau mula esok pukul 8 pagi sampai 6:30 petang",Ujar Pak Abu. "Aina boleh, terima kasih Pak Abu",balas Aina.

Keesokannya,bermulalah episod Aina bekerja di kedai runcit Pak Abu dan ini adalah kali pertama dalam hidupnya tanpa ada pengalaman apa-apa.