Suatu suasana di kampung Laila pada keesokan harinya. Nur, Kenji, dan Rai berkumpul di rumah Abang Rahman menunggu Daem tersedar dari lenanya yang panjang. Rumah-rumah yang lain sudahpun dihancurkan oleh mereka bertiga kecuali rumah Abang Rahman dan Nur.
"Daem." Panggil Rai.
Daem terkesan dengan panggilan Rai. Dia membuka mata untuk melihat keadaan di sekelilingnya.
"Mana aku Rai?" Tanya Daem.
"Rumah Abang Rahman." Jawab Nur dan Kenji.
"Bukannya..." Balas Daem.
"Macam mana kau boleh hidup dalam panahan petir aku?" Tanya Rai.
"Aku hidup?" Tanya Daem semula.
"Kalau kau mati, kami tanam kau depan rumah Abang Rahman." Sindir Nur.
"Ohh... Ya kan. Aku pun tidak tahu. Petir itu memenuhi badan aku. Lepas itu hilang sekelip mata. Lepas itu aku nampak Rai. Lepas itu aku hilang." Balas Daem.
"Hmm... Si bijak itu pun tiada disini. Kita terpaksa berjumpa dengan dia untuk mendapat jawapan bagi situasi Daem sekarang." Terang Kenji.
"Bijak?" Tanya Nur.
"Bijak la Nur. Terpukau aku dengan kebijakan dia." Puji Kenji.
"Ish! Macam monyet ada la." Marah Nur pula.
Kenji tergelak mendengar sindiran itu.
"Hari ini kita buat apa Nur?" Tanya Kenji.
"Jom. Mancing." Ajak Nur.
"Jom. Kita bersaing ya. Kalau aku dapat ikan banyak kau masak." Pinta Kenji.
"Kalau aku yang dapat ikan banyak?" Tanya Nur pula.
"Kau masak." Balas Kenji.
"Pandainya." Sindir Nur.
Mereka tergelak menyalakan api rasa didalam jiwa masing-masing. Rai dan Daem kaku untuk seketika. Mereka tidak memahami situasi yang dialami oleh mereka berdua. Bahkan Nur sendiri pun tidak mengetahui kebahagiaan apa yang dia alami pada masa itu. Hadir menutup segala rasa yang berwajahkan Sufi. Meski ada rasa itu namun terselindung dibalik hijab penafian yang datang kembali menyembunyikan taman rindu dan harapan yang berwajahkan Sufi.
*****
Pada suasana di Pohon Zamrud Mulia diantara Sufi, Lokh dan Radyah.
"Kita buat apa hari ini Sufi?" Tanya Lokh.
"Kita jalan-jalan dalam hutan." Jawab Sufi.
"Jalan-jalan?" Tanya Radyah.
"Mmm...Radyah...Ajarkan kami berdua mana satu herba-herba yang digunakan untuk ilmu Syifa'. Boleh?" Pinta Sufi.
"Boleh. Tapi abang kena buat sesuatu terlebih dahulu." Arah Radyah.
"Apa?" Balas Sufi.
"Abang...Kena..." Ucap Radyah dengan tingkahnya yang comel ingin bermanja dengan Sufi.
"Abang abang. Kau mahu buat apa dengan si hantu. Mentang-mentang Lokh lembab. Berani kau minta yang bukan bukan." Marah Laviant.
"Ish. Suka hati kau ganti Lokh. Kalau sudah Lokh yang ada dalam tubuh itu, janganlah tukar." Marah Radyah.
"Badan kami kan. Hantu...dia mahu kau..." Balas Laviant.
"Iiieee...Radyah mahu Abang Sufi ajarkan Radyah tentang mantera...Bukannya perkara yang bukan bukan." Marah Radyah lagi.
"Tahu...Saja..." Balas Laviant bersama senyuman sinis pada bibirnya.
"Macam mana kau tahu?" Tanya Radyah.
"Kau tanya si hantu. Kau mahu bermanja dengan dia kan." Sindir Laviant lagi.
"Aaahhhh!!!" Teriak Radyah.
"Kau baca fikiran aku kan. Abang....Mana ada Radyah minta macam itu..." Rajuk Radyah pula.
"Dia boleh baca fikiran orang Radyah. Dia juga mampu melihat kesedihan seseorang pada masa silam. Itu yang berbahaya dengan orang gila ini." Sindir Sufi.
"Siapa Sufi?" Tanya Lokh.
Bijak Laviant bertukar tempat. Pada masa-masa genting, dia membiarkan Sufi bersendirian dengan penjelasannya itu.
"Maksudnya....Maksudnya..." Ucap Radyah.
Radyah terbayang semula apa yang Laviant ucapkan semalam. Benarkah ucapan Laviant itu rekaan ataupun berlaku yang sebaliknya dalam bayangan akal.
"Jangan fikir. Bicara Laviant itu menghantui seseorang sehingga mampu membuat seseorang itu membunuh diri. Radyah mahu jadi macam Si Majnun..." Ugut Sufi.
"Tidak..." Balas Radyah.
"Mmm... Jangan fikirkan ya." Pujuk Sufi.
"Siapa Laviant Sufi?" Tanya Lokh.
"Laviant itu nama herba Lokh." Jawab Sufi bersama suatu senyuman kecil.
"Kita cari herba Sufi?" Tanya Lokh.
"Mmm. Jom Lokh." Ajak Sufi.
"Jom." Balas Lokh.
Radyah terus menundukkan wajahnya. Persoalan yang zahir dari bicara Laviant itu benar benar memusnahkan akal gadis itu.
"Jom Radyah. Cari herba." Ajak Sufi.
Radyah masih menundukkan wajah sehinggalah Sufi menarik lembut tangan kanannya.
"Jom. Esok kita kena bergerak menuju Jambatan Hayat. Nanti tidak sempat Radyah mahu bermanja dengan aku." Pujuk Sufi.
"Abang... Malulah." Balas Radyah.
"Aku pun mahu bermanja dengan kau Sufi. Tapi aku lembab." Ucap Lokh pula.
"Tidak apa. Jom. Lembab pun ada hak kan." Balas Sufi pula dengan senyuman kecil yang tidak lekang dari bibirnya.
Mereka pun terbuai dengan pujukan Sufi berjalan bersama-sama di kawasan hutan itu untuk mengenal herba yang sering digunakan dalam ilmu Syifa'. Menghiasi suasana diantara mereka dengan gelak dan tawa sehinggalah senja mengambil kedudukannya dalam peredaran waktu.
*****
Setelah tiga hari menjalankan perancangan Hiyar Ayil. Ketiga-tiga kumpulan bergerak menuju ke Jambatan Hayat untuk meneruskan perancangan merebut kota. Pada malam hari, kumpulan yang terakhir tiba di Jambatan itu adalah kumpulan Kenji dan Rai. Mereka bergerak bersama-sama dari Kampung Laila usai sahaja Rumah Abang Rahman dan Nur dimusnahkan. Dari kejauhan, Sufi dapat melihat gelak tawa Nur dan Kenji. Laviant yang bertukar jiwa dengan Lokh bergerak mendekati dirinya.
"Itu yang kau mahukan?" Tanya Laviant.
"Bukanlah." Balas Sufi.
"Hmm... Aku tidak tahu bagaimana fikiran kau berfungsi... Apa yang aku lihat, fikiran kau berpusing-pusing di tempat yang sama. Dia, bukan dia, dia dan bukan dia. Kau lah satu-satunya manusia yang kelebihan aku tidak mampu tafsirkan. Satu sahaja nasihat aku hantu. Buat kesimpulan secepat mungkin. Aku sudah nampak berbagai ragam manusia yang tidak berarah. Semuanya kerana fikiran mereka yang berpusing-pusing tiada noktah. Mereka tidak tahu bagaimana untuk membuat suatu kesimpulan." Nasihat Laviant.
"Mmm..." Jawab Sufi ringkas
"Satu lagi. Ingat pesan aku pada kau dan Radyah. Jangan bagi tahu siapa sebenarnya aku didalam keluarga Zilla. Aku yang akan melindungi kamu berdua dibalik bayangan." Pinta Laviant lagi.
Dalam beberapa detik, Laviant bertukar jiwa dengan Lokh. Lokh melihat pergerakan kumpulan terakhir mendekati mereka.
"Sufi. Mereka sudah sampai." Ucap Lokh.
"Rancangan ketiga kumpulan sudah selesai kan. Apa kita perlu buat seterusnya Sufi?" Tanya Abang Rahman.
"Raja terakhir. Perkenalkan dirimu." Arah Sufi.
Mereka mulai berpandangan muka sehinggalah Alim bergerak keluar daripada kumpulan Abang Rahman.
"Alim?" Soal Daem.
"Aku bersahabat dengan seorang raja." Puji Lokh.
"Alim Raja Terakhir?" Soal Radyah.
"Assalamualaikum sahabat. Aku lah Raja Terakhir Negeri Zamrud Mulia. Abang Rahman menyembunyikan aku di kampung Laila agar Tiga Segi Berdarah tidak membunuh aku di luar Tembok Gergasi sepertimana mereka membunuh ayah dan ibu. Aku harap kamu tidak janggal dengan watak ini. Aku tetap sahabat kamu dan Anggota Hiyar Ayil. Kamu bukanlah rakyat aku dan itu bermaksud kamu semua tidak terikat dengan aku." Terang Alim.
"Fuh. Merumitkan." Keluh Rai.
"Maksudnya apa?" Tanya Ulya.
"Hiyar Ayil tidak berdiri pada satu tapak. Kita berdiri dimana-mana kerana keindahan suatu kebaikan itu ada di mana-mana. Bukan hanya di tanah ini." Terang Abang Rahman.
"Mmm. Betul." Sokong Sofea.
"Tapi kita akan membantu Alim merebut semula tahtanya. Mencipta sebuah negeri baru yang berteraskan kebaikan. Dengan adanya sebuah negeri yang berajakan anggota Hiyar Ayil, kita mampu melindungi Radyah dan menyelamatkan penduduk-penduduk lain dimana pemerintahan didalam negeri mereka berteraskan kegelapan." Terang Sufi.
"Maksudnya Sufi, kalau kita berjaya menawan negeri ini, kita akan berperang dengan negeri lain yang pemerintahannya menyiksa rakyat?" Tanya Daem.
"Mmm... Itu juga tanggungjawab kita sebagai saudara mereka." Jawab Sufi.
"Seperti ayah katakan... Cari tahu kaum aku...Berdampingan dengan Sufi..." Bisik hati Daem.
"Jangan khuatir, Negeri Pohon Zamrud Mulia sentiasa bersama dengan Hiyar Ayil." Sambung Alim.
Mereka tersenyum mendengarkan rancangan yang ketua mereka sudah fikirkan itu bersama sokongan daripada sebuah negeri yang mereka akan miliki.
"Jadi Sufi. Rancangan seterusnya?" Tanya Sofea.
"Ulya... Rahsia ekor ketiga." Arah Sufi.
Ulya mendekati Sufi dengan sebuah kerinduan namun diselindungkan dengan suatu kehormatan. Kehormatan pada mata-mata yang memandang dan berbahagi rasa.
"Pandang mata aku. Aura kita perlu dihubungkan daripada ikatan pandangan mata. Selepas itu hulurkan tangan kanan kau dan bayangkan pada akal ilusi yang ingin kau ubah menjadi realiti." Arah Ulya bersama nada yang sungguh tegang.
Sufi dengan ketenangannya memandang kedua mata Ulya. Ulya membalas pandangan itu bersama jiwa yang bergelora. Bagaimanapun dia menyelindungkan perasaannya, hatinya itu sentiasa berkata benar. Didalam ikatan pandangan itu Sufi menghulurkan tangan kanannya manakala Ulya mendekati Sufi selangkah demi selangkah. Dia tidak mampu mengawal tingkahnya lagi. Sofea bergerak pantas mendekati Ulya dikala dia menyedari yang adiknya akan bertingkah diluar batas.
"Tahan." Bisik Sofea pada Ulya.
Ulya tersedar dari paksaan gelora rasa. Dia menggigit bibirnya menahan paksaan itu dengan kebencian yang direka-reka. Pada suasana itu, Sufi melepaskan auranya yang berubah menjadi dan dalam masa yang sama Ulya melepaskan auranya yang berubah menjadi kuntuman bunga sakura. Mereka berdua menghiasi malam itu bersama guguran bunga sakura diiringi dengan salju putih yang sangat indah pada pandangan mata. Suatu pertunjukkan dari kedua hati yang berbeza arah. Nur dan Radyah bahkan seluruh anggota Hiyar Ayil terpana seketika melihat keindahan itu. Bagai musim bunga dan salju yang hanya berlaku di tempat itu.
"Cantiknya...." Puji Lokh.
"Musim bunga dan salju." Puji Rai
"Waaa... Cantiknya..." Puji Radyah pula.
Nur kaku tidak bersuara. Terimbas kembali pada memori jiwanya peristiwa temu janji yang berlangsung tanpa kehendak itu. Situasi yang sama, yang berbeza hanyalah jenis kuntuman bunga dan watak dalam situasi itu. Watak Hantu Salju dan Puteri Mawar Merah. Dalam beberapa minit berlangsungnya pertunjukkan itu, aura Ulya berpusar ditangan Sufi membentuk sebuah jantung yang segar dan dilingkari aura berwarna putih salju.
"Sudah..." Ucap Sufi mengejutkan Ulya daripada renungannya.
Ulya menundukkan wajahnya secara paksa. Dia mendekati Nur lalu berdiri di samping gadis itu. Meski tidak jelas pada wajahnya, tapi sungguh jelas pada tingkahnya yang berubah tidak keruan.
"Jantung." Balas Daem.
"Kenji... Ambil jantung aku yang kedua." Arah Sufi.
Kenji mendekati Sufi lalu mengambil Jantung Hantu Salju yang kedua. Sufi memeluk Kenji secara tiba-tiba.
"Walaupun kau bukan anggota Hiyar Ayil, tapi kau sahabat dan ahli keluarga bagi kami. Jangan pernah lupa, meski kau kehilangan ayah dan ibu...Kami ada untuk menjadi adik dan abang. Kau tidak bersendirian. Kau masih ada keluarga." Pesan Sufi.
Kata-kata yang sungguh bermakna buat Kenji hingga suasana diantara mereka semua mula diiringi dengan air mata.
"Sekiranya kau tiada ayah, anggap sahaja aku sebagai ayahmu. Semua mereka ini pun anak-anak aku." Sambung Abang Rahman lagi.
"Aku ada jadi abang kau Kenji. Petir itu juga api." Sambung Rai.
"Ya Kenji. Aku jadi adik kau ya. Walaupun aku lembab. Harap kau faham..." Ucap Lokh pula.
Mereka tergelak dalam tangisan mendengarkan luahan itu. Di dalam suasana yang menghayat hati itu Sufi membisikkan sesuatu pada Kenji.
"Aku tahu kau mencintai Nur. Kalau ada jodoh tidak kan ke mana." Bisik Sufi.
Kenji melepaskan pelukan itu lalu merenung kedua mata Sufi sedalam mungkin. Itulah insan yang dapat memahami keinginan terdalam pada jiwanya. Sufi hanya memberikan dia suatu senyuman manis yang memancarkan suatu keikhlasan. Mereka berdua adalah insan yang jatuh rasa pada wanita yang sama. Adakah kata-kata itu adalah petunjuk bagi penyerahan rasa dari si pemilik rasa kepada si pengejar rasa. Sungguh, mainan rasa.
"Kenji... Jangan lupa ajak aku memancing di kota kalau negeri ini sudah jadi milik kita." Ajak Nur dalam tangisannya.
"Hanya kau dengan Kenji. Aku?" Soal Rai.
"Kau dengan aku la. Ish." Marah Sofea.
"Ohh ya... Maafkan aku ya." Pinta Rai.
Sepasang merpati itu menambah lagi gelak dan tawa mereka dalam suasana yang dipenuhi tangisan.
"Boleh Nur... Nanti kita pergi memancing bersama-sama lagi ya." Balas Kenji dengan suatu senyuman harapan.
Sufi hanya diam bersama senyuman ketenangan dikala melihat kemesraan diantara Nur dan Kenji. Wajah Ulya pula mula berubah. Persoalan dan persoalan datang ke mindanya. Dia tahu Nur dan Sufi menyimpan rasa. Tapi mengapakah situasi itu menunjukkan perkara yang sebaliknya. Dia inginkan Sufi tapi dia tidak ingin kebahagiaan kedua insan mula tergugat. Kebahagiaan kedua insan itu adalah kebahagiaan baginya pada jiwa yang berpaut luka.
"Aku jalan dulu. Nanti aku cari kamu semua sekiranya masa membenarkan. Kalau Livis menjadikan aku orang bawahannya seperti yang dirancangkan, mungkin sukar aku jauh dari dia. Aku akan cari kesempatan untuk menyampaikan maklumat nanti." Terang Kenji.
Kenji memulakan langkah kakinya seperti mana rancangan yang sudah di buat untuk dirinya. Bayangan Sufi mulai membesar pada masa itu lalu perlahan-lahan Luft keluar daripada bayangan Sufi memegang sampul surat yang banyak.
"Luft." Panggil rakan-rakan Luft.
"Jangan Luft sangat. Bising." Marah Luft.
"Wuuu... Garang la abang kita." Sindir Daem.
"Busuk badan kau. Kau baru bangun dari mati?" Sindir Luft.
"Kurang ajar mulut kau. Kau lagi la. Macam mana kau mandikan harimau-harimau kau. Bau bangkai haiwan." Sindir Daem.
Mereka tergelak termasuk Daem dan Luft. Meski rahsia Luft terbongkar, dia dan Daem tidak akan terpisah dari watak sindir menyindir.
"Ketua, rancangan kau berjaya. Habis jantung Sayr dimakan oleh Livis. Dia percaya apa yang Sayr katakan terhadap cerita yang Ulya reka. Aku rasa, Kenji sudah pasti akan menggantikan Sayr. Mereka terlalu inginkan jantung kau. Entah apa yang mereka ingin lakukan." Terang Luft.
"Kan. Apa yang ketua kita rancang mesti berjaya." Puji Sofea.
"Ish! Benci la." Marah Ulya.
"Entah. Sombong." Sambung Nur.
"Mmm. Suka ambil kesempatan." Marah Radyah pula.
Gadis-gadis cantik itu memandang Radyah. Tertanya-tanya pada akal mereka bagaimana pemuda tenang itu mampu mengambil kesempatan.
"Bagus." Puji Abang Rahman.
"Mari hancurkan kota." Ajak Rai bersama wajah yang sangat bersemangat.
Mereka memandang Rai. Dia lebih menakutkan dari Tiga Segi Berdarah dengan ucapannya itu.
"Arus takdir memudahkan kita. Surat ada Luft?" Tanya Sufi.
"Ada ketua." Jawab Luft.
"Surat apa kau bawa Luft?" Tanya Lokh.
"Watak kita menyamar nanti." Jawab Luft lagi.
Luft memberikan sampul surat itu kepada setiap anggota Hiyar Ayil kecuali Abang Rahman.
"Harap semua berpuas hati ya dengan watak masing-masing." Ucap Sufi dengan senyuman dibibirnya.
Mereka membuka sampul surat itu lalu mengenal watak yang akan dijiwai oleh mereka semasa menyamar dikota.
"Tukang Besi." Ucap Daem.
"Pemuisi?" Tanya Alim.
"Mmm...Kau kena bentuk semula tentera dan penduduk negeri yang kau inginkan. Kita akan menggunakan kiasan untuk rancangan itu." Jawab Sufi.
Alim mengangguk membenarkan arahan Sufi. Dia tahu itulah cara yang terbaik untuk mencetuskan suatu revolusi.
"Kedai makan?" Tanya Nur.
"Ngamlah. Kau pandai masak Nur. Sedap. Kau jadi tukang masak di salah sebuah kedai makan ya Nur" Pinta Rai.
Nur menjeling Sufi dengan kebencian pada wataknya itu. Dia tahu Sufi sengaja memberikan dia watak itu.
"Aik. Aku pula. Luft yang tentukan la." Keluh Sufi.
"Maklumat dari kau kan...Ketua." Balas Luft.
"Mmm." Keluh Sufi lagi.
"Abang... Kenapa Radyah jadi peniaga." Tanya Radyah.
"Kita akan menyamar. Dalam penyamaran itu kita juga perlukan duit. Wajah Radyah comel. Senang kalau menjual herba atau sayur atau ikan. Orang akan beli." Pujuk Sufi.
Radyah memuncungkan bibirnya. Dia dijual demi wajahnya yang comel. Rakan-rakannya yang lain sudahpun menahan tawa termasuk Nur.
"Kosong." Ucap Rai.
"Sama." Ucap Ulya.
"Aku pun kosong la Sufi. Luft lupa tulis?" Tanya Sofea.
"Kamu semua jadi macam aku la maksudnya. Sofea dan aku akan mencuri maklumat daripada Dewan Pemerintah. Ulya dan Rai akan memerhatikan pergerakan dalam kota. Perhatikan siapa yang diragui dan dipercayai. Kita ada kelebihan untuk lari sekiranya penyamaran kita diketahui." Terang Luft.
Mereka mengangguk menunjukkan yang mereka faham dengan watak itu.
"Abang Rahman?" Tanya Alim.
"Aku yang akan menjaga tempat kita berbincang nanti." Jawab Abang Rahman.
"Mana tempat kita berbincang Abang Rahman?" Tanya Sofea.
"Aku ada dua rumah. Di luar kota itu ada satu kampung yang di gelar Kampung Terbuang. Aku ada rumah di sana yang mempunyai lorong rahsia ke rumah aku yang lagi satu di kota. Tempat itu adalah tempat kita untuk berkumpul dan berbincang. Kita akan keluar masuk melalui rumah itu ke kota agar Tiga Segi Berdarah tidak tahu tentang jejak kita." Jawab Abang Rahman.
"Mmm... Baik." Balas Sofea.
"Sufi... Apa dia tulis. Dia kata pengemis." Soal Lokh.
Pecah gelak dan tawa mereka untuk yang ke sekian kalinya. Bahkan adiknya sendiri menggelakkan dia hingga terbaring di tanah.
"Luft... Jahatnya kau." Tegur Sofea dalam gelaknya itu.
"Entah. Kesian Lokh." Sokong Ulya juga bersama gelak dibibirnya.
"Nanti kau tahu la Lokh. Kau hayati saja watak itu. Nanti kau akan tahu seberapa penting kau dalam rancangan ini. Kan Sufi." Jawab Luft.
"Ya Lokh." Balas Sufi ringkas. Dia pun masih dengan gelak kecil dibibirnya.
"Baik Sufi... Aku akan hayati watak aku. Mmm.."Balas Lokh.
Semangat Lokh itu membuatkan gelak dan tawa rakan-rakannya sambung menyambung tanpa henti
"Kau Sufi?" Tanya Sofea.
Suasan hening seketika. Mereka terdiam dari gelak dan tawa menantikan apakah watak si bijak itu dalam penyamaran mereka.
"Guru." Jawab Sufi dengan senyuman kecil dibibirnya.
"Maksudnya..." Soal Sofea.
"Maksudnya. Anak Esfarza ada di sekolah." Sambung Ulya.
"Mmm... Aku berjaya jumpa dengan gadis kecil itu. Aku serahkan pada Sufi untuk mengawal budak itu." Terang Luft.
"Seperti yang dirancangkan." Puji Rai.
"Kalau Sufi yang jadi guru budak itu, aku rasa kita sudah selamat." Balas Abang Rahman dengan yakinnya.
"Baiklah. Kita akan bergerak tepat bulan masuk ke hari baru." Arah Sufi.
"Hari baru. Hari Pertama, Bulan Pertama, Tahun ke 1000." Balas Sofea.
"Mmm... Sufi sudah rancang kita akan mula menyamar pada tahun baru. Entah apa yang dia fikirkan." Terang Luft.
"Tiadalah. Bagus apa nombor satu, satu dan satu." Gurau Sufi.
"Entah kau hantu. Mesti ada yang bermain di kepala kau yang bijak itu." Keluh Rai.
"Baiklah. Mari ke rumah aku di Kampung Terbuang. Tepat tahun baru kita masuk ke dalam kota." Ajak Abang Rahman.
Mereka mengiktui ajakan itu. Memulakan langkah kaki mereka menuju ke rancangan yang seterusnya. Luft, Sufi dan Rai berhenti seketika membiarkan rakan-rakannya yang lain bergerak terlebih dahulu.
"Apa maksud kau hantu, aku yang latih Daem?" Tanya Rai.
"Kau sudah dapat baca kan. Untuk apa kau tanya aku." Jawab Sufi.
"Wujud yang menyeimbangkan unsur terkuat Petir. Wujud Besi Kursani." Balas Rai.
"Kan. Kau sudah tahu." Ucap Sufi.
Rai menjeling Sufi bersama jiwanya yang bencikan teka-teki. Akalnya lebih gemar bertarung daripada berfikir.
"Abang aku, kau jaga bagus-bagus?" Tanya Luft lagi.
"Mmm. Dia jadi pembantu aku." Jawab Sufi.
"Bagus... Penawar..." Sindir Luft.
"Mari." Ajak Sufi.
Mereka bertiga memulakan langkah kaki dengan suatu perbincangan tentang Besi Kursani. Besi Kursani adalah besi terkuat di alam itu. Adakah Daem Wujud Besi Kursani yang menyeimbangkan Tunggal Raja Petir? Hantu yang bijak dalam berfikir, bijak juga bermain teka teki. Apatah lagi bermain rasa. Sungguh permainan rasa.