webnovel

Bab 3

Sinar cahaya memancar tepat ke matanya. Dengan lemah, matanya yang berat itu dibuka perlahan-lahan. Kipas siling ditenungnya seketika. Apa yang berlaku malam tadi? Fatin kebingungan. Malam semalam yang aku ingat, aku sakit kepala lepas itu tidur....tapi sebab apa sakit kepala? Memikirkan hal-hal ini buatkan kepalanya berputar kembali. Ah, tiada apa-apa kot. Lantas, dia bangun dari katil dan bersiap-siap membersihkan diri. Usai membersihkan diri, seperti robot yang tahu akan tugasnya. Dia berjalan menuju ke dapur untuk memasak sarapan pagi.

Nasi goreng kampung dan telur mata menjadi pilihan dan santapan pada pagi itu. Sedang duduk di meja makan untuk bersantap. "Oh, kau masak nasi goreng ini?" soal gadis berambut hitam pendek yang duduk berdepan dengannya. Mata Fatin terbeliak dan mulutnya ternganga. "Eh, kau dah kenapa? Kenapa terkejut lagi?"

"Ini mesti mimpi" pujuk Fatin pada dirinya.

"Mimpi? Kita dah jumpa malam semalam. Masih kata mimpi?" soal rakan imaginasinya sambil mengaru kepala yang tidak gatal.

"Kalau.....kalau bukan mimpi kenapa aku boleh nampak kau?"

"Tak tahu. Mungkin untuk teman kau. Kau sorang je kan? Tak ada kawan"

"Aku ada kawan"

"Oh. Kau dah berubah. I see" Sara tersenyum nipis. Gelagat dan latar belakang mengenai Fatin sudah diketahuinya dari dahulu lagi. Mana tidaknya, kewujudannya mula ketika Fatin masih kecil. Tetapi mungkin juga Fatin sudah banyak berubah. Sara hanya memerhatinya bersantap dengan penuh selera. "Apa pandang-pandang? Nak makan?" soalnya tiba-tiba. Sara ketawa dengan soalan yang dianjurkan olehnya.

"Aku tak boleh makan. Aku, tak rasa lapar atau dahaga"

"Kalau macam itu. Aku boleh habiskan la" Sara mengangguk perlahan.

**************************************

Skrin telefon pintar ditenungnya selama mana yang boleh sehingga skrin terpadam sendiri. Nabil yang dari kejauhan menuju ke arahnya dapat melihat kesedihan rakan karibnya itu. Sudah beberapa hari, rakannya menjadi seperti orang tak tentu arah. "Kau call la dia" ujar Nabil lalu duduk bersebelahan dengan rakannya di pondok kosong itu. Lelaki berkulit putih berkacukan British hanya memandangnya dengan pandangan yang kosong. Air tin yang baharu dibeli oleh Nabil dihulurnya satu kepada lelaki tersebut.

"Sampai bila kau nak jadi macam ini? Call je dia" tegur Nabil lagi.

"Nabil, aku nak berhenti kerja" Nabil yang baharu sahaja menghirup air Milo tersembur dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh rakannya yang secara tiba-tiba. Baju putih yang dipakainya jelas kelihatan tompokkan air tersebut. "Bodoh la kau! Habis baju aku" teriak Nabil sehingga orang yang lalu-lalang di situ terkejut. Rakannya hanya pandang dengan pandangan yang kosong.

"Tapi kenapa pula kau nak berhenti?"

"Aku nak kerja berhampiran dengan dia"

"Kau tak boleh ke bagi kepercayaan dekat dia, Irfan?"

"Aku tak nak benda yang pernah aku terjadi dulu. Terjadi buat kali kedua"

Nabil terdiam seketika untuk mengatur ayatnya. "Ikut kau la, Fan. Tapi kau kena ingat....." seolah-olah tahu dengan apa yang ingin disampaikan oleh Nabil. Irfan segera memotong, "Jangan risau, Nabil. Oh, tolong jangan bagitahu dia. This is surprise for her"

"Yelah, Fan. Aku kalau boleh tak nak masuk campur hal-hal hubungan awek, pakwe. Tapi kalau melibatkan kau patah hati dan sebagainya, terpaksa la aku masuk campur juga"

"Sebab kau tak boleh relate kan!" cela Irfan bergurau. Mereka ketawa terbahak-bahak di pondok tersebut.

***********************************

"Ini tempat kerja kau?" soal Sara sambil memerhatikan sekeliling kawasan hospital baharu itu. Tanpa menjawab persoalan rakan imaginasinya, dia terus melangkah ke bilik kerjanya. Wajahnya tampak muram dek kerana Sara masih mengekorinya walaupun sudah diberitahu tidak perlu mengikutinya ke tempat kerja. "Woah, ini bilik kau?"

Fatin sedaya upaya untuk mengabaikan kewujudan rakan imaginasi yang berada di sampingnya. Mati aku kalau orang lain tengok aku cakap sorang-sorang, terdetik di hatinya. Fatin atau lebih dikenali sebagai Doktor Fatin yang merupakan Doktor bagi bahagian pembedahan telah dipinta untuk berpindah ke sebuah hospital baharu yang kekurangan tenaga doktor. Fatin tidak membantah, malah akur dengan permintaan pihak atasan. Seperti biasa, maklumat beberapa pesakit di bacanya dengan penuh teliti sebelum mengambil tindakan yang seterusnya. Bilik kerjanya yang mempunyai beberapa buah meja serta doktor di situ, memerhati sahaja tindak-tanduk Fatin.

"Awak, Fatin?" soal seorang gadis yang sedang berdiri di depan mejanya dengan tangan bersilang. Fatin mengangguk perlahan. "Awak, tak reti nak cakap hi atau tegur your senior?" amarah gadis bertaik lalat di atas bibir yang menampakkan seri kecantiknya. Fatin yang terkejut dengan teguran itu segera memandang sekeliling bilik tersebut. Secara automatik, Fatin berdiri tanpa dipinta. Setiap pekerja di situ mengunci pandangan mereka pada Fatin.

"Sa..sa...saya...saya minta maaf" ujarnya gagap. Khusyuk melayani buah pemikiran sendiri mengenai kewujudan rakan imaginasinya, sehingga terlupa bilik yang ditempatkannya adalah kebanyakan senior. "Hm, tak apa la. But don't do this again" amaran gadis itu sebelum beredar ke meja kerjanya.

"Jahatnya" ujar Sara. Fatin kembali duduk dan termenung. Bisikan-bisikan mengenai tindakannya awal tadi mulai tersebar dari mulut ke mulut. Walaupun Fatin cuba untuk mengabaikan mereka, tetapi kelakuan segelintir pekerja yang suka curi pandang kemudian berbisik sesama mereka telah membuatkannya rasa tidak senang hati. Sara yang faham dengan suasana bilik tersebut turut mendiamkan diri.

.

.

.

Usai habis kerjanya, Fatin segera pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang, mereka tidak berkata apa-apa selain melayani buah fikiran masing-masing. Sara sekadar menjadi pemerhati dengan tingkah lakunya. Fatin yang duduk di sofa termenung melihat skrin telefon pintarnya. Bukan seminit dua tetapi dua jam! Fatin asyik memerhati skrinnya. Seolah-olah menanti mesej atau telefon daripada seseorang.

"Kau tunggu siapa?" soal Sara setelah memerhati tingkah laku Fatin agak aneh.

"Hm, tunang"

"Oh, kau dah bertunang?" soalnya terkesima. Fatin balas dengan anggukan.

"Can I be honest with you?" soal Fatin tiba-tiba. "Yes".

"Sebenarnya aku tak ada kawan. Kawan yang aku ada is tunang aku, Irfan" jujur Fatin dengan wajah yang sayu.

"Is he a good guy?"

"For me, yes"

"Are you in love with him?"

"Yes, kenapa Sara tiba-tiba tanya macam itu?" hairannya.

"Just nak make sure sebab if you are happy dan aku pun happy tapi ..."

"Tapi?"

"If one day, something happen. Kita tak tahu kan. Set me free" ujar Sara serius.

"Set you free? From apa?" soal Fatin yang keliru dengan apa yang dikatakan oleh rakan imaginasinya, Sara.

"From i don't know. We will see. Aku nak kau set me free, that's all" ujarnya.

"Oh okay, and if I don't?" soal Fatin inginkan kepastian.

"Well.... I guess, you die"

Siguiente capítulo