"Baiklah Hassan,gembira dapat brjumpa dan berkenalan dengan engkau, Hehehe. "
"Aku pun bertuah dapat berkenalan dan berjumpa dengan kau Kassim, Hehehe."
Dari riak wajah mereka berdua mereka yang gembira itu seolah-olah mereka seperti saudara yang telah terpisah lama dan bersua kembali dengan kedua duanya sangat akrab walau pun baru pertama kali berjumpa,benarlah kata orang kawan ketika susah ialah kawan sejati.
"Aku sungguh bertuah sekali dapat seorang sahabat seperti Kassim walaupun sebelum ini aku selalu berjaga-jaga dengan orang yang aku tidak kenali kerana hidupku sebelum ni selalu diperdaya dan dipergunakan sehingga aku tidak lagi mempercayai orang,mungkin dengan dia aku dapat beri kepercayaan aku untuk saling bantu membantu dalam menjaga keselamatan diri di tempat ini".
Bisik hati Abu Hassan.
"Kalau begitu mari kita tinggalkan tempat ini aku risau tiga orang keparat itu akan menjumpai kita pula di sini nanti,aku tak nak mati di belasah, aku belum berkahwin lagi".
Kata Kassim dengan riak wajah risau dan tersengih.
"Hahaha, Kassim ada-ada saja kau ni, siapa yang nak sama engkau Kassim?mungkin gadis tu sudah tiada pilihan lain agaknya, hahaha.
Perli Abu Hassan kepada Kassim.
" Cis, mana kau tahu Abu tiada gadis yang minat sama aku, Aku bukan nak bercakap gah Abu tapi rupa paras tampan aku ni memang tiada tandingnya di kota ini,mungkin kau yang tiada peminat sebab rupa kau pon tidaklah setampan mana,humm".
"Ya lah,ya lah, kau lah yang paling tampan di dunia ini, sekarang ni kita nak bertekak ke apa, kau kata nak beredar tadi? Marilah kita bergerak cepat,kau tak nak berkahwin ke?Hehehe"
"Ini semua kau punya pasal Abu, membazir masa aku dengan lawak kau tu. Okay Abu,ikut aku pergi ke daerah tempat aku tinggal, kau sudah makan ke belum?Aku belum makan lagi, aku ke tempat ni pun untuk mencari makan, perut aku sudah berbunyi-bunyi saja dari tadi kerana seharian tak makan, aku lupa aku lapar apabila kita dalam situasi tadi".
Keluh Kassim dengan muncung mulutnya dan riak wajah yang membuatkan orang simpati.
"Kalau begitu mari kita makan dulu, aku tau tempat yang menjual roti yang enak dan murah,jangan risau, aku belanja kau makan sebab kau dah bantu aku tadi Kassim, lagi pun wang hasil aku curi dari penipu-penipu itu tadi masih ada lagi pada aku".
Kata Abu Hassan dengan menunjuk dan menggoncang uncang wang kepada Kassim.
Tak perlu cakap banyak lagi Abu, mari kita pergi sekarang ke tempat itu, aku sudah hampir kebuluran ni,sesaat lagi kita bazir kan mungkin aku akan mati kerana lapar, cepat lah Abu, tunggu apa lagi?".
Paksa Kassim kepada Abu Hassan dengan wajah kasihan.
" Hahaha Kassim,baik lah mari kita pergi tapi pastikan kita berhati-hati, risau kita akan ditangkap orang - orang tadi, kau pun tau kita baru saja terlepas dari bahaya tadikan".
"Ya, okay baik".
Balas Kassim kepada Abu Hassan sambil tersengih.
Mereka berdua pun beredar dari lorong tempat mereka bersembunyi itu setelah memastikan tiada yang mengekori atau yang mencari mereka.
...
Crash!,kelihatannya seorang lelaki mencampak seorang budak lelaki pengemis dalam lingkungan lapan hingga sepuluh tahun keluar dari sebuah kedai makan.
"Kenapa kau degil sangat asyik masuk ke kedai kami ni?, tindakan kau tu mengganggu pelanggan kami yang tak selesa dengan kehadiran kau tu, kau faham tak?Hah, sepanjang tujuh tahun aku jadi pelayan di kedai ni kau lah pengemis yang paling degil sekali pernah aku jumpa! ".
Budak pengemis itu berdiri sambil menepuk habuk yang ada di pakaiannya yang compang camping itu pon membongkok dan menundukkan kepalanya sambil menjawab kepada lelaki pelayan itu.
" Tuan, tolong bermurah hati dan kasihani saya".
"Tidak, pergi dari tempat ini sekarang!"
Budak lelaki pengemis itu sambil tersenyum menjawab
"Tuan, saya tidak selama-lamanya akan jadi pengemis,siapa tahu mungkin satu hari nanti saya akan jadi orang ternama, jadi saya harap tuan dapat bermurah hati kepada saya".
Lelaki pelayan itu sambil menyilangkan tangannya berkata.
"Kau bertuah budak sebab aku yang menghalau kau, kalau pengurus besar aku ada disini pasti nasib kau akan bertambah buruk".
"Heyy kau, kau buat apa di depan kedai ni?kerja kau tu dah siap kah? Jangan kau nak curi tulang pula disini."
Kelihatan seorang lelaki berbadan besar dari dalam kedai memarahi pelayan tersebut.
"Tuan pengurus, saya minta maaf."
"Kau ni memang tak boleh diharap,bukan saja kau tak boleh halau budak pengemis tu, kau buat bising pula di depan kedai kita ni, pelanggan kita sudah la merosot kebelakangan ini,sekarang ni masuk dan buat kerja kau!"
Tengking pengurus besar itu kepada pelayan itu, dan pelayan itu pun terburu buru masuk ke kedai makan itu untuk menyambung tugasnya.
" Tuan,tolong kasihani saya, berikanlah saya sedikit makanan, jika tidak boleh, sisa makanan pun sudah cukup."
Rayu budak pengemis tu didepan pengurus kedai tu, sambil menghulurkan mangkuk makanannya dan menundukkan kepalanya."
"Haa,kau nak makanan ya,hak ptoey! sekarang berambus! "
Pengurus besar itu meludah di dalam mangkuk makanan budak pengemis itu.
"Tuan,apa ini?kenapa harus kejam sekali terhadap budak seperti saya?"
"Itulah sebabnya kau harus berambus dari tempat ini,aku tiada masa nak layan budak pengemis busuk macam kau, kenapa?makanan itu tak cukup ke?"
Perli pengurus itu kepada budak pengemis itu, budak pengemis itu yang muram kembali tersenyum dan menjawab kepada pengurus besar itu.
"Ya Tuan, ini tidak cukup untuk mengisi perut saya!tolong bermurah hati kepada saya."
Pengurus besar itu dengan riak wajah yang agak geram.
"Apa?budak ni, kau mesti ingat aku tak berani nak sentuh kau ya?kau silap!"
Piap, Piap, Piap!
Pengurus besar itu mencekik kolar baju budak pengemis itu dan menampar mukanya dengan kuat berkali kali,apabila menyedari darah mula keluar dari mulut budak pengemis itu baru lah dia berhenti.
"Tuan, tuan sudah pukul saya macam ni seharusnya tuan beri saya makanan atau wang sebagai pampasan untuk saya!
Budak pengemis itu merayu sambil memegang kaki pengurus besar itu dalam keadaan tertiarap dan mulutnya berlumuran darah.
"Apa halnya tu Abu?budak tu macam dalam masalah,nampak macam cari nahas budak tu kalau dibiarkan."
"Jom kita tolong dia,risau tak sempat pula kalau dibiarkan."
Tidak jauh dari kedai makan itu, Abu Hassan dan Kassim Salmat mula pergi ke arah budak pengemis itu dengan niat untuk membantu.
"Haa,budak pengemis busuk ni berani kau sentuh aku,kau memang nak mati!"
Herdik pengurus besar itu dengan kakinya sebelah dinaikkan untuk memijak budak pengemis berkenaan.
"Berhenti!tuan,cukuplah tu,jangan diapa apakan budak tu,saya mohon tuan berlembut hati!"
Kata Abu Hassan kepada pengurus besar itu.
"Siapa kau?kau kenalkah budak ni?jangan sibuk masalah orang lain,kau boleh berambus!"
"Orang tua,cukuplah tu! Tak malukah kau membuli budak kecil,kau ingat ada orang nak datang kedai kau tu lagi ke kalau kau masih lagi nak panjangkan masalah ni?"
Teriak Kassim kepada pengurus besar tersebut.
"Tuan,lepaskan lah budak itu,dia masih kecil lagi tidak tau apa-apa, saya mohon tuan dapat berikan belas kasihan, saya akan bawa dia pergi dari sini."
Sambung Abu Hassan lagi.
"Hum!anggap nasib kau baik hari ni budak,aku bagi peluang pada kau memandangkan aku tak nak pelanggan aku takut nak datang sini,lain kali kau buat hal lagi dekat tempat ni,aku akan habiskan kau!"
Pengurus besar itu mencampak beberapa syiling kepada budak pengemis itu dan pergi masuk semula ke kedainya untuk menjalankan kerjanya, dia meninggalkan budak pengemis itu yang masih dalam keadaan meniarap.
"Kau tidak apa-apa ke?"
"Orang tu memang gila, sanggup dia buat budak kecil sampai macam ni."
Abu Hassan dan Kassim memapah budak pengemis itu,budak pengemis itu pon bangun dan mengutip wang syiling yang berada di lantai.
"Saya tiada apa-apa."
Jawab budak pengemis itu dengan wajah yang senyum.
"Mari kita pergi dari sini dulu,lepas tu aku rawat luka kau."
Kata Abu Hassan
"Baiklah."
Abu Hassan dan Kassim pun membawa budak pengemis itu ke suatu tempat dan merawat luka budak pengemis itu.
"Ouch!"
Rintih budak pengemis tu akibat lukanya ditekan.
"Ok,luka kau dah siap aku bersihkan,tunggu sembuh je,dalam lagi beberapa hari dah boleh sembuh ni."
Kata Abu Hassan kepada budak pengemis tu.
"Terima Kasih kepada abang berdua sebab membantu saya,saya akan ingat pertolongan abang berdua,nama saya Amin, boleh saya tau nama abang berdua?"
Tanya Amin kepada Abu Hassan dan Kassim.
" Abu Hassan".
"Kassim".
Jawab Abu Hassan dan Kassim ringkas.
"Terima kasih abang Abu Hassan dan abang Kassim sebab telah menolong saya, kalau tidak tidak tau lah apa yang akan terjadi kepada saya".
"Kau lapar ke?ambil lah roti ini dan makan."
Tanya Abu Hassan kepada Amin sambil menghulurkan roti kepadanya.
"Terima kasih abang Abu Hassan."
Amin pun ambil dan memakan roti yang diberikan Abu Hassan itu dengan lahap.
"Amin,makan perlahan lahan nanti kau tercekik pula."
Tegur Abu Hassan kepada Amin.
"Hehehe,maaf abang Abu Hassan."
Abu Hassan hanya tersenyum dengan gelagat polos Amin.
"Amin,kenapa kau berdegil dengan orang itu tadi sedangkan engkau tu kecil dan lemah,berbaloi ke kau pertaruhkan nyawa kau?''
Tanya Kassim kepada Amin,Amin terdiam seketika dan menjawab.
"Bagi saya hidup sebagai pengemis ni lebih-lebih lagi yang macam saya ni Abang Kassim, kami ni lemah dan tiada apa,jadi untuk meneruskan kelangsungan hidup kami harus tahan dimaki dan dipukul,siapa yang lahir mahu menjadi pengemis? jadi kami kena bertahan walau apa pun yang terjadi dan hanya boleh mengharap di masa hadapan nanti bila saya sudah dewasa, saya dapat membantu golongan pengemis seperti saya agar mereka boleh hidup dengan lebih selesa."
Kagum Kassim dan Abu Hassan dengan jawapan Amin walaupun masih kecil tapi dia sangat jelas dengan situasi yang dia hadapi dan matlamatnya yang jelas untuk membasmi kemiskinan.
"Heh,aku harap kau jangan sembang saja Amin,kau kene bekerja keras,bukan mudah impian kau tu nak dicapai,pertama sekali kau kena jadi kaya dulu,Hehehe."
Kata Kassim kepada Amin
"Hehehe, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan,saya akan cuba sedaya upaya abang Kassim."
"Aku percaya kau akan jadi kaya nanti Amin."
Kata Abu Hassan memberikan sokongan kepada Amin.
"Terima kasih Abang Abu Hassan."
Jawab Amin dengan menggaru kepalanya dan tersipu-sipu kerana berasa dirinya dipandang tinggi oleh seseorang sedangkan selama ini tiada orang yang pernah memuji dirinya selain dari dimaki hamun,di ejek dan diperlekehkan,harapan yang diberikan itu akan dia jadikan api untuk membakar semangat untuk dia merealisasikan cita-citanya di masa akan datang.
"Heh,budak kecil macam ni sudah bercita-cita besar,sedangkan aku masih lagi belum lagi ada arah tuju dalam hidup ni,mungkin aku boleh buat sesuatu dengan membantu merelialisasikan impian budak ni sebagai sasaran hidup ku,idea ini pun agak menarik dan mulia."
Abu Hassan sambil tersenyum dan berfikir di mindanya mengenai ideanya itu mengusap kepala Amin, membuatkan Amin merasakan pelik dan bingung.''
"Emm,Abang Abu Hassan apa impian atau cita-cita Abang?"
Tanya Amin kepada Abu Hassan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal,Abu Hassan pun bangun dan berdiri sambil mendongak ke langit dan tangannya di buka dengan luas.
"Aku nak jadi kuat dan hebat!sesiapa yang mendengar namaku akan rasa gerun dan tidak ada yang berani cari pasal dengan aku, impian aku adalah untuk menghukum para bangsawan yang tidak adil dan korup agar cita-cita kau terbela Amin!Hahahaha."
"Hahaha,lagi seorang ni pun sama ada cita-cita yang besar juga,aku risau kau mati awal je nanti Abu."
Perli Kassim kepada Abu Hassan
"Hahaha."
"Hahaha."
"Hahaha."
Ketawa riang mereka bertiga dengan masing-masing saling berdebat mengenai impian dan cita-cita mereka,adakah impian mereka dapat dicapai atau tidak,Itu hanya boleh bergantung kepada nasib mereka sahaja kerana semakin besar cita-cita seorang itu semakin sukar untuk dilaksanakan.