webnovel

3. Esther Altham

'Nak mandilah!'

Esther memberi senyuman sopan kepada tetamu-tetamu yang hadir pada majlis hari jadi sepupu perempuannya yang merupakan kembar, Rose dan Alice, anak pakcik Dresden. Mereka berdua telah berusia sepuluh tahun, sama seperti dua abangnya yang juga kembar.

"Tahniah sepupu ke lapan"

"Tahniah ke lapan"

ucap saudara kembar perempuan itu. Mereka berdua memakai gaun dengan design yang sama, hanya warna yang berbeza. Gaun rose berwarna merah terang, manakala Alice pula berwarna kuning emas.

"Terima kasih sepupu ke empat dan sepupu ke lima. Saya meminta maaf kerana tidak dapat ucapkan selamat hari lahir. Jadi, Selamat Hari Lahir sepupu!" ucap Esther dengan lembut.

Pasangan kembar itu tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

"Sekali lagi saya mahu meminta maaf tetapi pakaian saya sedikit kotor, izinkan saya mengganti pakaian terlebih dahulu". Esther mengangguk kepalanya ke arah sang kembar sebelum melangkah pergi ke bilik persalinan yang ditunjukkan oleh pelayan. Dia tidak menoleh pun ke arah abang-abangnya.

Drama keluarga

Drama saudara

Adalah tidak dan tidak bagi Esther

Lebih lagi pada masa kini

Dia sudah merasa penat secara mental dan fizikal

Dia juga belum sepenuhnya mencerna memorinya untuk masa ini

'Biarkan saya berehat dulu dari drama ini. Esok-esok boleh sambung'

MIni Esther ketiga sudah mengipas mukanya dengan tangan. Mukanya berpeluh dan tidak dapat bergerak. Mini Esther pertama dan kedua hendak menggerakkan yang ketiga pun tidak dapat, seolah mini Esther ketiga melekat pada tempat itu.

'Bolehkah saya pulang? Tidak boleh? Kan keluarga diraja sudah pulang?'

Mini ketiga membuat muka tidak terdayanya dan keluar air mata.

"Deno"

"Ya, tuan muda'

Muncul pelayan peribadi miliknya sambil memegang pakaian ganti untuk Esther. Pelayan itu mempunyai rambut yang panjang hingga ke paras pinggang yang diikat ikal dan berwarna hijau pekat. Nama pelayan ini adalah Deno Bells, berusia lapan belas tahun dan telah berkerja melayani Esther selama lima tahun.

Esther melepaskan kot miliknya dan melangkah ke ruang mandi yang sudah tersedia tub air panas oleh pelayan-pelayan pakcik Dresden. Dia meletakkan tangannya ke dalam air untuk memastikan suhu air tidak begitu panas. Bila sudah, Esther menanggalkan pakaiannya dan masuk tub tersebut.

Deno pula akan berdiri membelakangi tirai yang memisahkan ruang mandi. Di dalam bilik persalinan akan ada ruang mandi yang ditutupi tirai untuk tetamu mandi dan menukar pakaian.

Esther yang sememangnya menjaga rahsia jantinanya, tidak akan meminta seorang pun pelayan untuk membantunya mandi. Kalau ada yang mendegil, pelayan tersebut akan dicungkil mata, telinga diputuskan dan terus menjadi hamba. Kejam memang kejam bunyinya, tapi sama suruh melanggar arahan yang sudah diberikan terlebih dahulu?

Deno yang merupakan pelayan peribadinya juga tidak mengetahui dan dia mematuhi setiap perintah Esther tanpa gagal sekalipun.

"Tolong berikan situasi ringkas semasa saya tidak berada di majlis"

"Ya, tuan muda. Majlis menjadi sedikit kucar-kacir dan raja memerintah para pengawal yang hadir untuk mencari kehadiran tuan muda dan putera ketiga. Tuan besar dan puan besar pula tidak menunjukkan apa-apa riaksi selain memberi instruksi untuk menyediakan tuan muda mengganti pakaian. Tuan muda Emanuel pula menahan marah bila mendengar perbiacaraan antara wanita-wanita aristokrat yang hadir. Tuan muda Elijah dan tuan muda Ethan pula menenangkan tuan Emanuel. Patriak Dresden Altham pula tersenyum bersama isterinya, puan Juliana tentang berita penculikkan putera ketiga dan akan tuan muda mencari putera ketiga. Sang ratu pun turut tersenyum" ujar Deno.

"Itu saja?"

"Tuan muda Jasper hampir berjaya meracuni minuman tuan muda Emanuel kalau bukan tuan muda Ethan menarik tuan muda Emanuel ke meja makan"

Esther menggoyang pelan tangannya di dalam air. Matanya bertukar tajam. Bibirnya ternaik dan kelihatan sangat kejam.

'Haa..'

Esther melangkah keluar dari tub dan melilit tubuhnya dengan kain besar. Pakaian yang dia pakai sebelumnya, disimpan di dalam cicin ruangan waktu. Esther juga mengeluarkan pembalut dan membalut dadanya.

"Deno"

"Ya, tuan muda"

Tanpa memaling, Deno menghulur pakaian di tangan kepada Esther.

"Berapa lama lagi sampai majlis berakhir?"

"Dua puluh minit lagi"

Minta maaf diberi kerana lambat update dan chapter yang pendek. Terdapat masalah dalam pengurusan masa dan pengaturan kata untuk dirangkakan.

Ucapan terima kasih saya berikan kepada para pembaca cerita ini. Terima kasih banyak-banyak.

LittleCrown_mightycreators' thoughts