webnovel

Tunang Paling Sweet

Apa yang korang akan buat bila ditunangkan dengan orang yang tidak dikenali ? Lebih-lebih lagi time korang baru break dan hati masih hancur kebaboom? Begitula nasib si Iliya Humairah.Sudahla bakal tunang poyo semacam! "kenapa awak setuju nak tunang dengan saya? Saya rasa boleh je awak tolak?"-Iliya Humairah "ada nampak muka saya ni macam kaunter pertanyaan ke?"-Tengku Harraz Arshad Semenjak bertunang si encik tunang sering buat hati cair tak henti! Oh tuhan, makin lama makin jatuh sayang! "orang suap pun comot. Nasib muka comel" "aik? Tadi kata muka saya cam monyet?" "yela monyet yang comel" Siapa sangka dulunya dingin sekarang pandai bermain kata? "kahwin lari la jom?" "pala bana,kalau ya pun orang kahwin lari kat siam. Awak bawa saya kat tepi curam,ni nak terjun sama-sama ke acaner?" Hal yang merunsingkan adalah,kenapa Encik tunang kacak sangat!? "lain kali tukar tinted cermin kereta, saya nak semua cermin kereta awak warna hitam biar orang tak nampak awak dalam kereta ni" "aik kenapa pulak?" "menyampah tau time awak jemput saya balik mesti ada budak sekolah saya puji awak lebih-lebih, saya pun tak pernah puji awak macamtu" "Alaaa firstime tunang saya jealous,happy pulak saya" "asal lak?" "yela, saya baru sedar awak sayang saya" "tunang saya kot..gi-gila tak sayang" Orang ketiga? Haha never ,tiada lansung konflik orang ketiga antara mereka. "Jangan berhenti sayangkan saya. Jangan berhenti cintakan saya. Jangan..tinggalkan saya" Tetapi dalam setiap kebahagiaan pasti ada cabaran,so jom baca kisah diorang!

qasha_lova · Teenager
Zu wenig Bewertungen
22 Chs

Bab 15

"cinta berputik kembali ke?" Harraz tergelak sinis. Aku pula dah kerutkan dahi. Asal seram mamat ni tiba tiba.

"apa awak ni" kata aku dan mengambil phone yang Harraz campak atas riba aku tadi.

"sembang apa ngan Aqim tadi?" soal dia

"takde apa pun."kata aku perlahan. Terasa seram weh . Dia punya aura tu. Asal duh Harraz

"kalau nak lagi kat Aqim tu cakap. Senang nak cancel wedding kita nanti" katanya lagi dan kalini aku tersentak.

"awak cakap apa!" marah aku dengan suara yang agak meninggi. Menjegil mata aku memandangnya yang santai drive tanpa pedulikan aku.

Dia punya laser takleh bawa bincang.

Kalini kami berdua mendiamkan diri. Dia bengang ngan aku and aku tengah sentap ngan dia.

Tiba tiba cari pasal dengan aku. Aku dah la mood tak berapa okey sekarang sebab Aqim

Terus aku buka phone aku. Dan sekali aku mengerutkan dahi.

"awak buka phone saya ke!?" kalini aku bertambah tambah bengang dengan dia.

Berani buka privasi aku.

Terkejut aku bukak je kat menu phone. Wallpaper muka dia first menyapa mata aku.

Yang takleh bla mesti dia bukak phone aku mesti tukar.

Harraz pula diam. Dia lansung tak tunjuk wajah bersalah.

And aku baru teringat..

Wallpaper aku sebelum ni ..

Gambar Aqim.

.

........oh man..

JADI DIA BUKA PHONE AKU MESTI DIA TENGOK WALLPAPER GAMBAR AQIM LEPASTU MESTI DIA NAK MARAH GILA BABI DENGAN AKU.

LEPASTU DIA GATAL PI TUKAR WALLPAPER JADI MUKA DIA SEBAB DIA JEALOUS.

WAIT...

dia jealous??

"asal? Tak suka ke wallpaper muka saya? Nak muka Aqim? Ha tukarla. Sorry kacau privasi. Lepasni dah tak nak peduli dah"

Aku pula yang membeku sambil merenung phone aku.

Ayat dia buat aku rasa sebak.

"lepasni dah tak nak peduli dah"

Ayat dia...

Sama macam ayat Aqim time dia tinggalkan aku 2minggu lepas....

"maaf..saya tak sempat tukar" kata aku perlahan. Aku mula menekur merenung phone aku .

And dia stalk phone aku sampai takda bateri weh. Aku rasa pagi tadi 85 peratus. Asal sekarang 15 peratus !

"alasan. Tak sempat ke,masih sayang ?" soalnya sinis.

"memangla alasan takkan peribahasa pulak" balas aku sebal.

"awak jealous ke?" soal aku lagi bila dia diamkan diri.

Harraz tak menjawab. Mukanya masih kekal dingin sedingin ais di dalam peti sejuk.

"jealous ar tu" tebak aku tanpa memikir panjang. Niat nak senyum tapi keadaan tak mengizinkan so aku bekukan muka juga.

"kalau tak jealous awak nak curang ke?" berkerut dahi aku . Curang?

Sumpah aku tak terfikir pun weh pasal nak curang curang ni. Eventhought Aqim nak kat aku balik and aku masih sayang dia.

"sampai ke situ pula dia fikir" kata aku. Aku buka pula aplikasi whatsapp.

King👑?

Aku rasa aku save nama dia Harraziah.

Asal tiba tiba jadi King ni.

"sampai ke contact awak tukar ish. Dahla bateri takda,saya rasa pagi tadi 85 keatas tau bateri. Ni dah 15 peratus. Apa lagi yang awak stalk ha!? Galeri pun awak stalk ke!?" soal aku berang.

Dahla kat galeri tu ada gamba freehair aku kott. Ada aku acah feeling selfi ngan rambut acah menawan gituw.

Dia tengok ha mampus aku dapat dosa free.

"stalk whatsapp je" balas dia pendek tanpa memandang aku.

Chill iliya chill...Harraz masih marah kau tu

Cer imagine,kalau Harraz letak wallpaper dia gambar ex dia ke apa memang aku pun akan marah kot.

Tapi sumpah aku tak ingat nak tukar wallpaper muka Aqim tu. Hish cari nahas la aku ni.

"janganla marah.."kata aku perlahan. Phone aku genggam di atas riba. Mata aku masih merenung diri dia di sebelah aku yang seakan menghiraukan aku.

"Harraz..."

"tak marah"

"janganla merajuk"

"suka hatila!" aku buat muka, bapak gedik mamat ni.

"saya minta maaf.."tutur aku perlahan.

"erm"

"tadi saya dengan Aqim--"

"taknak tahu"

Terkesan betul aku dengan ayat dia. Aku nak jernihkan air yang keruh dia selamba bapak balas camtu.

Dahla dia bagi muka tak ada perasaan kat aku. FINE AKU MENGALAH

"ouh taknak tahu,fine . Saya bukan penting pun kan. Takpela" kata aku perlahan. Air mata aku mula bertakung. Aku pandang tingkap untuk tutup kesedihan aku. Kalau dia nampak aku nak nangis ni mesti dia bash aku.

Rasa bersalah satu hal,terasa hati satu hal

Tiba tiba Harraz memberhentikan keretanya di bahu jalan. Aku tidak pula bertanya kenapa ,malah aku diamkan diri sambil menahan air mata daripada tumpah.

"iliya..."

Aku diam.

Beg sekolah aku peluk erat sambil sembunyikan muka aku yang sudah merah sebab aku tak boleh sorok dah air mata. Air mata aku laju sahaja mengalir. Aku cuma takut kehilangan lagi. Tu ja.

"kalau awak tak penting bagi saya,saya tak akan marah..." kata dia. Harraz menyerabutkan rambutnya sebelum menekap kedua belah matanya. Lalu kedua belah tangannya di letak atas stereng kereta.

"sebab awak pentingla saya peduli.."

STOP HARRAZ STOP BUAT AKU CAIR. AKU NAK MOGOK NGAN KAU HUWARGHHHH UMIII ILIYA KENA BULIIIIII

"siapa tak marah nampak tunang dia comunicate dengan ex dia. Depan mata pula tu" katanya lagi. Kalini nada dilembutkan seakan mahu memujuk aku.

"s-saya tak nak pun cakap dengan dia..isk dia yang datang k-kat saya. Lepastu awak..awak tuduh sa-saya curang ha..isk" sempat aku sedut hingus aku yang start nak meleleh.

Lantakla kantoi nangis aku tak peduli. Biar mamat tu rasa bersalah dengan aku!

"hey...janganla nangis, you are hurting me" dia memegang bahu aku lembut lalu ditarik perlahan kearahnya. Aku pula keraskan tubuh melekap di pintu kereta. Tadi dia kata tak peduli sangat ha rasakan rasakan!

"awak tuduh saya!"

"dah wallpaper gambar Aqim lepastu tadi bercakap dengan dia. Memangla saya fikir lain iliya...at least saya tak maki maki awak" dia tarik beg sekolah aku dengan kuat supaya terlepas dari pelukan aku. Aku pula terus tekup muka aku dengan lapisan bawah tudung sekolah aku.

Harraz terus campak beg aku ke belakang .

"dahla tu nangis, saya mana reti pujuk"

"kalau tak reti,buat buat reti jela!" kata aku lagi dan kini Harraz ketawa kecil. Dia kemudian menarik hujung tudung sekolah aku berkali kali

"pandangla sini,sian saya cakap dengan pintu kereta je. I want to see your face. Patt meh kat daddy meh"pujuknya lagi. Tuhan,aku rasa nak tersenyum pula AHAHAHAHA

"siapa daddy?"

"im the daddy, you are the mommy for our kids in the future!" bisiknya lagi dan mengusap perlahan kepala aku. Habis senget tudung aku.

"ngada-ngada.." jawab aku perlahan. Harraz pula dah ketawa disebelah aku. Kini dia memegang lengan aku supaya aku turunkan tudung dari melekap di muka.

"biarlah,kalau saya mengada dengan orang lain ,merana awak dapat madu awal"terus aku angkat muka dan menjelingnya.

"berani ke?"

"awak rasa?"

Aku diam. Aku tundukkan kepala sambil mengelap air mata aku.

"tak berani iliya,saya ada awak je. Promise"

"tengokla sini" dia mencuit dagu aku supaya memandangnya.

"saya minta maaf.." katanya perlahan. Sengaja dia sengetkan lagi tudung aku.

"taguna.."

"AHAHAHAH biarlah ,cantik apa" katanya. Erm tanpa aku sedari,aku tersenyum.

"iliya,"

"yes?"

"let me love you?"

Tbc❤