webnovel

THE MAFIA IS MY HUSBAND

Tengku Melissa Bin Tengku Razlan merupakan seorang gadis yang cantik, lemah lembut dan peramah... Tetapi, kejadian yang menimpa mama kesayangannya iaitu Tengku Maria ketika dia berumur 15 tahun membuatkan gadis itu menjadi gadis yang paling kejam dan digeruni.. Dia bersama-sama dengan abang kembarnya iaitu Tengku Danial dan Tengku Danish mula berkecimpung dalam dunia gelap. Tidak lupa juga, dua orang sahabatnya yang selalu menyokongnya dan turut serta dalam dunia gelap ini, tak lain tak bukan, Zahirah dan Amanda.. Mereka berkawan sejak dari tingkatan satu lagi, tetapi selepas mengetahui tentang kemalangan yang menimpa mama Melissa, mereka bernekad untuk turut serta dalam perjuangan untuk membalas dendam... Tetapi, dalam dia mencari jawapan, Melissa terpaksa berkahwin dengan Tengku Amirul yang merupakan adik kepada Tengku Hafiz.. Tujuan utama Tengku Razlan (papa Melissa) menyatukan anaknya Tengku Melissa dengan Tengku Amirul ialah untuk membalas dendam kepada keluarga itu, tetapi keluarga itu sedikit pun tidak menyangka tentang hal itu... Melissa akur, kerana itu merupakan peluang keemasan dia untuk membunuh Tengku Hafiz yang telah membunuh mama kesayangannya. Tengku Razlan memberi tahu kepada Tengku Harith, merangkap daddy kepada Tengku Hafiz dan Tengku Amirul yang dia mahukan Melissa dan Amirul bersatu untuk mengukuhkan lagi urusan business diorang... And Tengku Harith bersetuju dengannya.. Tetapi dia tidak tahu, yang ajal anak sulungnya sudah dekat.. Tengku Amirul merupakan lelaki yang kejam, turut berkecimpung dalam dunia gelap dan merupakan ketua mafia yang terkenal dan digeruni.. Dia tidak menyukai perempuan and selalu berwajah dingin, tetapi wajah dinginnya itulah yang membuatkan ramai perempuan diluar sana cair... Adakah Melissa akan turut cair? Adakah Dendam Melissa akan terbalas? Adakah mereka akan jatuh cinta diantara satu sama lain? Kalau korang nak tahu, korang wajib baca...

Syafika_1111 · Urban
Zu wenig Bewertungen
37 Chs

BAB 25:

"Datang jugak kau ea? Ingatkan tak datang..." Ujar Abang Hafiz and menepuk-nepuk bahu Amirul.

"Cepatlah! Mana?" Soal Amirul dengan dingin.

Abang Hafiz terus menunjukkan video itu. Amirul tergamam. Dia jatuh terduduk. Air mata membasahi pipinya. Tiada kata-kata yang dia mampu ungkapkan. Video itu jelas menunjukkan tiada apa-apa yang terjadi, Black and Melissa tak buat apa-apa. Black terus buat-buat tidur apabila menerima panggilan daripada seseorang. Mungkin orang itu Adelia.

"Macamana? Puas? Puas siksa adik aku??" Soal Abang Hafiz.

"Bang... Kau kena tolong aku bang... Aku berdosa dengan bini aku.. Anak aku.." Ucap Amirul dengan berlinangan air mata.

"Too late.. Aku rasa dia betul-betul dan benci kau." Ujar Abang Hafiz.

"No.. Tolong aku bang... Tolong... Aku menyesal.." Rayu Amirul.

"Takde guna dah kau nak menyesal sekarang.." Balas Abang Hafiz.

"Ade satu benda lagi yang aku nak bagitau kau." Ujar Abang Hafiz.

"Aku dah jumpa sape pembunuh arwah Mummy kandung kau, arwah mama aku dengan Mel, and arwah bini aku." Terang Abang Hafiz.

"Sape?" Soal Amirul dengan lirih.

"Aku harap kau dapat bersabar, orang tu bekerjasama dengan Dato' Aliff, Black, Adelia and Alvin. Untuk dapatkan cip tu." Ujar Abang Hafiz.

"Sape dia?" Soal Amirul.

Mata Abang Hafiz berkaca.

"Mummy... Mummy tiri kau, Tengku Qairyn." Ujar Abang Hafiz. Amirul memejamkan matanya.

"Dia dah bunuh mummy aku, mama Mel, bini kau, and yang lebih menyakitkan, dia buat aku benci Mel." Ujar Amirul dengan sayu.

"Aku dah bagitau Tengku Razlan and daddy. Pada awalnya daddy tak percaya, tapi lepas aku tunjuk bukti, dia percaya. And dia suruh aku bunuh Tengku Qairyn." Ujar Abang Hafiz.

"Aku akan tolong kau bunuh dia, Bang.." Balas Amirul.

Tiba-tiba,

Kring! Kring! Kring!

Telefon Abang Hafiz berdering. Tertera nama Tengku Razlan.

"Hello, papa. Ade ape?" Soal Abang Hafiz.

"Hafiz datang rumah papa sekarang, Mel dalam bahaya." Ujar Tengku Razlan dengan gelisah.

"HAH?! Mel dalam bahaya?! Ape papa merepek ni? Tadi dia ade kat hospital, Hafiz dah arah orang Hafiz jaga dia." Ujar Abang Hafiz.

"Diorang dah culik Mel." Jawab Tengku Razlan dengan sayu.

"Culik Mel?! Sape pa?!" Abang Hafiz sudah naik geram.

"Tengku Qairyn.. Mummy Hafiz and Amirul." Jawab Tengku Razlan. Abang Hafiz terkedu.

"Daddy dah tahu ker?" Soal Abang Hafiz.

"Dah.. Dia ade kat rumah papa ni.. Datang cepat." Arah Tengku Razlan dan menutup panggilan.

"Asal?! Sape culik Mel?!" Soal Amirul.

"Mummy." Jawab Abang Hafiz dengan bengang. Amirul mengepal penumbuk.

"Mulai hari ni, dia bukan lagi mummy kita." Ujar Amirul dengan wajah dingin.

"Jom.. Rumah papa aku." Ajak Abang Hafiz. Amirul mengangguk. Mereka terus ke rumah Tengku Razlan.

[...]

Pangg!!

Tamparan yang kuat diberikan kepada Amirul.

"Sakit daddy..." Ucap Amirul.

"Aku tak pernah ajar anak aku berkasar dengan perempuan! Tambah-tambah lagi bini kau! Kau tahu tak, dia mengandung anak kau hah sial?!" Jerkah Tengku Harith.

"Maafkan Mirul daddy... Mirul betul-betul menyesal.. Mirul janji Mirul akan betulkan keadaan." Ucap Amirul dengan serba salah.

"Perbetulkan keadaan? Pftt. Tak payahlah wei.. Kau nak betulkan ape benda? Hati dia dah hancur lah wei.. Kau ingat dia akan terima kau balik? Ehh pergi mampus lah kau.." Balas Abang Danial. Amirul meraup wajahnya.

"Papa tak sangka, papa ingatkan Mirul boleh jagakan anak papa, tapi papa silap. To be honest, papa menyesal sebab bagi kepercayaan kat Amirul." Ucap Tengku Razlan dengan kecewa.

"Pa, Mirul mintak maaf Pa.." Ucap Amirul dengan linangan air mata.

"Dah la weii! Selagi Mel tak maafkan kau, selagi tu lah aku takkan maafkan kau." Ujar Abang Danial.

"Ehh korang! Boleh stop tak?! Mel dalam bahaya sekarang! Nak bertengkar apehal?! Nak tunggu adik aku mati dulu ker baru nak gerak? Ehh sial lah.." Bebel Abang Hafiz and menyepak tayar keretanya.

"Erk.."

"Entahnya, kang mampus dulu Mel tu baru korang semua nak pergi." Ujar Zahirah dengan menyampah.

"Ehem.. Sorry." Ucap Tengku Razlan, Tengku Harith dan Abang Danial serentak.

"Ehh.. Pergi pergi jugak, kat mana kita nak tuju ni?" Soal Rayyan.

"Aku dah hack lokasi diorang.Dia ade kat markas Lucdul." Ujar Zahirah dengan serius.

"Lucdul? Apa ke bendanya tu?" Soal Rayyan dengan hairan.

"Bapak Alvin. Alvin yang ketua eagle eyes tu." Jawab Haikal.

"Kenapa nama dia macam tu? Pelik bin ajaib." Soal Rayyan.

"Mana lah aku tahu bangang, dah mak bapak dia bagi mama macam tu.." Balas Zack dengan menyampah.

"Dah takde nama lain dah ker nak bagi? Haishh.." Bebel Rayyan.

"Mana lah aku tahu sengal!! Aku bukannya mak bapak dia!" Marah Zack.

"Erh rileks lah.. Aku tanya jer kan.. Yang kau nak melenting tu asal?!" Soal Rayyan.

Semua orang menggeleng kepala.

"Jom gerak.. Aku taknak tengok mayat Mel." Ajak Amanda.

Semua orang mengangguk dan masuk ke dalam perut kereta.

[....]

Aku membuka mataku perlahan-lahan.

"Well.. Well. Well.. Tengok tu, heroin kita dah bangunlah.." Ujar seorang wanita. Aku memandang wanita itu dan mataku terbuka luas.

"M.. Mummy?" Soalku dengan terkejut. Aku melihat tangan dan kaki ku diikat.

"Yes,menantuku.." Balas Tengku Qairyn and tersenyum sinis.

"Ape mummy buat ni?" Soalku.

"Well...Jangan terkejut sangat lah.. Aku just nak tanya, hebat tak lakonan aku?" Soal Tengku Qairyn.

"A..Ape maksud mummy?" Soalku mulai cuak.

"Honestly, Aku yang bunuh mummy kandung Amirul, isteri abang kandung kau and... Your mama. Hahaha" Ujar Tengku Qairyn and ketawa jahat.

"Hebat kan aku? Aku dah rancang semua ni dari awal, aku masuk dalam family Tengku Harith tapi... Tak sangka kan? Kau dengan Amirul bersatu, aku tak expect pun benda ni jadi... Tapi rasa macam bonus pulak..Hahaha." Ujar Tengku Qairyn and ketawa terbahak-bahak.

"Ape yang mama aku buat sampaikan kau bunuh dia hah?!" Jeritku.

"Korang semua takde buat salah pun...Aku just tak puas hati bila mama kesayangan kau tu, kahwin dengan Tengku Razlan. Kalau kau nak tahu, sepatutnya aku yang kahwin dengan Tengku Razlan, sebab masa tu aku perangkap dia kat hotel, tapi.. Lain pulak yang jadi.. Tengku Harith yang ada kat dalam hotel tu. And then, kitorang kena tangkap basah. Pastu kan, aku kalut lah jugak masa tu, tapi.. Bila fikirkan balik, okey jer jadi bini Tengku Harith.. Tapi malangnya, aku jadi bini nombor dua, pfft.. Aku memang taknak lah.. So, aku bunuh mummy Amirul, mak mertua kau. Kejam kan aku? Hahaha!!" Ketawa Tengku Qairyn. Air mataku mengalir laju. Orang yang tak disangka-sangka.

"Untuk ape kau culik aku hah sial?!" Bentakku.

"Senang jer... Aku nak cip tu.." Ujar Tengku Qairyn. Aku tersenyum sinis.

"Cip? Haha. Sampai bila-bila pun kau takkan jumpa." Ujar ku seraya ketawa.

"Takpe, kau nak main-main dengan aku kan? Aku pasti, hero kau akan datang nanti. And at the same time, i will kill him." Ujar Tengku Qairyn and tersenyum sinis.

"So? Do i care?" Soalku and tersenyum sinis.

"Wow... Kau tak sayang husband kau ker?" Soal Tengku Qairyn dengan terkejut.

"Pergi jahanamlah korang! Meluat.. Mak dengan anak same ajer.. Bodoh." Ujarku and tersenyum sinis.

"Ehh sial! Dia bukannya anak aku lah bodoh!" Bentak Tengku Qairyn.

"So? Ade aku kisah?" Soalku.

"Dah bangun ker heroin kita?" Soal seorang perempuan dari belakang. Aku memandang orang itu.

"Adelia?!" Soal ku dengan bengang.

"Yes, why?" Soal Adelia and tersenyum sinis.

"Ooo.. So ni semua plan korang lah ek? Congratulation! Lakonan korang memang hebat.. But, korang pun tahu kan? Papa aku the king of Mafia.. Korang sorok lah aku kat mana sekalipun, diorang akan bunuh korang jugak." Ujarku and tersenyum sinis.

"I hope so." Balas Adelia and tersenyum sinis.

[...]

" Line clear." Ujar Abang Hafiz kepada Amirul, Tengku Razlan, Tengku Harith, Abang Danial, Haikal, Zack and Amanda. Zahirah and Rayyan berada di luar. Rayyan kan headhunter. Zahirah pulak hacker. Tapi dia nak join Rayyan.

Tiba-tiba,

"Korang sape ha!" Sergah seseorang.

Bangg! Bang!!

Rayyan melepaskan dua das tembakan terkena tepat di dada orang itu.

"Good job Rayyan." Ucap Amirul.

"Huh, aku memang always good job." Balas Rayyan melalui alat kecil yang disumbat ke dalam telinga mereka.

"Angkat bakul sendiri nampak.." Perli Zack.

"Ikut suka hati aku lah." Balas Rayyan dengan menyampah. Dah nak mula dah dua ekor ni 🤦

"Zack, Rayyan, fokus.." Pesan Haikal.

"Semua dah sedia?" Soal Abang Hafiz. Semua mengangguk.

Dalam kiraan 1,2,3, Abang Hafiz terus merempuh pintu besi itu. Semua orang melepaskan tembakan.

"Yeayy! Enjoy!" Jerit Amanda and terus menembak nembak musuh-musuh.

"Zack! Itu aku punya! Kau ambik lain!" Marah Amanda.

"Haa.. Yerlah.. Disebabkan dia, kau sanggup marah aku. Dah arr, nak gi broken jap." Ujar Zack acah-acah merajuk. Amanda membuat wajah menyampah.

"Broken ker bro?!" Soal Rayyan.

"Diam lah kau anjing!" Marah Zack. Dia memandang ke arah pintu yang terbuka luas. Dia mengerling tajam ke arah Rayyan yang berada di dalam semak bersama Zahirah.

"Ehh korang! Boleh fokus tak? Serabut lah korang ni.." Keluh Zahirah.

"Biarlah.. Werkk.." Zack menjelirkan lidahnya kepada Zahirah and Rayyan.

"Ehh sial! Jijik lah kau ni.." Ujar Rayyan.

"Menyampah lah aku dengan kau ni bangang!" Ujar Zack.

"Ehh Zack! Belakang kau! Ade musuh!" Ujar Rayyan.

"Hah?! Mane?!" Zack mulai cuak. Dia memandang ke belakang, tapi takde orang.

"Haahhahahahahahaha" Meletus ketawa Zahirah and Rayyan. Zack memandang mereka. Zahirah and Rayyan siap ber high five lagi. Hahaha.

Zack terus keluar dari situ dan

Bang! Bang!

Zack melepaskan dua tembakan ke arah mereka.

"Ehh babi! Nasib baik kitorang sempat elak!!" Marah Rayyan.

"Kalau aku mati tadi macamana hah sial?!" Marah Zahirah. Zack ketawa mengekek.

"Itu bukan masalah aku. Hahaha." Jawab Zack seraya ketawa menggila.

"Ehh bangang! Senyap lah!" Tengking Amirul. Naik bingit telinga dia, dari tadi duk dengar diorang bertengkar.

[....]

"MANE CIP TU HAH BODOH?!" Jerkah Alvin.

Aku tersenyum sinis.

"Sampai mampus pun aku takkan bagitau lah sial!" Jerit ku.

"Kau memang kann.." Adelia terus menyepak kakiku.

"WOI!!!" Jerit seseorang.

"Well.. Well..Well... Hero-hero kita sudah sampai..." Ujar Tengku Qairyn.

"Kau lepaskan bini aku bangang!!" Jerit Amirul. Aku memandang Amirul, Amirul turut memandang aku. Aku menggulingkan mataku tanda menyampah.

"Sayang... Biyy nak mintak maaf... Maafkan biyy.." Ucap Amirul. Aku diam tidak terkata apa-apa. Nak nangis? Sorry.. Dah terlalu banyak air mataku mengalir selama ni. Aku memandang ke arah lain. Amirul mengeluh kecil.

"Woww... Tak sangka kita dapat tengok drama sweet harini." Ujar Adelia and tersenyum sinis.

"Kau diam lah perempuan!!" Jerkah Amirul.

Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!

Terlalu banyak tembakan yang dilepaskan. Semua orang berbalas tembakan. Akhirnya, Adelia and Alvin jatuh tersungkur. Hanya tinggal Tengku Qairyn.

"Kau nak cakap apa-apa ker perempuan? Kau dah takde sape sape dah sekarang ni." Ujar Abang Hafiz and tersenyum sinis.

"Sampai hati korang ea? Mummy yang jaga korang selama ni, tapi ni yang mummy dapat?" Soal Tengku Qairyn. Semua orang tersenyum sinis.

"Aku akan bunuh kau Qairyn." Ujar Amirul.

"Ohh yer?" Soal Tengku Qairyn and tersenyum sinis.

Bang!

Satu das tembakan tepat terkena di bahu kanan ku.

"Auchhhh.." Raungku. Mataku berpinar pinar dan semuanya menjadi gelap.

"Tak guna kau anjing!!!" Jerit Amirul and terus melepaskan satu tembakan, tepat terkena di lutut Tengku Qairyn.

Amirul terus pergi ke arah Tengku Qairyn. Dia duduk mencangkung dan mengeluarkan pisau Rambo nya.

Bukk!

Pisau itu ditusuk ke perut Tengku Qairyn.

"Ini sebab kau bunuh mummy aku."

Bukk!!

"Ni sebab kau bunuh mama mertuaku."

Bukk!!

"Ni sebab kau bunuh isteri abang aku."

Bukk!!

"Ni sebab kau tipu daddy aku."

Tengku Harith mengalirkan air mata.

Bukk!!

"Ni sebab kau buat Hafiz berpisah dengan Mel, adik kandung dia."

Amirul berdiri dan mengeluarkan pistol.

Bang!

Amirul melepaskan sedas tembakan tepat di dada Tengku Qairyn.

"Ni sebab kau buat aku benci bini aku!!!"

Abang Hafiz terus mengambil pisau di tangan Amirul. Dia menoreh ke pipi Tengku Qairyn tanda 'HELL'.

Amirul terus berlari ke arah aku.

"Bangun... Bangun sayang..." Ujar Amirul seraya mengalirkan air mata.

"Cepat! Bawak dia pergi hospital!" Arah Abang Danial. Amirul terus mencempung tubuh ku.

[...]

"Sayang... Dah tiga hari sayang tak sedarkan diri... Tolonglah bangun sayang... Biyy rindu kan sayang... Bangunlah Sayang..." Rintih Amirul seraya mengalirkan air mata. Amirul mengusap lembut perut ku.

"Baby.. Maafkan papa... Papa sakitkan mama... Mesti baby marahkan papa kan?... Maafkan papa..." Ucap Amirul dengan sayu.

"Bro, kau pergilah balik dulu.. Biar aku pulak yang jaga dia.." Ujar Abang Hafiz.

"Takpe... Aku nak tunggu dia bangun... Aku.. Aku rindu dia.." Ucap Amirul and menangis teresak-esak.

"Takpe... Nanti dia bangun, aku call kau.. Kau pergi lah balik mandi dulu." Arah Abang Hafiz. Amirul mengangguk. Dia bangun, mencium ubun-ubun ku and terus keluar.

"Mel... Bila Mel nak bangun ni? Abang rindu kat adik abang..." Ucap Abang Hafiz.

Tiba-tiba,

Kring! Kring! Kring!

Telefon abang Hafiz berdering. Tertera nama Tengku Harith.

"Hello daddy? Ade apa call Hafiz?" Soak Abang Hafiz.

"Datang office daddy kejap... Ade benda yang nak dibincangkan.." Ujar Tengku Harith.

"Okey daddy.. Hafiz pergi sekarang.." Balas Abang Hafiz and terus meluru keluar dari bilik wad.

Seorang nurse masuk ke bilik wad itu. Aku mula membuka mata perlahan-lahan.

"Puan Mel dah bangun?" Soal nurse itu.

"Saya kat mana ni?" Soalku.

"Puan Mel kat hospital, dah tiga hari puan Mel tak sedarkan diri.. Puan Mel ade rasa sakit kat mana-mana ker? Puan Mel pregnant dah tiga minggu." Ujar Nurse itu.

"Hah?! Saya pregnant?!" Soalku dengan terkejut. Nurse itu mengangguk. Ni takleh jadi, kalau Amirul tahu aku pregnant, confirm dia akan bunuh anak ni.

"Nurse.. Boleh tak tolong bagi pen and kertas untuk saya?" Soal ku.

"Puan Mel nak buat ape?" Soal Nurse itu.

"BAGI JERLAH!" Bentakku. Nurse itu tersentak and memberikan pen and kertas kepada ku.

[...]

"Hello... Mirul!!! Mel takde!!! Dia lari! Aku datang sini tengok dia dah takde." Jerit Amanda di corong telefon.

"Hah?!" Amirul sangat terkejut.

"Takpe, aku datang sekarang." Ujar Amirul dengan gelabah. Dia terus masuk ke dalam perut kereta.

'Sayang, jangan tinggalkan biyy..' Desis hati Amirul seraya meraup wajahnya. Air matanya berguguran jatuh.

[...]

"Dia ade tinggalkan kertas ni atas katil." Ujar Amanda. Amanda terus keluar dari wad dengan berlinangan air mata.

Amirul terus membaca kertas itu.

Kertas itu bertulis...

'Biyy... Maafkan sayang... Maafkan sayang sebab terpaksa tinggalkan biyy.. Sayang takut... Sayang takut biyy akan bunuh anak kita... Takpe, sayang akan jaga dia... Sayang akan bagi sepenuh kasih sayang kepada dia... Sayang nak biyy tahu,, anak ni anak kita.. Bukan anak sayang dengan black.. Sayang tak buat apa-apa pun dengan black.. Tapi, sayang tahu, biyy takkan percayakan sayang kan? Sayang jijik sangat kat mata biyy... Sayang tahu, sayang bukan perempuan yang sempurna, tapi.. Sayang tak tipu biyy.. Biyy,, terima kasih untuk segalanya... Halalkan makan minum sayang... Sayang harap biyy akan jumpa dengan perempuan yang lebih sempurna daripada sayang... Perempuan yang dapat memberikan kebahagiaan untuk biyy... Sayang ni jijik... Tak sesuai untuk biyy...Sayang nak mulakan hidup baru dengan anak kita.. Sayang janji, sayang takkan tunjukkan muka sayang yang jijik ni kat depan muka biyy dah lepas ni... Pasal maaf tu, sayang tak tahu macamana nak cakap, kalau maaf tu berharga, takkan ade hati yang terluka. Satu lagi, sayang nak ucap terima kasih sebab biyy still pakai jam yang sayang bagi tu... Actually, kalau biyy bukak jam tu,, cip tu ade kat dalam tu... Biyy guna lah cip tu sebaiknya ea? Berjuta-juta nilainya tu... Buat hantaran kahwin untuk biyy nanti ea? Sebenarnya sayang bagi kat biyy sebab sayang dah ade perancangan... Nak guna cip tu untuk kita berdua kalau-kalau kita ade anak nanti.. Tapi, semuanya hancur... Takpelah, sayang dah ikhlaskan... Selamat tinggal biyy... Kalau ade jodoh kita jumpa lagi.'

Yang Benar,

~Mel~

Amirul jatuh terduduk, kertas ditangannya terlepas. Air matanya mengalir laju.

"Maafkan biyy, sayang... Jangan tinggalkan biyy.. Biyy menyesal..." Ucap Amirul dengan lirih.

"Wei.. Mana Mel?" Soal Abang Hafiz yang baru tiba.

"Dia dah per..gi... Dah pergi.." Jawab Amirul dengan tersedu-sedan.

Abang Hafiz terus memeluk Amirul.

"Sabar Rul.. Aku tahu kau kuat... Sabar.. Ingat Allah..." Ujar Abang Hafiz and menepuk-nepuk belakang Amirul.

"Ni balasan untuk aku... Aku banyak dosa.. Dosa dengan Allah, dosa dengan bini aku.. Aku menyesal... Tapi dah takde guna.. Dia dah tinggalkan aku..." Ujar Amirul dengan sayu.

"Kau kena kuat, Amirul.." Ujar Abang Hafiz. Air matanya turut mengalir.

'Sayang... Tolonglah jangan tinggalkan biyy.. Biyy tak leh hidup tanpa sayang...'Rintih Amirul didalam hati.