webnovel

Bab 1

"So, you're saying your imaginary friend want to kill you? Betul?" soal Dr. Zaki yang merupakan pakar psikologi dan ahli terapi. Sukar untuk Dr. Zaki percaya dengan kata-kata yang terpancul dari gadis muda yang berusia lingkungan 20an. Sedaya upaya dia cuba menyakinkan kewujudan rakan imaginasinya yang cuba untuk membunuh. "Yes, please believe me. Saya takut" ujar gadis tersebut.

Wajahnya yang suram dek kerana tidur yang tidak mencukupi serta penampilan rambutnya yang panjang kelihatan agak kusut masai membuatkan Dr. Zaki berasa sayu dan kasihan. Ternyata gadis ini mengalami masalah gangguan emosi. Terdetik di hati Dr. Zaki betapa beraninya gadis ini berjumpa dengan kaunselor sepertinya. "Saya rasa awak menghidap delusional disorder, yang tidak dapat membezakan antara dunia realiti dan dunia lain" terang Dr. Zaki dengan tenang. Gadis tadi memandangnya dengan wajah seakan tidak percaya dengan apa yang Dr. Zaki simpulkan. "Seriously doktor??!"

"Apa yang awak nampak sekadar halusinasi" tambahnya lagi.

"Ini lain, doktor. Saya boleh nampak dia! Ni bukan dunia tipu-tipu! Dan saya masih boleh bezakan dunia realiti atau tidak, doktor"

"Sekarang awak boleh nampak dia? Dia ada dalam bilik ini?"

Gadis itu menggelengkan kepala. "Buat masa ini dia tidak ada"

"Begini, saya akan berikan awak ubat dan awak cuba sibukkan diri supaya boleh lupa kewujudan dia. Satu lagi, kalau boleh jangan tinggal sorang. At least ada orang teman " sedang Dr. Zaki jelaskan kepadanya, gadis muda itu hanya membatu kan diri. Memandang ke arah dinding yang berwarna hijau. "Fatin??" panggil Dr. Zaki apabila melihat gadis itu mendiamkan diri. Namun, tidak dihiraukan nya. Pandangan Dr. Zaki beralih ke arah dinding di belakangnya apabila melihat mata Fatin tertumpu pada dinding. Dinding itu kosong. Tiada apa-apa yang menarik. Sekadar warna hijau. Dr. Zaki kembali memanggilnya, "Fatin? Fatin?? Fatin??!" terpaksa dia meninggikan sedikit suaranya. Fatin tersentak, "Yes, doktor".

"You okay??" risau Dr. Zaki melihat reaksi gadis itu tiba-tiba.

"Yes yes yes" dia cuba menyakinkan Dr. Zaki. Ingin sahaja dia memberitahu kepadanya. Namun, setelah mendengar apa yang telah disimpulkan oleh Dr. Zaki. Niatnya dimatikan.

"Sure??"

"Yes, may i go now?"

"Yes, thank you Fatin sudi share all of this with me" ucap Dr. Zaki. Begitulah sikap Dr. Zaki, habis sahaja sesinya antara dia dan pesakit. Dia pasti akan mengucapkan terima kasih. Baginya meluahkan masalah atau isi hati kepada orang lain adalah amat sukar. Dan dia amat hargainya.

Siguiente capítulo