webnovel

Bab 5

Akhirnya, Nayla membuat keputusan untuk memberitahu hal yang sebenar. "Aku dengan Izwan dah takde apa-apa hubunganlah, Azriq"

"Kau jangan cakap dengan aku yang kau break up dengan dia sebab Hafiz tu!"

Tersentak Nayla apabila dituduh begitu. Seteruk itu sekali dirinya pada lelaki bernama Azriq Qusyairi itu. Dia sudah tidak mahu berkata apa-apa. Semua kata-kata yang dikeluarkan, semuanya tidak kena sahaja di telinga lelaki itu. Dia sudah penat. Tanpa melengahkan masa dia terus menuju ke kelas. Dia hendak mencari cikgu Hafiz kerana ingin meminta maaf tentang kejadian dia hari itu tapi lain pula jadinya. Setibanya dia di kelas, Nayla terus menuju ke tempat duduknya. Matanya mula berair kerana sedih dituduh begitu.

"Wei, kau kenapa, babe?" soalan Najwa itu membuatkan empangan air matanya pecah.

Dia terus meletakkan kepalanya ke atas meja lalu meluahkan perasaannya dengan tangisan air mata. Tanpa dia sedari Azriq sudah pun memasuki kelas tersebut. Namun, lansung dia tidak menghiraukan Nayla. Entah kenapa kali ini dia tidak tenang apabila mengetahui Nayla menyukai Cikgu Hafiz. Dulu pun Nayla pernah menyukai guru lain tapi kali ini dia tidak suka seperti Nayla itu bini dia pula. Beberapa minit kemudian, Cikgu Hafiz pun masuk ke dalam kelas. Belum sempat guru itu bertanya tentang Nayla, sudah kedengaran bunyi gedebuk seperti cempedak jatuh. Semua mata tertumpu ke arah Nayla yang sudah jatuh ke lantai. Hidungnya keluar cecair merah yang mula mengalir di pipi.

"YA ALLAH! NAYLA" sudah bergema suara Azriq ketika itu. Dia terus mendapatkan rakan baiknya itu. Pipi gadis itu ditepuk perlahan, namun, apabila tiada reaksi pada gadis itu, dia terus mengangkat gadis itu menuju ke bawah. "Masukkan dia dalam kereta cikgu, riq!" arah Cikgu Hafiz. Azriq hanya akur, sekarang tiada masa untuk mempersoalkan arahan itu. Nyawa Nayla mungkin diancam bahaya. Azriq juga turut masuk kedalam kereta tersebut. Mereka berdua pun menuju ke hospital.

—continue...

-sorry guys lama tak update and chapter pendek. i lost motivation teruk gila. Macam x de idea. Ada idea pun x kena dengan jalan cerita.

-i nak berterima kasih kepada sudi yang baca. walaupun cerita x de lah best mana. thank you so much.