Disangkakan hari tersebut mungkin hari pertama dan terakhir berjumpa senior itu. Maklumlah, dia sudah habis belajar orangnya, datang singgah sehari gitu sahaja.
Akhirnya, terjumpa pula di Instagram. Eh! 😂. Tak mencari pun tapi ada senior follow Si Z. Si Z mestilah follow balik!. Senior kut!.
Tapi Si Z ni bukanlah orang yang peramah. Tak mahunya dia bertegur dulu dengan Si Senior, orang lain pun tidak, inikan senior. Hari seniornya dibahan pun dia tumpang sengih je takde berkenal dengan senior tu pun. Memang dengan si Z ni, mesti orang lain yang kena tegur dia dulu baru dibalasnya.