webnovel

Chapter 18 : (POV MELISA) Apa yang terjadi ?

*****

Akhirnya kami sama-sama puas dan kami pun berasa mengantuk. Sebelum hendak tidur, Adrian mandi dulu. Baru saja hendak tidur, tiba-tiba Lyana call Adrian.

Kring! Kring! Kring! Kring! Kring!

"Hello Ly. Ada apa call abang ni?" Tanya Adrian.

"Ouh ok Ly. Ly tunggu abang sampai. Abang datang sekarang." Kata Adrian dengan cemas.

Aku pelik kenapa Adrian cemas. Apa yang terjadi sebenarnya. Aku melihat Adrian bergegas lari keluar dari bilik.

"You nak pergi mana ni? Dah malam lah." Tanya aku sambil mengikuti Adrian yang menuju ke keretanya.

"Sayang. Abang minta maaf. Abang kena pergi rumah Lyana macam ada benda tak kena kat sana. Malam ni abang temankan Lyana tau sayang. Esok abang balik. Abang promise esok abang balik. Sayang tunggu abang tau." Kata Adrian dan terus keluar dari rumah.

Kenapa dengan Lyana. Harini aku baru je merasakan bahagia. Apa yang jadi? Aku tertanya-tanya lah. Aku abaikan rasa hairan aku dan terus baring di bilik aku untuk tidur.

*****

Aku tersedar pada jam 3 pagi. Entah kenapa aku rasa masa lambat berlalu tanpa suami aku. Aku juga rasa tak sedap hati. Mungkinkah sesuatu berlaku diluar sana? Aku merasa rindu pada suamiku. Aku pun sambung tidur.

*****

Aku sedar tepat jam 6 pagi. Lalu aku bangun mandi dan menunaikan solat subuh. Setelah selesai solat, aku rasa macam dah lama tak mengaji. Jadi aku mengambil Al-Quran dan membaca beberapa helai muka surat.

*****

Jam menunjukkan 8 pagi. Aku masih menunggu kepulangan suami aku. Katanya akan balik harini tapi aku masih tak dengar kabar berita darinya. Apa yang jadi. Suami aku tengah buat apa agaknya. Tiba-tiba ada ketukan di pintu rumah. Aku keluar dan terkejut kerana melihat beberapa pegawai polis datang ke rumah.

"Assalamualaikum ni puan Melisa ke? Isteri Encik Adrian?" Tanya salah seorang pegawai itu.

"Waalaikumsalam. Ye saya. Ada apa ye?" Tanya aku balik.

"Maaf puan. Suami puan ditemukan kemalangan pada jam 1 pagi tadi. Sekarang suami puan ada di Hospital Kuala Lumpur." Jawab pegawai itu.

"Terima kasih tuan." Kata aku dengan sedih.

"Sama-sama. Kalau tak ada apa-apa. Kami pergi dulu." Kata pegawai itu.

Aku terkejut. Mengapa suami aku? Patutlah aku tak terima sebarang mesej atau panggilan dari dia.

*****

Aku cepat-cepat siap untuk menziarahi suami aku di hospital.

"Bibik!" Panggil aku.

"Ye puan." Jawab bibik.

"Kalau ada yang datang cari saya. Cakap saya tak ada. Bibik jaga rumah ye. Saya nak ke hospital." Kata aku.

"Baik puan." Balas bibik.

*****

Agaknya si Lyana tu dah tahu ke? Takpe la kalau kat hospital dia takde maknanya dia tak tahu lagi. Aku akan bagitahu dia kemudian.

*****

Sesampainya aku di hospital, aku terus bertanyakan pada nurse di bilik mana suami aku berada.

"Nurse, di mana bilik suami saya ye. Nama dia Adli Adrian berumur 23 tahun. Yang accident jam 1 pagi tadi." Tanya aku pada nurse yang bertugas ketika itu.

"Oh dia ada di bilik di hujung sana." Jawab nurse itu.

"Terima kasih." Kata aku lalu pergi ke bilik itu.

Ketika aku masuk ke dalam bilik itu, aku melihat ada doktor yang sedang merawat Adrian. Doktor itu bertanya pada aku.

"Awak ni isteri Encik Adrian ke?" Tanya doktor itu.

"Ye saya doktor. Macam mana dengan suami saya ye?" Tanya aku balik.

"Suami puan ok tapi dia mengalami hilang ingatan. Dia mungkin lupa apa yang terjadi dalam masa 5 tahun ini." Kata doktor itu.

"Apa maksud doktor?" Tanya aku balik.

"Maksud saya suami puan tak mungkin akan ingat apa yang berlaku pada dirinya yang sebelum ini." Jawab doktor itu.

"Agak-agak bila dia akan sembuh doktor?" Tanya aku lagi.

"In shaa Allah dia boleh sembuh tapi peluang untuk sembuh tu bergantung pada diri dia sendiri ataupun puan boleh cuba buat benda sama ketika dia normal dulu. Mungkin dengan cara itu ingatan dia akan kembali." Kata doktor itu.

"Baiklah. Terima kasih doktor." Kata aku.

*****

"Sayang datang ni abang. Sayang rindu sangat dekat abang." Kata aku pada suami aku dengan menangis.

"Kau siapa? Aku tak kenal kau." Kata Adrian.

BERSAMBUNG...