webnovel

Bab 2

Fatin termenung keseorangan di ruang tamu. Pelbagai soalan muncul di benak fikirannya. Perasaan takutnya semakin menjadi-jadi. Apa yang harus dia lakukan? Matanya mula berkeliaran memandang setiap sudut ruang tamu rumahnya. Patut ke aku bunuh diri? detik hatinya. Fikirannya kusut. Kali terakhir dia melihat rakan imaginasinya berdiri di dinding bilik Dr. Zaki. Rakan imaginasinya sekadar tersenyum lebar melihatnya. Bukan senyuman yang riang dan manis yang sering dilihat. Tetapi senyuman yang menakutkan sehingga bulu roma nya naik sendiri. Mata rakannya itu terbeliak besar seolah-olah ingin menerkamnya. Jikalau masa dapat diputarkan kembali. Dia tidak akan bersetuju dengan kata-kata rakan imaginasinya itu. Tidak terlintas di fikirannya waktu itu bahawa ia merupakan sebuah perjanjian dan akhirnya dia buntu dan hidup dengan penuh ketakutan..

.

.

.

.

.

Beberapa bulan yang lalu.

Buku-buku yang berada di dalam kotak, dibawanya keluar untuk disusun. Lima buah kotak lagi kemudian habis, monolognya sendiri. Sedang leka mengemas dan menyusun buku demi buku di rak. Terdetik di hatinya betapa rasa sunyi dan sepi suasana rumah baharunya itu. Hari ini sudah masuk hari kelima dia tinggal di situ. Pada mulanya, Fatin tidak terlintas di benak fikirannya untuk berpindah. Namun, disebabkan pembukaan hospital baharu itu kekurangan tenaga pakar perubatan. Fatin diperintahkan untuk bertugas di sana. Dia tidak membantah. Padanya, ia merupakan satu peluang untuk membina semula hidup yang baharu dan belajar untuk berdikari.

Bunyi ringtone 'Show You' dari Shawn Mendes mematikan lamunannya. Tentera nama Makcik Yaya di skrin, segera dia mengangkat panggilan.

"Assalamualaikum Fatin. Kamu okay tak dekat sana?" soal Makcik Yaya di hujung talian.

"Waalaikumsalam. Fatin, okay je. Makcik jangan risau la"

"Eh, mana boleh. Kamu satu-satunya anak buah makcik tau" ujarnya dan mereka ketawa kecil. Makcik Yaya satu-satunya makcik yang dia ada. Setelah ketiadaan kedua ibu bapanya, makcik Yaya yang membela Fatin seperti anak kandungnya sendiri. Lebih-lebih lagi, makcik dan pakciknya itu belum dikurniakan anak. "Irfan ada call kamu tak?" soal makcik Yaya tiba-tiba.

"Tak, makcik. Dia mesej saya. Katanya sibuk"

"Oh, kamu sabar ye. Fatin, lain kali kita call tau. Ini makcik nak kena pergi masak kejap untuk pakcik kamu, nanti kebulur dia. Kamu jaga diri dekat sana"

"Baik. Makcik dan pakcik pun jaga diri juga ya"

"Baik. Bye Fatin" talian dimatikan. Jarinya segera mencari nama Irfan di skrin. Sekadar mesej ringkas semalam, 'jaga diri, Fatin'. Irfan mana kau pergi? Kau begitu sibuk sampai dua hari tiada khabar berita, soalnya sendiri. Air matanya mulai membasahi pipi gebunya. Perkenalan antara Fatin dan Irfan tidak begitu lama. Mereka hanya berkenalan selama satu bulan setengah dan tanpa membuang masa Irfan segera menjadikan Fatin sebagai tunangannya. Sejak beritahunya mengenai dia akan berpindah ke tempat baharu disebabkan atas urusan kerja, Irfan seolah-olah menjauhkan dirinya daripada Fatin. Tetapi mungkin betul Irfan sekadar sibuk dengan kerjanya. Air matanya dilap dengan hujung lengan panjang baju Mickey mouse.

Fatin, kau kena kuat! We need to think positive! Cubaannya memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri.

"Hey" panggil satu suara sayup-sayup kedengaran. Matanya berkeliaran di setiap sudut ruang tamunya. Mungkin tersalah dengar. Tanpa menghiraukan suara itu, dia kembali mengemas kotak-kotak yang masih berisi dengan barangnya. "Hey" panggil suara itu lagi. Fatin tersentak.

"Hey,Fatin"

"Siapa itu??!" sahaja dia meninggikan suara dengan harapan perasaan takutnya hilang. Kali ini matanya mencari-cari tuan punya suara tersebut. Tetapi kosong. "Fatin sini" panggil suara itu lagi. Dengan membekalkan semangat yang ada, dia bangun dan cuba mencari pemilik suara tersebut. Badannya mulai seram sejuk. Perasaannya mulai bergelora. Patut ke aku telefon polis?

"Fatin....fatin...." panggil suara itu lagi. Bilik tetamu? Suara yang memanggilnya kedengaran jelas di dalam bilik tetamu. Tanpa berfikir panjang, Fatin mengambil payung yang berada berhampiran di situ. Tangan kanannya memegang payung, bersedia untuk memukul siapa sahaja empunya suara di sebalik bilik tetamu tersebut. Segera tangan kirinya memulas tombol pintu lalu menolak biar ia ternganga seluas-luasnya. Seorang gadis berambut pendek berdiri tegak dan tersenyum melihatnya.

Tanpa berlengah, Fatin segera memukul gadis tersebut. Pukulan itu hanya sia-sia. Dia terjatuh atas lantai. Gadis tersebut tersengih melihat keadaan Fatin. Geram dan berang, Fatin bangun lalu buat cubaan kali kedua untuk memukul. Gagal. Fatin termenung seketika. "Siapa...kau??" soal Fatin terketar-ketar. "Kau ini....hantu?" soalnya lagi.

Gadis itu tersenyum. "Kau tak ingat aku?"

Fatin menggelengkan kepala.

"Aku, kawan imaginasi kau. Aku, Sara"

"Kawan imaginasi? Sara?" Fatin tercengang. Otaknya cuba memerah ingatan mengenai gadis bernama Sara. Kawan imaginasi?

Sara sekadar mengeluh. Tanpa disuruh, Sara duduk menghadapnya. Jantungnya berdegup laju. "Kau dah besar, Fatin. Susah nak ingat. Aku, kawan kau masa kau kecil dulu. Ingat?" soal Sara yang cuba membantunya mengingati kembali.

"Kita selalu borak dan main sama-sama" sambungnya lagi. Tiba-tiba, memori mengenai gadis itu muncul di fikirannya. "Sara! Sara!" jerit Fatin seperti orang kerasukan. "Yes".

"Eh, tak mungkin. Itu semua childhood punya cerita. How? Kenapa aku boleh nampak kau? Aku gila ke? Tak mungkin" soal Fatin dan mundar-mandir dalam bilik tersebut. Soalan-soalannya bukan ditujukan kepada Sara tetapi lebih kepada diri sendiri. Wajahnya jelas tampak cemas dan panik. "Ah! Ini semua khayalan!" Fatin menampar pipinya beberap kali sehingga tampak kemerahan. "Bangun Fatin!! Bangun!!"

"Oi. Kau dah kenapa? Boleh tak, kau bertenang dulu?" Sara yang dari tadi melihatnya mundar-mandir terasa serabut. Lebih-lebih lagi bila melihat reaksinya cederakan diri untuk kembali sedar.

"Kenapa kau tiba-tiba muncul?"

"Tak tahu"

"Apa yang kau nak?"

"Tak tahu"

"Huh?"

"Listen. Aku, tak tahu macam mana kau boleh nampak aku setelah sekian lamanya kau tak nampak"

"Then, aku gila la"

"Don't think so. Kau tak gila"

Fatin hanya mengeluh. "Y'know what. Nanti kita figure this out. Aku nak bersendirian"

"Okay"

Kepala Fatin mulai berdenyut. Dia segera merebahkan diri di atas katil biliknya. Sara dibiarkan sahaja. Dia tidak boleh menghalau atau memukul rakan imaginasinya, Sara. Seolah-olah Sara seperti hantu dan bayangan yang tidak memberi kesan apa-apa jika berbuat sedemikian. Tetapi dalam sudut hatinya mengharap sebaik sahaja dia bangun dari tidur, kelibat Sara hilang. Dan semua ini hanyalah mimpi.

Siguiente capítulo