Tanpa membalas terima kasih saya,tangan lelaki itu terus cuba membuka beg samping saya.Saya sedikit hairan melihat perilakunya yang hanya fokus untuk cuba membuka beg saya yang sememangnya unik cara pembukaan.
Melihatnya begitu,saya pun cuba melogikkan perbuatannya,"ohh…., mungkin ketiga lelaki tadi sempat menyelitkan dadah atau apa sahaja senjata berbahaya ke beg saya tanpa pengetahuan saya"bisik hati saya.
saya pun memutuskan untuk membantunya setelah melihatnya sudah mengambil masa hampir seminit untuk cuba membuka namun tetap tidak dapat menemukan caranya.
Situasi itu memang sedikit lucu,tetapi saya memilih untuk bersikap sopan pada penyelamat saya,saya tidak akan menghinanya kerana beg saya ini adalah beg perempuan dan dia sebagai lelaki,sudah tentu tidak biasa dengan beg seperti ini.
Setelah beg saya terbuka,tangannya terus masuk ke dalam beg saya.Saya menunggu dengan tekun kerana perasaan ingin tahu akan benda yang akan dikeluarkannya,adakah ianya dadah?,atau sejenis bahan larangan yang lain.
Disaat itu,barulah saya teringat tentang dadah terbaru yang sangat berbahaya mulai menjadi jualan hangat bagi pengedar pengedar dadah khususnya di kota ini.Sudah tentu ianya salah disisi undang undang dan sekiranya pihak berkuasa tahu yang saya memilikinya.Saya akan mengucapkan selamat tinggal kepada dunia ini kerana nasib saya akan berakhir dengan kepala terpisah dari badan.
Tanpa saya sedari,jantung saya kembali berdegup kencang dan keringat dingin mulai membasahi semula dahi saya.
Tiba tiba,tangannya mengeluarkan sebuah plastik biru berisi kuih karipap yang saya beli tadi.
"Eh...?"
Perlahan dia menariknya keluar lalu memakannya.
"Ehhhh....…......?"
"Apa yang berlaku?"jerit hati saya,"adakah dia membuka beg saya kerana ingin memakan kuih muih yang saya telah beli tadi?,bukankah sekarang ini dia sepatutnya tersenyum memandang saya lalu memperkenalkan diri dengan sopan?.
Itulah yang sepatutnya berlaku,memang saya tidak pernah melalui situasi seperti ini tetapi mengikut novel novel yang saya baca, begitulah alur ceritanya.Diitambah lagi dengan kisah sebenar dari pengalaman senior senior saya sendiri dari tempat kerja yang diceritakan kepada saya.
Adakah saya diitipu oleh penulis novel serta 'senpai' ditempat kerja saya?,ciss... kurang ajar mereka,saya akan membalas dendam ini nanti.....".
Tatkala saya sibuk menahan emosi marah didalam hati,lelaki itu kemudian melimpasi saya lalu pergi ke orang orang yang terbaring tidak sedarkan diri itu.Saya terus menoleh dan hanya memerhati gelagatnya,dia kemudian memasukkan tangannya ke poket seluar ketiga tiga orang itu lalu mengambil dompet mereka.Dia kemudian mengambil uang yang ada didompet itu lalu membuang semula dompet mereka.
Pada ketika ini, pandangan awal yang saya berikan padanya bertukar 180°.Dia bukanlah wira seperti yang saya perkirakan tadi tetapi dia adalah penjahat yang berada di level berbeza dengan kelompok lelaki tadi
Saya mulai mempersoalkan semula perasaanku padanya,bagaimana saya boleh tersalah melihat orang.
Adakah mataku mulai kabur dalam membezakan orang baik dan jahat?.
wong wong....,tiba tiba bunyi anjing dan suara seakan akan orang yang tergesa gesa ke arah sini."Adakah ada orang yang menghubungi pihak polis setelah mendengarkan jeritan saya meminta tolong tadi?"tanya saya dalam hati.
Lelaki itu kemudian dengan tergesa gesa meluruh ke arah saya dan meminta dompet saya.
Saya yang panik tidak sempat berbuat apa apa selain hanya termundur kebelakang kerana riflex semula jadi,dia kemudian mencapai dompet saya yang berada di dalam beg silang saya yang masih terbuka lalu dengan cepat memanjat dinding dinding bangunan dan hilang dari pandangan.
Hebat,macam aksi seorang wira apabila selesai menumpaskan orang jahat.Saya yakin,sekiranya saya tidak disitu dan menyaksikan siapa dia sebenarnya,saya mungkin akan jatuh cinta buat kali kedua melihatnya.
Tidak beberapa lama kemudian,beberapa orang yang memakai pakaian seragam polis yang berwarna biru gelap datang sambil membawa anjing penjejak bersama mereka.Setelah mereka melihat saya yang berdiri di hadapan sekelompok orang yang tidak sedarkan diri itu,anggota polis itu terus mengacukan senjata mereka pada saya lalu meminta saya mengangkat tangan ke atas.
Saya yang pada ketika itu mempunyai emosi yang kusut kerana perlu berhadapan dengan situasi yang pelik pelik hanya menurut arahan itu,polis itu segera menahan tangan saya.
Saya kemudian mencoba menerangkan kepada mereka bahawa bukan sayalah yang mencederakan lelaki yang tidak sedarkan diri itu sebaliknya,ada seorang lelaki misteri yang datang entah dari mana lalu menghabiskan mereka.
Namun begitu,semuanya sia sia kerana pihak polis itu sama sekali tidak menghiraukan kata kata saya dan hanya menyuruh saya untuk diam sekaligus meminta saya memberikan kerjasama.
"encik,bukan saya yang lakukan ini,ada seorang lelaki yang menghabiskan mereka lalu melarikan diri dengan memanjat bangunan-bangunan tinggi"jerit saya dengan harapan bahawa mereka akan mendengarnya.
"Saya akan memberi keterangan nanti encik,tetapi untuk sekarang,saya perlu pergi ke sekolah.Sekiranya saya lambat,saya akan dibuang.Saya mohon encik!,saya akan pergi memberi keterangan setelah habis dari sekolah tetapi untuk sekarang,saya harap encik boleh lepaskan saya dahulu".
Pihak polis itu hanya diam tanpa membalas,saya hanya terdiam,saya buntu,adakah ini akhir cerita saya?,inikah pengakhiran cerita saya setelah semua usaha saya untuk memasuki sekolah itu?".
Tatkala saya termenung memikirkan nasib saya.Tiba tiba,pakk..., bunyi dompet menyentuh kepala botak dari salah seorang anggota polis itu.
Dia kemudian menoleh ke tempat arah dompet itu dilempar,saya melihat dompet itu yang seolah olah tidak asing bagi saya.Pada saat itu,terlihat jelas yang dompet itu kepunyaan saya.
Kemudian lelaki itu berteriak dari atas bangunan"saya tidak perlukan duit kamu,saya kembalikan sahaja dahulu,di lain hari nanti saya ambil semula,jadi apabila sampai masa itu,pastikan anda mengisinya dengan lebih banyak duit!".
Melihat lelaki itu,salah seorang dari polis itu berteriak berhenti lalu mengejarnya, kemudian,polis yang mengikat saya mengambil dompet itu.
Apabila dia melihat nama keluarga saya dari kad pengenalan saya yang ada didompet itu,dia segera membuka ikatan saya lalu meminta maaf,mereka pun menceritakan yang mereka sebenarnya memang mengejar lelaki itu dan sampai kesini tetapi apabila mereka melihat saya yang berdiri berseorangan dan disekeliling saya terlihat beberapa orang tidak sedarkan diri.Situasi yang mencurigakan itu menyebabkan mereka terus bersiaga dengan mengangkat senjata mereka.
Sudah menjadi hal yang wajar untuk mereka tidak membuka mana mana celah sekiranya berhadapan dengan orang mencurigakan.kerana mereka takut yang saya akan menggunakan apa sahaja 'trik' untuk membuat mereka leka lalu mengambil kesempatan.
Mendengar penerangannya yang tersekat sekat itu membuatkan saya sedikit memahami situasi mereka.Kemudian saya pun meminta izin untuk pergi,saya melihat jam tangan saya,ternyata jarum jam telah menunjukkan 6.50 pagi.
Ini bermakna saya hanya ada masa 10 minit lagi sebelum pagar sekolah ditutup.Oleh kerana sekolah ini sekolah militer, kepatuhan terhadap masa adalah sangat ketat.Bagi pelajar baru yang ingin mendaftar pada hari ini,hanya hari ini sahajalah kesempatan kami untuk masuk lalu mendaftarkan nama kami rasmi sebagai seoarang pelajar dan sekiranya kami gagal datang tepat waktu untuk mendaftar atas apa juga masalah peribadi.Mahu tidak mahu,kami perlu menunggu sesi kemasukan pelajar baru pada tahun hadapan untuk mendaftarkan diri.
Saya tidak mahu itu,saya tidak mahu ketinggalan setahun hanya kerana alasan bodoh.Saya terus berlari melimpasi lorong lorong dan jalan jalan sempit.Akhirnya,saya pun sampai diselekoh terakhir untuk ke sekolah tetapi apabila melihat jam tangan saya.Ianya menunjukkan pukul 7.02 pagi,saya pun terhenti,sambil tercungap-cungap mengambil nafas,air mata saya sudah gugur mencurah curah tanpa saya sedari
Adakah tuhan cuba bermain dengan nasibku,tatkala peluang yang saya usahakan setengah mati ada di hadapan mata,ianya terus terlepas dari genggaman tanganku walaupun bukan sayalh punca dari semua masalah itu.
Ketika saya hanyut dalam emosi.Tiba tiba, bunyi teriakan yang bergemuruh sampai di telinga saya.Saya pun menoleh untuk mencari sumber bunyi,saya pun perlahan lahan keluar dari lorong itu dan alangkah terkejutnya saya apabila melihat segerombolan besar orang yang menggunakan pakaian yang sama dengan saya berhimpi himpit di hadapan pintu pagar sekolah.
Saya hairan"Apa yang berlaku?,adakah saya masih ada peluang?"bisik saya.Kemudian saya pun masuk bercampur dalam gerombolan itu,jauh dihadapan,saya melihat ada pertarungan berlaku antara tiga pelajar.Saya melihat pelajar yang memakai lengan besi sambil membawa kapak,seorang lagi pelajar yang lengkap dengan perisai serta pedang dan seorang lelaki yang hanya memakai baju seragam sekolah sambil memegang senjata tipis sepanjang 1 meter ditangan kirinya.
"kenapa awak menganggu tugas kami Jebat?"tanya seorang lelaki yang berbadan besar itu.
"Saya minta maaf kerana menganggu tetapi,saya perlu melakukannya kerana orang yang saya tunggu belum sampai"jelas lelaki yang membawa katana itu.
"Siapa orang yang awak tunggu itu?. Sehingga dapat menyuruhmu untuk menghalang proses kemasukan pelajar,adakah dia tuanmu yang engkau layani?,adakah hanya dengan alasan bodoh itu awak sanggup dibuang sekolah kerana cuba menganggu proses pendaftaran pelajar baru?"tanya seorang lelaki yang lengkap berpedang dan berperisai itu.
"kau tidak perlu tahu tentang orang itu,pembantu ketua pengawas.Selain itu,saya tidak menahan semua pelajar disini.Saya hanya bilang yang saya akan mengajak duel sesiapa sahaja yang berani melimpasi pagar ini dan tentu sekali cabaran saya itu termasuk awak, sekiranya awak mahu pelajar ini masuk awak perlu berduel dengan saya dan memenanginya.Saya juga tidak menghalang proses kemasukan pelajar,saya hanya kebetulan ingin membuka cabaran disini.Awak sebagai pelajar juga tahu akan aturan sekolah ini.Setiap pelajar di sekolah ini berhak untuk membuka cabaran duel dengan hanya bersyarat ketika sekolah bermula,hanya dalam kawasan sekolah dan apabila kedua belah pihak mempersetujuinya.Benda lain seperti umur pencabar dan penerima,kelas mereka,jumlah pelajar yang dicabar dalam pertarungan serta masa dia inginkan untuk berduel adalah kebebasan pelajar,saya juga meletakkan taruhan sebagai tujuan pertarungan agar kamu menerima duel saya.Jadi apa yang saya lakukan ini tidak salah.Saya juga tidak kisah sekiranya kamu semua ingin menyerang saya dengan bersamaan kerana saya sememangnya mencabar semua orang yang berada disini ".
"Siapa dia itu?,adakah dia melakukan ini untuk saya?dia katakan yang dia menuggu seseorang dan tidak akan membenarkan orang lain untuk masuk sebelum orang itu sampai,adakah dia gila?, bagaimana dia boleh melakukannya.Paling penting lagi,siapa sebenarnya dia?"ucap hati saya.
Saya pun cuba menanyakan orang yang berdekatan saya tentang lelaki misteri itu namun mereka adalah pelajar baru sama seperti saya,mereka juga tidak mengenali lelaki itu,tetapi kemudian, seorang perempuan yang memakai kacamata berdiri tidak jauh dari kami membalas"namanya Jebat.Tahun kedua,kelas assasin".
Penjelasan yang mudah itu membuatkan semua pelajar kelas satu yang tidak mengenalnya disitu terkejut.Keadaan yang pada mulanya suram terus bertukar riuh.
"Jadi kelas assasin betul betul wujud rupanya"kata salah seorang yang berada disitu.
bukan dia sahaja tetapi semua orang yang ada disitu seolah olah tidak percaya kerana dapat melihat pertarungan senior senior mereka di hari pertama persekolahan.Tambahan lagi,kelas assasin yang sememangnya kelas lagenda bertarung melawan kelas guardian dan knight pada masa bersamaan membuat setiap pelajar disitu mulai bersemangat.
Suara jeritan dari mana mana sudut terus saling balas sebagai tanda sokongan kepada kedua dua pihak.Tidak lupa,ada pelajar yang cuba memasang undian dan mulai mempertaruhkan duit mereka dalam pertarungan ini.Hasilnya,suara gemuruh terus bertambah sehingga menyebabkan beberapa orang guru dan 'staf'sekolah mulai datang berduyun duyun namun tidak dapat berbuat apa apa.
Tiba tiba,suara riuh itu dikawasan itu ditenggelamkan oleh suara tawa yang lebih kuat dari pelajar bersaiz besar yang menjaga pagar itu.
"Hahahahaha….,Saya memang lama sudah teringin untuk bertarung denganmu Jebat,kerana ini adalah tahun terakhir kami,jadi saya ingin mencipta memori melawan kelas yang dikatakan teori ini.Bukankah ini taruhan yang menarik Ethan?,kita akhirnya berpeluang melawannya".
"kawal nafsu bertarungmu Brian,sekarang kita sedang bertugas,tetapi sekiranya awak tetap tidak mahu berundur dari menghalang tugas kami.Maka kami terpaksa menggunakan cara kasar, Jebat,kami terima duelmu"balas orang berkelas knight itu.