webnovel

Chapter 12: Impian tercapai

*****

Tibalah hari yang aku tunggu-tunggukan. Aku melafazkan akad nikah dengan lancar dan Lyana sah menjadi isteri kedua aku. Akhirnya impian aku tercapai jugak. Aku masih menyimpan rahsia aku bahawa aku telah berkahwin sebelum berkahwin dengan dia. Di malam hari aku bawa isteri aku berjalan-jalan dan berbincang sesuatu perkara.

"Ly! Esok kita balik KL tau. Aku tak leh tinggal kerja lama-lama nanti bertimbun lak kerja aku." Kata aku.

"Aku ikut kau je." Balasnya.

"Ok. Esok pagi kita gerak." Kata aku.

"Ok." Balasnya sambil menguap.

"Menguap dah bini aku ni. Kau tidur la Ly! Nanti sampai rumah aku angkat kau tidur kat katil." Kata aku.

"Eh tak yah lah. Nanti dah sampai kau kejut je aku. Aku tak biasa orang angkat aku." Balasnya.

"Ala apa salahnya. Kan aku suami kau. Aku boleh buat apa je kat kau." Kata aku sambil smirk.

"Yannnnn!" Balasnya minta aku faham.

"Yelah yelah. Dah. Kau tidur. Kesian aku tengok kau. Penat kan." Perintah aku.

Lalu dia pun tidur dan aku masih fokus memandu kereta balik ke rumah.

*****

"Ly! Bangun. Kita dah sampai rumah ni." Aku kejut Lyana bangun dari tidur.

"Hah? Sampai dah?" Tanyanya dengan muka baru bangun tidur.

"Ye sayang! Kita dah sampai. Kau gi lah tidur dalam bilik tu. Aku nak mandi jap." Kata aku.

"Ok." Balasnya lalu sambung tidur di katil.

Aku pun mandi dan terus tidur kerana penat memandu.

*****

Waktu pun dah pagi. Aku melihat sebelah untuk lihat sama ada Lyana masih tidur atau dah bangun. Ternyata dia dah takde kat sebelah aku. Lalu melihat jam yang menunjukkan sudah 8 pagi. Aku pun bergegas mandi dan bersiap-siap untuk balik ke KL. Apabila aku keluar dari bilik aku melihat Lyana sedang menutup semua perabot dengan kain putih. Ternyata dia mengemas rumah sendiri sebelum ikut aku balik ke KL.

*****

"Ly! Kenapa tak kejut aku nak kemas rumah. Kesian kau buat sorang-sorang." Kata aku.

"Takpelah. Aku tak sampai hati nak kejut. Aku tengok kau tidur lena sangat. Jadi aku buat la sorang-sorang. Ni aku tak masak pagi ni. Kita makan luar je. Aku nak makan roti canai kat kedai Pak Ali tu. Dah lama tak makan." Balasnya panjang.

"Ok ok. Ni dah siap belum?" Tanya aku.

"Dah. Tunggu nak gerak je ni." Jawabnya.

"Ok jom g makan kat kedai Pak Ali dulu pastu baru balik KL." Kata aku.

Dia pun setuju lalu kami terus singgah kedai Pak Ali untuk sarapan sebelum gerak balik KL.

"Eh pengantin baru. Awalnya keluar. Nak ke mana pagi-pagi lagi ni?" Tanya Pak Ali.

"Kami nak balik KL dah Pak Ali. Sebelum balik mesti makan roti canai Pak Ali dulu. Kat sana tak sama dengan roti canai Pak Ali. Pastu susah nak cari pun ye." Jawab aku.

"Ouhhhh. Ha yelah. Ni biar Pak Ali belanja kamu berdua ye. Bukan selalu dapat makan free kan." Katanya.

"Yelah Pak Ali. Terima kasih ye." Kata Lyana.

Kami pun makan. Setelah selesai makan lalu aku pun bersalaman dengan Pak Ali untuk meneruskan perjalanan ke KL.

*****

Aku meneruskan perjalanan sambil berborak dengan Lyana sehingga kan dia berasa mengantuk namun tetap menemani aku.

"Sayang! Kalau ngantuk tidur jelah. Jangan paksa mata tu. Nanti dah sampai aku kejut." Kata aku.

"Takpelah. Kan dah nak sampai. Aku boleh tahan lagi ni. Lagipun tak sabar nak tengok rumah baru. Hihihihihi." Katanya dengan terkekeh.

"Dah nak sampai apa kebendanya Ly! Lagi sejam ni kira-kira baru sampai rumah." Kata aku.

"Takpe. Aku teman kau." Katanya.

Dia memang degil. Aku suruh tidur pun tak nak. Kalau orang lain tu dah tidur dah. Tak payah suruh-suruh dah tidur dulu. Haihh dia ni memang baik. Nak jugak teman aku sampai rumah.

*****

Sejam kemudian tibalah kami berdua di rumah. Aku terkejut melihat Lyana yang teruja. Dia terus berlari dan menuju ke pintu rumah. Dia ni betul-betul tak sabar. Apa boleh buat dah memang itu perangai dia. Aku sabar jelah.

Aku pun membuka pintu rumah lalu mengambil beg dalam kereta.

*****

"Yan! Bila kau beli rumah ni? Cantik la." Tanyanya.

"Dah lama dah aku beli. Rumah ni khas untuk kau. Aku dah siapkan semuanya sebelum berkahwin dengan kau lagi. Macam mana? Cantik tak? Kau suka tak?" Jawab aku dan terus bertanya balik.

"Gila kau tak suka. Mestilah aku suka. Cantik sangat rumah ni. Pandai kau hias eh." Katanya.

"Tengoklah suami sapa." Kata aku dengan berlagak.

"Yelah. SUAMI AKU!" Katanya.

"Esok aku ada suprise untuk kau." Kata aku.

"Suprise? Suprise apa?" Tanyanya.

"Suprise kan. Mana boleh bagitahu." Jawab aku.

"Yelah." Balasnya pasrah.

BERSAMBUNG...