webnovel

Aisyahazira [Remastered 2020] - Trilogi Pertama : Puteri Zion

Autor: MF_Omar92
Fantasía
En Curso · 22.5K Visitas
  • 8 Caps
    Contenido
  • valoraciones
  • N/A
    APOYOS
Resumen

Etiquetas
1 etiquetas
Chapter 1Keluh-Kesah Berkaitan Rasa Dan Persinggahan Sementara

Untuk aku simpulkan segala apa yang terjadi dalam satu helai karangan belum cukup bagiku ceritakan peristiwa yang telahku lalui di sepanjang pertemuan di antara aku dan dia. Kalau aku khabarkan kepada semua orang yang ada bahawa aku mempunyai seorang teman yang berasal dari galaksi berbeza, gelaran gila sudah pastiku terima.

Manakan tidak, menghadam kenyataan yang terlafaz dari kata-katanya saja penuh dengan unsur cereka seakan fiktif dari aliran sains. Itu mengikut logika akalku sewaktu dia mengungkapkan kejujurannya terhadapku buat pertama kali. Aku di antara mahu percaya dan mahu bergelak ketawa andai itu hanya satu wayang sandiwara sahaja. Namun tanggapanku berubah ketara.

Perubahan itu bukan kerana aku mula menelan bulat-bulat segala apa yang dia katakan padaku, tetapi aku mula dapat merasakan yang dia sebenarnya tidak menipu atas apa yang telah dia bicarakan tentang diri dan asal-usulnya kepadaku sebelum ini. Di tambah pula dengan bukti dan segala artifak yang di bawa bersama, menyahkan-kegundah-gulanaanku.

Mana mungkin, seorang gadis muda sepertinya, sanggup berkelana jauh meninggalkan tempat kelahirannya sehingga sampai ke planet Bumi ini semata-mata hanya mahu untuk bersembuyi dan menyelamatkan diri??? Mungkin sukar untuk di perkira sejauh mana perjalanan dia melarikan diri hingga melepasi sempadan di antara galaksi dan gugusan planetari. Boleh meletup otak mengakalinya.

Semakin lama dia berada di sampingku, semakin lama aku dapat mengetahui siapakah gerangan di beri nama Aisyahazira ini. Dia yang beranak-mata biru, berambut hitam ikal itu nampak sungguh menawan di samping kerundung panjang mendedahkan dahinya yang keputih-merahan tersisip rapi anak rambutnya kemas berserta baju labuh dan selendang sedang di pinggang.

Lihat dari pemakaiannya, aku cuba mengandaikan jika pakaian itu adalah pakaian para leluhurku di masa lalu. Membuat aku makin tertarik kepadanya ialah, bukan kerana pengisahannya itu; tetapi gaya bahasa dan tutur katanya; sangat tertib tidak seperti orang kebiasaan. Cara gadis itu berjalan juga lagaknya seperti orang-orang kenamaan. Itu hematku semata.

Aku tahu, sampai satu masa; perpisahan akan menjelang tiba dan kami harus membawa diri masing-masing selepas ini. Jika waktu itu mula menyingkap tirainya, aku harap aku sudah bersedia baik dari segi fizikal dan emosi. Sebaik mana dia datang ke sini; aku ingin dia pulang dengan sebaiknya; itu sajalah harapan besarku.

Sebagai seorang Musafir Sarwajagatraya yang bertandang jauh dari tempat asalnya; aku yang merupakan tuan rumah pasti akan melayani dia, Aisyahazira itu dengan sebaik cara. Siapa lagi yang dia mahu percayakan setelah dia bertemu dengan aku. Banyak perkara baru yang aku tidak tahu akhirnya terjawab dengan adanya dia sebagai Arkib Astronomika-Bergerakku.

Sepanjang keberadaan dia di sini, pelbagai hal dan isu berkaitan konflik dan diplomasi membabitkan perhubungan antara planet dan galaksi di mana teman istimewaku itu tinggal sedikit sebanyak membina wawasanku dengan pengamatan secara terperinci dan pengkayaan ilmu pengetahuan yang tidak dapat di perhitung walau apa sekalipun perbandingannya. Kedengaran agak mengarut; bukan?

Biarlah apa pun yang orang akan kata kepadaku, Aisyahazira tetap seorang temanku yang takkan pernah dapat aku samakan dengan sesiapapun ada di dalam Dunia ini. Gila aku, ya aku gila; gila aku beralasan dan sudah pasti ia akan menjadi satu kenangan yang paling indah takkan aku lupakan di sepanjang hayatku.

---

Aku melihat hari ini, Aisyahazira banyak mendiamkan diri dari berbicara. Dalam dia tidak sedar aku perasan yang bibirnya yang mugil itu sedang meratabkan sesuatu yang asing dari pengetahuanku dan sangat tidak jelas kedengaran di kedua belah cuping telingaku seakan dia sedang bertafakur atas satu perkara yang aku sendiri tidak tahu-menahu.

Sepanjang hari; situasi itu berterusan sehingga pada suatu waktu yang tak aku dapat jangkakan, teman istimewaku itu datang kepadaku lalu memulakan bicaranya. "Farhan, saya dapat merasakan bahawa kepulangan saya ke tempat asal pada ketika ini merupakan saat yang tepat dan tidak boleh di tangguh-tangguhkan lagi…" Nada Aisyahazira berubah dengan mendadak.

"Saya tahu, saya masih di perlukan di sana; sama ada untuk menghadap takdir atau merubahkannya… Ianya satu keputusan yang sukar namun apakah daya, hanya satu saja kata putus yang harus saya sahut sebagai jawapan…" Aku hanya membiarkan Aisyahazira meneruskan segala apa yang ingin dia katakan. Airmata perawannya kulihat mula berlinangan.

"Jika di izinkan; saya akan kembali semula di sini, untuk bertemu dengan kamu, Farhan; duhai teman… Kepergian saya bukan bermaksud selamanya dan ingatlah, di sini; sentiasa mengingatkan kamu…" Teman istimewaku itu meletakan telapak tangan kanannya ke arah dadanya sambil menahan esak dan perasaan yang berkeceramuk. Kini giliran aku untuk berkata.

"Aku mengerti apa yang kau katakan, sekiranya di perkenankan; tinggalkan kepada aku satu kenang-kenangan untuk aku sentiasa ingatkan kau di mana kau berada, Aisyah…" Aku berikan kepada perempuan muda itu sapu tanganku, lalu dia kesat airmatanya. "Kalau itu yang kamu mahu, sudah pasti saya tunaikan; temanku…" Aisyahazira membelakangkan aku; seketika.

Entah bagimanakah kejadiannya, satu letupan cahaya; berlaku di sebalik telapak tangan perempuan muda itu. Yang lebih menghairankan aku adalah, tiba-tiba; letupan cahaya itu menghasilkan satu bebola kristal yang sangat jernih seakan di kristalisasikan dengan penuh ketelitian. Itu merupakan satu perkara yang tidak terjangkau dek akal untuk di pertontonkan apatah-lagi percaya.

Aisyahazira menyerahkan kepada aku berbola kristal itu seraya memberi satu pesanan. "Jika kamu rindukan saya, sisipkanlah bebola kristal ini di bawah bantal beradu yang melapik kepala kamu… Saya pasti akan hadir di setiap mimpi kamu bila kamu mimpikan saya, Farhan…" Airmatanya mula berguguran membasahi kedua-dua belah pipinya yang gebu itu.

"Perpisahan ini terlalu tiba-tiba; tetapi saya tidak akan sesekali pernah melupakan betapa baik dan ikhlasnya kamu yang senantiasa bersama saya sepanjang berada di tempat yang terasing jauh dari kebiasaan saya…" Aku dapat melihat satu portal cahaya seakan pintu gerbang mula mempernampakkan bentuknya. Saat ini, sudahku sedia; untukku ucapkan sesuatu padanya.

"Selamat tinggal temanku; Farhan, selamat jalan saya ucapkan dan saling berdoalah kita jika di takdirkan untuk bertemu buat kedua kali…" Aisyahazira tidak menoleh kebelakang lagi dan dia terus memasuki portal cahaya yang menantikan dia pergi meninggalkan aku sendiri selepas ini. Seraya dengan itu; portal yang menjelma tadi pudar menghilangkan jejak.

Aku terkedu kerana tidak dapat melafazkan kata-kata yang kupendamkan selama ini kepadanya… Andai aku dan Aisyahazira bertemu semula; akan aku ungkapkan segala-galanya dengan sepenuh hati tentang perasaanku kepadanya. Moga hajatku ini akan termakbul jua akhirnya… Biarpun akan memakan masa hingga ke akhir hayatku nanti. Betapa; kau aku cinta, oh Aisyahazira!!!

Bersambung...

También te puede interesar