webnovel

Bab 1

Gunung yang indah itu diberi nama Gunung Xuandu. Ada sebuah kediaman besar yang berdiri megah di atas gunung itu. Didiami oleh Shen Qiao dan adiknya Shen Luo berserta dengan anak-anak didik Gunung Xuandu.

Shen Qiao kini telah mengambil tempat ayahnya sebagai ketua Gunung Xuandu. Shen Qiao merupakan seorang pahlawan cina yang sangat hebat! Tiada satu pun musuh yang tidak pernah tunduk padanya.

Walaupun begitu, Shen Qiao ,merupakan orang yang sangat baik dan sopan tingkah lakunya serta menjaga tutur katanya. Membuatkan dia disanjungi dan dihormati orang ramai.

Shen Luo pula? Dia amat berbeza dengan abangnya Shen Qiao. Dia adalah orang yang malas, suka melepak dan kaki perempuan. Kerana perangainya begitu, dia dipandang remeh oleh orang ramai.

Biarpun begitu, dia adalah orang yang baik. Dia juga mempunyai rahsia yang mungkin dianggap remeh oleh kita tapi dianggap rahsia besar baginya. Yang paling penting jangan terbongkar dihadapan abangnya Shen Qiao kerana... (akan terjawab pada bab-bab yang akan datang)

Di suatu tempat yang ditumbuhi pokok-pokok dengan berhiaskan taburan bunga yang luruh dari tangkainya itu berada di hujung Gunung Xuandu menjadi tempat pilihan Shen Luo untuk bersantai-santai. Disebabkan tempat itu dipenuhi dengan bunga, dan juga menjadi tempat kegemaran Shen Luo, tempat itu diberi nama Qian Duo Hua (seribu helai bunga) oleh dirinya sendiri.

Angin sepoi sepoi bahasa yang meniup tempat itu membuatkan Shen Luo yang tertidur di situ makin lena. Berbagai-bagai mimpi telah dia tembusi. Embun pagi yang mengelilingi menambahkan lagi hawa dingin di situ. Bunyi kicauan burung yang berterbangan di langit lagi menambahkan pemandangan yang indah di situ.

Matahari yang mula bersinar dengan terangnya menyuluh muka tampan Shen Luo yang sedang dibuai mimpi di bawah pokok besar itu. Suluhan cahaya itu membuatkan Shen Luo terjaga dari tidurnya.

Samar-samar dia melihat awan dilangit. "Huh? Langit? Sekejap!" Shen Luo yang terbaring itu mempercepatkan dirinya untuk duduk. "UGHHH! Macam mana aku boleh duduk kat sini?!" Shen Luo memaki dirinya.

Shen Luo mengambil pedangnya dan bergegas melompat ke satu per satu pokok hinggalah dia sampai di pokok yang berdekatan dengan tingkap biliknya. Dia berjalan di atas batang pokok yang menjalar ke hadapan tingkap biliknya.

Shen Luo membuka pintu tingkap dengan perlahan agar tidak membuat bising. "Huff... untung takde orang ..." dia menghembus nafas lega. Dia lantas meloncat masuk ke dalam biliknya. "Pergi mana?" Suara lelaki di arah kirinya membuat dia terkejut. "Haaaa??? A G-g-ge??!!" Shen Luo terkaku di situ.

"Hmph!" Shen Qiao mengibas lengan bajunya yang panjang. Posisi berdirinya sungguh elegan. "A ge... ahaha..ha..ha.." Shen Luo hanya boleh berdiam diri sahaja sekarang. Dia tahu yang dia bakal dihukum berat kali ini.

"Aku tanya, kau ke mana?" Kata Shen Qiao dengan tenang. " Aaarkk... itu... saya...." otak Shen Luo masih berfikir pelbagai alasan untuk dibuat.

"Ha! Saya semalam pergi berlatih! Urghh penatnya..." Shen Luo menggeliat. Shen Qiao hanya menggelengkan kepalanya. "Apa itu benar?" Shen Qiao bertanya lagi. "Betull.. tak tipu.." Shen Luo masih berbohong. Hakikatnya, semalam dia hanya pergi berfoya-foya bersama kawan - kawannya.

Shen Luo pergi menuju ke meja yang dihidangkan teko yang berisikan teh. Dia menuangkan air teh dari teko itu ke dalam cawan bersaiz kecil. Shen Luo membawa cawan berisi air itu untuk diberikan kepada Shen Qiao, dengan harapan air itu dapat meredakan api yang sedang membakar hati Shen Qiao.

Shen Qiao menghirup air teh lalu menghulurkan cawan kepada Shen Luo. "Kau betul-betul pergi berlatih atau pergi berfoya-foya?" Shen Qiao bertanya. Shen Luo masih bertekad untuk menipu Shen Qiao. " Saya pergi berlatih..." Shen Luo meletakkan cawan kosong di atas meja yang bersebelahan dengannya.

Shen Qiao bangun dan menuju ke arah tingkap yang terbuka luas lalu menarik nafasnya. "Kalau begitu, tidak salahlah jika aku-" Shen Qiao membuka langkah dan terus menyerang Shen Luo menggunakan pedangnya yang bernama Shanshui Tong Ai yang membawa maksud Gunung dan Sungai menangis/bersedih bersama.

"Eh! A Ge?! Apa A Ge buat niihhh!!!" Kata Shen Luo sambil mengelak serangan Shen Qiao. Pergerakan yang tidak teratur sama sekali. "Hmph! Ini yang dinamakan berlatih?!" Shen Qiao menolak Shen Luo dengan satu tapak tangannya. Akibat daripada itu, Shen Luo tercampak keluar dari tingkap biliknya. Dia terjatuh ke tanah yang bertilamkan rumput. Dia menggosok pinggulnya. "Huaaa dugaan ape pulak nii!!" Shen Luo merungut.

"Hmph!" Shen Qiao mula membuka langkah untuk menyerangnya lagi. "E-eh cu-cuku- AAAAA!!!" Tidak sempat Shen Luo menghabiskan katanya Shen Qiao terus berlari ke arahnya sambil bersedia untuk menikamnya. Tanpa basa basi Shen Luo terus bangkit dan lari dengan sekuat yang boleh. "Aku masih tak nak matii !!" Shen Luo menjerit.

Mereka berkejaran merempuhi semua bahagian luar kediaman mereka. Orang-orang di situ hanya tertawa kecil melihat gelagat Shen Luo dan Shen Qiao. Ada juga yang hanya menggelengkan kepala mereka melihat SHEN LUO.

Sampai di depan gerbang pintu Gunung Xuandu larian Shen Luo terhenti kerana terlanggar seorang yang umurnya lebih kurang dalam 30-an. Shen Luo menggosok dahinya. Terlihat seorang lelaki yang begitu tampan dan berbadan tegap. Mengenakan baju berwarna ungu yang menampakkan sedikit dada tegap dihadapannya. Ditambah pula dengan rambutnya yang hitam berkilau berserta dengan beberapa helai rambut putih yang mengurai panjang dilepas dihadapan dahinya. Membuatkan Shen Luo terpesona dengan ketampanan lelaki itu. Lelaki itu adalah YAN WUSHI !

Akan bersambung...

Have some idea about my story? Comment it and let me know.

DaoistE35Iaacreators' thoughts