Aisyahazira pandang kiri dan kanan, atas dan bawah. Dia agak kehairanan. Tempat ini tidak pernah dia lewati, bau wangian stanggi harum menusuk ke lubang hidung. Semakin lama semakin mewangi wangiannya hingga Aisyahazira bertemu dengan sebuah bulatan cahaya sebesar pintu istana purbakala. Dia segera berlari anak menuju ke bulatan cahaya tersebut.
Yang menghairankan, makin dia dekati bulatan cahaya itu; makin menjauh dan makin mengecil saiznya. Dia mula kerisauan dan kegelisahan semakin menambah bila seluruh ruang pandangnya menjadi lebih gelap-gelita seolah mahu menelannya dalam kegelapan itu. Teraba-raba dalam kegelitaan di sekelilingnya, akhirnya Aisyahazira dapat mencapai sebuah tangan dan tangan itu menariknya serta-merta.
Dia amat terperanjat kerana tangan yang menyambutnya dari kegelapan itu tadi tidak lain dan tidak bukan adalah ayahandanya yang sangat dia rindui selama ini. Di samping ayahandanya, terdapat ibundanya sedang tersenyum riang menyambut keberadaan Aisyahazira, anakandanya yang sangat di sayangi. Ibundanya tak lekang dari senyuman melihat Aisyahazira di depan mata.
"Oh, ayahanda dan bonda kesayangan anakanda... Sudah terlalu lama anakanda menanti pertemuan sebegini rupa... Betapa rindunya anakanda kepada ayahanda dan bonda tidak terkira dengan kata-kata..." Luahan hati dan perasaan Aisyahazira saat dapat bertentang mata sesama mereka meruntunkan jiwa sesiapa saja yang ada di waktu itu. Dia segera menyambung semula kata-katanya.
"Andai di takdirkan, anakanda nak bersama dengan ayahanda dan bonda buat selamanya... Namun apakan daya; Allah Taala lebih menyayangi ayahanda dan bonda... Anakanda terima dengan hati terbuka ketentuan dari Yang Maha Esa..." Sendu Aisyahazira bernada pilu. Dia tidak dapat menahan rasa yang bergelogak di dada. Sebak rasa hanya Tuhan tahu.
Pipi Aisyahazira yang lembut gebu itu di usap ibundanya mesra. Dia ingin menyambung semula kata-kata yang anakanda mereka putuskan di tengah jalan. "Wahai anakandaku; bertabahlah, perjuangan kamu masih belum selesai; anakandaku... Walaupun perjalanan kamu penuh dengan liku... Bonda dan ayahanda tetap percaya dengan kemampuan kamu, anakandaku..." Airmata Aisyahira berderu kembali.
"Ayahanda juga begitu; anakandaku, Aisyahazira; perjalanan kamu masih jauh, mereka semua masih perlukan kamu untuk memayungi mereka, rakyat jelata kita..." Kata-kata ayahandanya itu memberi semangat yang baru; airmata Aisyahazira kesatkan. "Jikalau begitu; baiklah, ayahanda; bonda... Apa yang telah ayahanda dan bonda tinggalkan; akan anakanda sambung sebagai satu perjuangan yang sama..."
Persekitaran antara tiga beranak itu kembali kepada terang-berderang. Tiada lagi kegelapan menyelembungi mereka bertiga. Mata Aisyahazira mula berkaca-kaca dengan harapan. "Kembalilah semula ke kerajaan kita, anakandaku; perjalanan kamu masih panjang dan ia bermula sekarang..." Kata ayahanda kepada anakandanya itu. Akhirnya, Aisyahazira kembali tersedar. Dia berada di luar makam di raja.
Dia merenung seketika apabila mengenang kembali apa yang di utarakan oleh ayahandanya. Matanya yang berkaca dengan airmata kini berubah menjadi ungun api yang menyala-nyala. Amanat baru mulai di pasang. Tekadnya hanya satu; demi kebaikan agama, bangsa dan negara tercinta walaupun dia terpaksa melepaskan takhta, harta benda dan juga berkorban nyawa.
Dengan kobaran semangat waja; Aisyahazira mula mengatur langkah kanan dengan kembali semula ke Singgahsana Zionya. Pesanan ayahanda dan ibunda dia pegang teguh di fikiran. Seribu aral melitang akan dia atasi; sejuta onak dan duri dia akan tempuhi; dan persinggahan pertamanya bermula dengan bertemu dengan orang-orang kanan pentadbir, Pemerintahan Beraja Zion!
---
Mimpi aku terhadap Aisyahazira semakin hari semakin membingungkan buat diriku. Aku merasakan ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku dan aku harus segera menemui dirinya. Hanya berbekalkan bola kristal yang dia tinggalkan kepadaku; aku harus mencari cara bagaimanakah dapat aku berjumpa semula dengan dirinya. Rindu itu satu perkara yang berlainan.
Aku membelek-belek di atas, bawah; kiri dan kanan bebola warna cerah itu. Tiada apa-apa. Kugoncang-goncang pun tiada apa-apa. Aku letakkan bebola itu di atas katil lalu kuseru-seru dengan ayat-ayat tertentu. Tiada apa-apa yang berlaku. Otakku mula ligat mencari cara bagaimanakah aku dapat berhubung dengan Aisyahazira. Setelah puas memikir; aku kepenatan.
Kalau begini gamaknya; sampai bila aku tidak dapat bertemu dengan Aisyahazira yang aku sayangi... - Hemat hati kecilku menyuarakan ketidakpuashatianku. Tanpaku duga, bola kristal itu mula bercahaya bila aku menyatakan dalam hatiku nama teman istimewaku itu. Andai takdir mengizinkan aku menemui Aisyahazira semula; izinkan aku berjumpa!!! Tiba-tiba berlaku letupan panca-cahaya.
Dari letupan itu, terhasilnya sebuah portal berbentuk lohong masa sepertimana yang berlaku sewaktu perpisahan aku dengan Aisyahazira dahulu. Tidak sia-sia dia tinggalkan bebola kristal ini sebagai penghubung dan sekarang; pertemuan semula antara aku dan dia. Aku sudah tidak sabar untuk bertemu kembali dengan teman istimewaku itu. Sekian lama kumerindukan dirinya.
Tanpa berlengah-lengah dan teragak-agak, aku melangkahkan kaki kanan dan masuk ke lohong masa yang berbentuk seakan portal cahaya itu. Dengan serta-merta aku di serap ke alam yang lain melalui satu sesi perjalanan yang panjang antara dua dimensi dunia yang berbeza. Aisyahazira; nantikanlah kedatangku! Akanku datang untuk mengisi ruang kerinduanmu padaku!!!
---
Djohann Syahami di datangi oleh Esterna Zalyani. Tujuannya sudah pasti, mahu berunding dengan bapa saudara Puteri Zion itu secara peribadi. Dia sama sekali tidak tahu sama ada undangannya di terima atau di tolak mentah-mentah. Lelaki tinggi berbadan tegap itu menghampiri Zalyani yang semakin dekat di khemah berburunya. "Kenapa kau kemari???"
Suara garau lelaki berumur empat puluh tahun itu sangat berbisa di dengari. Esterna memulakan bicara bila di sergah sebegitu oleh tuan empunya diri tadi. "Saya datang dengan niat baik untuk berbincang dengan kamu; Djohann... Saya harap pelawaan saya di penuhi..." Air muka Syahami berubah dengan ketara. "Setelah aku di malukan..."
"Baru kau nak berunding dengan aku?!" Zalyani terdiam tanpa bicara. Djohann menyambung semula kata-katanya. "Beritahu kepada anak saudara aku yang aku takkan lepaskan dia begitu saja!!! Mengerti?!" Esterna mengangguk malu. Nampaknya, rundingan antara dia dan Syahami sudah gagal. Perkara ini harus di beritahu sahabat baiknya itu secepat mungkin. "Baik, tuan..."
Belum sempat Esterna melangkah pergi; dia di serang hendap oleh orang-orang Djohann yang sudah bersedia sejak dari awal. "Celaka kau, Syahami!!! Kau perangkapkan aku!!!" Syahami berketawa terbahak-bahak dengan balasan yang di terima. "Aku nak 'bermain-main' dengan kau dahulu, sebelum aku dapat membalas apa yang telah di lakukan Aisyahazira tempoh hari!!!"
Esterna di ikat kemas kedua belah tangan dan kaki dengan tali temali serta di litup mulutnya dengan sapu tangan seketat ikatan kedua-dua anggota badannya sebelum itu. Dalam hemat hatinya; dia cuba untuk menghubungi Aisyahazira segera secara telepati hati ke hati. Dia tetap bersabar menghubungi walaupun dia tahu peluangnya sangat rendah.
Bersambung...