webnovel

chapter 1

Air mata yang mengalir di pipi dilap oleh Aniq setelah 20 minit dia menangis. Kesan lebam pada bahagian belakang itu dilihat sahaja oleh kakaknya, Aqilah. Aqilah yang berusia 21 tahun menahan air matanya daripada tumpah. Dia tidak mahu menunjuk perasaan sedih dihadapan adiknya. Sebagai anak sulung dia perlu menunjukkan sisi kekuatan dihadapan adik beradiknya.

"Sekolah tak ambil tindakan? For real ke? Bukan kau seorang tahu tak yang kena? Junior kau sekali. Kau diam je?" marah Aqilah. Aniq tersenyum. Dia cuba menyembunyikan kesakitan yang dia alami.

"Aniq tak mampu. Family diaorang kaya tapi kita tidak. Sah-sah kita kalah juga kalau peguam dan hakim makan rasuah." Tutur Aniq bagi melegakan hati si kakak. Benar mereka bukan dari kalangan orang berada namun bukan ini caranya. Aqilah tidak kisah hal duit kerana duit masih boleh dicari tapi adik pula? Adik yang dijaga sejak kecil. Tak akan dia mahu melihat si adik merana begitu sahaja?

"Aku ni kerja siang malam untuk tengok kau senang. Tak payah kisah tentang duit tapi keselamatan kau tu." Aniq menggeleng. Pintu bilik dikuak oleh wanita yang kelihatan berusia 40 an. Pantas Aniq memakai semula baju t-shirtnya.

Puan Adira pasang wajah angkuh kepada kedua-dua anak kandungnya. Aqilah terus keluar dari kamar Aniq untuk menyediakan makan malam. Puan Adira duduk di kerusi belajar anak bongsunya. Kini Aniq berumur 17 tahun dan akan menghadapi SPM pada tahun ini namun disebabkan selalu berpindah sekolah maka Aniq ketinggalan beberapa pelajaran di sekolah maka Puan Adira lah yang akan mengajar anaknya beberapa subjek.

"Gi makan lepastu belajar." Ujar Puan Adira dengan nada biasa. Aniq mengangguk dalam ketakutan dia terus keluar dari bilik tanpa mengalih pandangan ke kiri dan ke kanan.

Semasa di ruang meja makan, mereka tidak bercakap walau sepatah pun. Hanya bunyi kucing yang dibela sahaja bagi menghidupkan suasana sunyi pada malam itu. "Bila exam Aniq mula?" soal si ayah, Encik Qhalil cuba berbaik dengan 'anak'nya. Beberapa hari lalu mereka bergaduh besar akibat Aniq tidak sengaja meninggikan suara saat Encik Qhalil ternampak kesan luka di dahi Aniq.

"Next week. Aniq masuk dulu. Nak belajar." Pinggan dan cawan di bawa ke singki untuk dicuci lalu masuk semula ke dalam bilik. Begitulah kehidupan seharian keluarga Encik Qhalil. Dari Aniq lahir hinggalah sekarang. Bagi Aniq, kelahiran dia adalah satu kesilapan kerana dialah, dicaci dan dihina kerana nama dia bukan dibin dengan nama Encik Qhalil namun dibinkan dengan nama Abdullah.

BUKU latihan matematik milik Aniq dimasukkan ke dalam beg yang sudah koyak. Walaupun ibunya seorang bekas guru dan ayahnya seorang bekas anggota polis, dia tetap tidak mahu meminta apa-apa barang kepada kedua-dua insan itu.

Kasut tali berwarna hitam disarungkan lalu dia mengayunkan kakinya untuk ke sekolah. Macam biasa selepas sahaja solat subuh dia akan terus ke sekolah tanpa bersarapan. Dalam perjalanan ke sekolah dia terserempak dengan pemuda berbaju coklat. Rambut yang kusut itu memandang wajah Aniq dengan begitu sombong. Aniq cuba untuk menghiraukan pemuda itu namun entah bagaimana dia boleh tersandung di atas jalan raya bahkan pemuda itu juga turut berada di situ.

"Sekolah tak buka awal pagi macam ni." Kata lelaki itu. Aniq mengangguk dan teruskan perjalanan ke sekolah dalam keadaan luka di tangan.

GADIS yang baru sahaja siap menyidai baju di ampai mula bertanya abangnya yang masih melihat susuk tubuh seorang budak lelaki di luar rumah mereka. "Pandang siapa?" soal gadis itu.

"Tu budak tu. Pukul 6 suku dah pergi sekolah. Tengok logo sekolah macam sekolah kau. Schoolmate kau lah tu." gadis itu tersenyum. Baru seminggu dia dan keluarga berpindah di kawasan itu dan harini pula hari pertama dia akan ke sekolah. Cuma dia berasa takut apabila jiran-jirannya berkata hati-hati apabila terjumpa sekumpulan lelaki yang berwajah bengis, Kenapa? Dia pun tak tahu.

"Yaya gi dulu. First day sekolah tak akan nak lambat." Ilya Sufia bersalaman dengan abangnya lalu mengatur langkah untuk meninggalkan rumah.

"Balik nanti Aku ambil. Okey?" Jerit si abang. Ilya Sufia mengangkat ibu jarinya kelangit tanpa berpaling ke arah si abang. Dia mengorak langkah dengan senyuman dibibir.

TIBA sahaja di sekolah, Ilya berfikir buat 3 minit sama ada ingin menyapa lelaki yang berpakaian baju melayu putih itu ataupun tidak. Akhirnya dia membuat keputusan untuk menyapa kerana dia tidak tahu dimana kelasnya berada.

"Hi?" sapa Ilya dengan lembut. Wajah lelaki yang seakan-akan muka cina dan mempunyai lesung pipit itu melihat Ilya.

"Pelajar baru?" teka lelaki itu. Ilya mengangguk.

"Kelas?"

"4 Merah." Lelaki itu mengatur langkah ke blok B bagi tingkatan 3 dan 4. Ilya membaca tag nama lelaki itu di dalam hati. Aniq Hamdan. Nama lelaki itu dibaca pula melalui bibirnya.

"Ya Saya?" balas Aniq dengan sopan. Ilya menggeleng kepala kerana malu pula.

"Gi lah masuk. Nanti pukul 7.30 kena turun bawah." Ilya mengangguk perlahan namun dia tidak bergerak untuk masuk ke dalam kelas. Entah kenapa dia berasa ingin berbual bersama lelaki itu.

"Saya Ilya. Ilya Sufia." Ujar Ilya dengan senyuman dibibir.

"Aniq Hamdan. Panggil Niq je. Okey now masuk kelas untuk ambil kehadiran. Chaw lu." Aniq berlalu pergi untuk menuju ke blok A dimana kelas tingkatan 5 terletak disitu. Aniq tersenyum kerana melihat gadis itu begitu ceria dan seakan tiada masalah. Dalam dirinya dia berharap dapat tersenyum begitu tanpa hiraukan dugaan yang akan datang.

WAKTU REHAT cukup membuatkan para pelajar berlari ke kantin untuk mendapatkan makanan bagi mengisi perut yang kosong ilya Sufia berdiri seperti patung dihadapan meja yang dipenuhi oleh pelajar lain. Roti dan air kotak milo ditangan dipegang erat agar tidak terjatuh. Dia mencari kelibat Aniq Hamdan di kawasan itu namun tiada. Dia mula bertanya kepada seorang lelaki yang berada di dalam tingkatan 5 yang duduk disebelah meja guru itu.

"Boleh Saya tanya mana Aniq Hamdan?" Soal Ilya dengan sopan. Sekumpulan lelaki itu memandang raut wajah Ilya dengan senyuman yang nakal. Ilya masih memberi reaksi tenang walaupun dia berasa gerun dengan pandangan itu.

"Aniq? Kau kawan ngan dia eh?" Ilya menggeleng. Dia sendiri tak tahu adakah dia dan Aniq sudah menjadi kawan ataupun belum.

"Dia anak luar nikah jadi tak perlu berkawan dengan dia. By the way dia kat kelas 5... entah cari lah sendiri." Jawab lelaki memakai tag nama Ridhuan itu.

"Oh terima kasih." Tiada senyuman dibibir Ilya kerana dia berasa lelaki itu sepeti merendahkan Aniq. Bagi Ilya tidak kiralah anak luar nikah sekalipun kerana mereka tetap manusia jadi tidak salah kan untuk berkawan dengan Aniq?

"SAKIT! Mer, sakit. Lepaskanlah Aku!" Jerit Aniq dengan kuat Kaki kiri Amer dipegang oleh Aniq. Aniq yang terbaring di atas lantai menahan kesakitan itu.

"Last. Serius kalini last." Kaki Amer menendang perut Aniq dengan sekuat hatinya. Aniq menjerit dengan sekuat hatinya namun sayang. Bangunan kelasnya tiada cikgu disitu dan tiada orang lalu lalang. Bilik guru terletak di bangunan blok B manakala perpustakaan di blok A pula tutup kerana kunci sudahpun hilang. Tinggal jeritan Aniq sahaja mampu melepaskan kesakitan yang dia tanggung.

"Aku kata apa? Kalau jumpa Aku tunduk hormat bukan buat bodoh." Rambut Aniq ditarik oleh Amer sekuat hatinya.

"Aku janji Aku tak buat! Lepas Amer..." suara Aniq mendatar sahaja. Dia sudah tiada tenaga pada waktu itu. Matanya hampir terlelap. Namun satu suara ini mampu membuatkan Aniq kembali terjaga terbaring di atas lantai. Roti dan air kotak milo dicampak kerana nyawa Aniq dalam bahaya.

"Pelacur mana kau jumpa ni Aniq?" gurau Amer. Aniq ingin bangun dari baringnya namun dia gagal kerana perutnya masih lagi sakit. Ilya pula buat tak tahu dengan gurauan itu. Dia cuma fokus pada Aniq kalini.

"Mulut kau jaga ya. Jangan nak libatkan dia dalam hal kita." Marah Aniq Hamdan. Amer gelak sinis. Dia dan Aniq sudah berkawan sejak kecil lagi dan dimana sahaja Aniq berada disitu juga adanya Amer. Amer tidak akan sesekali melepaskan Aniq Hamdan berasa tenang kerana bagi Amer Aniq adalah tempat melepaskan kemarahan.

"Kenapa tak mati lagi? Elok matilah daripada memekak. Sibuk cikgu nak agungkan kau macam anak raja hakikatnya anak luar nikah jugak. Siot perangai mesti ikut mak kau kan. Sebab mak kau pela-"

Aniq melayangkan buku limanya kepada Amer. Amer cuba mengelak dari tumbukan itu namun sudah terlambat kerana buku lima Aniq selamat mendarat di pipi kanan Amer. Ilya cuba menghentikan pergaduhan itu namun akhirnya Amer sendiri yang beredar kerana bibir Amer sudah berdarah.

"Kita gi bilik rawatan." Cadang Ilya. Kesan lebam di pipi Aniq membuatkan Ilya berasa takut dan risau.

"Tak perlu. Sikit je ni lagipun Saya lelaki." Senyum. Ilya berlari menuju ke tandas perempuan disebelah kelas 5 Hijau. Aniq mengesat peluh di dahi dengan lengan baju sekolahnya.

"Awak dah biasa ke lalui macam ni?" tanya Ilya sambil menyerahkan sapu tangannya kepada Aniq. Aniq mengangguk perlahan.

"Dari dulu lagi. Tapi tahun ni lagi teruklah sebab Saya berlawan dengan kawan Saya sendiri. Kawan makan kawan. Nice kan? Dia lah kawan dan dia lah punca Saya jadi macam ni." Sengih. Usai membersihkan kesan peluh dan darah di wajah, dia melihat roti dan air kotak milo di atas jalan.

"Ada masa lagi ni nak rehat. Gi lah makan." Kata Aniq kepada Ilya.

"Tak apa dah kenyang. Boleh tolong Saya cari cikgu Salbiah tak? Tadi dia suruh Saya jumpa masa rehat tapi Saya tak tahu mana pejabat. So boleh tolong?"

"Boleh. Sekejap Saya basuh muka. Tunggu kat luar." Aniq masuk ke dalam tandas untuk membersihkan mukanya. 2 minit berlalu dan kini Aniq begitu juga llya menuju ke pejabat untuk bersemuka dengan guru kelas Ilya Sufia iaitu cikgu Salbiah merangkap sebagai guru disiplin.

Anak-anak mata pelajar dan guru pada waktu itu hanya tertumpu pada Aniq dan Ilya sahaja. Ada yang mengatakan bahawa mereka berdua menjadi pasangan kekasih oleh sebab itu mereka berdua bersemuka dengan cikgu disiplin pada waktu itu.

"Aik Aniq pun join sekali?" tanya cikgu Salbiah. Aniq tersenyum.

"Saya tolong dia je cikgu. Okeylah Saya tunggu kat luar dulu." Aniq menunduk tanda hormat kepada gurunya dan terus menunggu di luar pejabat.

"Nanti suruh abang awak isi borang ni ya. Ni borang PIBG so that cikgu-cikgu boleh tolong kalau awak ada masalah kewangan or what okey?" Ilya mengangguk tanda faham.

"Awak dengan Aniq ada apa-apa?" Laju liya menggelengkan kepalanya. Baru sahaja dia tiba di sekolah tak akan mahu adakan hubungan dengan senior.

"Kitaorang kawan kot tapi jangan risau Saya tak akan bercinta sebab al isra ayat 17 32." Cikgu Salbiah sempat mengenyitkan matanya kepada Ilya.

"Bagus budak tu Sentiasa datang awal tapi lebih elok juga awak jadi kawan dia sebab Saya tak pernah nampak dia berborak dengan student kat sini. Saya ingat kawan dia si Amer." Ilya mengangguk sahaja bagi membalas kata-kata cikgunya. Cikgu Salbiah mencapai coklat di tepi mejanya lalu coklat itu diberikan kepada Ilya.

"Selamat datang ke sekolah dan kalau ada masalah boleh beritahu cikgu. Okey?" Ilya mengambil coklat itu lalu menundukkan kepalanya bagi menunjukkan hormat dan berterima kasih kepada guru itu. Di dalam kepala Ilya Sufia dia mula tertanya ada apa hubungan Amer dan Aniq dan kenapa mereka bergaduh? Kenapa tiada guru guru yang perasan tentang situasi itu? Kenapa?

TEPAT PUKUL 2 petang, Tingkatan 4 dan tingkatan 5 sudah berangkat pulang ke kediaman masing masing kecuali Ilya. Ilya masih belum pulang walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2:15 petang.

"Serupa Yaya balik jalan kaki kalau abangnya busy." Ucap Ilya dalam nada kecewa. Abangnya seorang doktor psikologi dan kerjanya tidak tetap. Kadang kadang dia sangat sibuk dan ada masa tidak. Dia mengalihkan pandangan kepada seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari pagar sekolah.

"Aniq!" Jerit Ilya. Aniq terkejut dengan jeritan itu lalu menghadiahkan senyuman kepada Ilya Kini dia mengatur langkah untuk berjalan ke arah Ilya namun langkahnya terhenti apabila ternampak kelibat Amer dan Ridhuan di belakang pondok pengawal.

Aniq buat keputusan untuk berjalan terus ke rumah tanpa bersemuka dengan Ilya. Dia bukan sombong cuma dia teringat akan ugutan Ridhuan terhadapnya. Kata-kata yang melibatkan nyawanya sendiri.

"Jangankan setakat lebam. Bunuh kau pun Aku boleh." Bisik Ridhuan di telinga kiri Aniq. Aniq masih dalam ketakutan kerana rambutnya telah ditarik oleh Ridhuan.

"Jadi kalau tak nak mati awal please pastikan tak rapat dengan semua orang. Sebab dengan kau ni anytime kitaorang boleh kena tindas. Tapi kalau kitaorang je kena tak adil so kau pun akan sekali kena." Kata Amer di tepi tangga yang sedang menjaga kalau-kalau ada murid ataupun pelajar yang lalu disitu.

MALAM ITU, Aniq menangis sekuat hatinya di taman permainan. Dia berasa sangat sakit kerana tidak dapat menahan keperitan saat itu begitu juga luka-luka di badannya. Ibu bapanya pula sudah masuk tidur manakala Aqilah ada lawatan di Penang. Dan masa makan malam pula dia tidak menjamah sedikit pun makanan kerana dia berasa tidak berhak untuk menikmati kenikmatan makanan di dunia ini.

"Nak mati. Serius Aku tak tahan..." ucap Aniq yang masih menangis. Dia teringat detik-detik dia dipukul, dimaki dan dihina. Dialah tempat menghilangkan kemarahan orang lain. Luka di badannya pula disebabkan perkara itu.

'Aku rasa tak berhak tengok semua ni. Aku rasa.. macam sesuai kat tempat lain.'

Aniq memukul dirinya dengan kedua-dua belah tangan. Dia tidak berasa kesakitan pada waktu itu kerana dia telah biasa, lebih teruk lagi saat Amer memijak kepalanya kerana terlupa membuat kerja rumah Amer. Mengingati semula perisitiwa menambahkan lagi rasa marah Aniq kepada lelaki itu namun dia tidak mampu buat apa-apa kerana Amer merupakan anak kepada pegawai polis di Negeri Sembilan dan ibu Amer bukan calang-calang orangnya. Dia seorang ahli perniagaan yang menjual baju dan barang kemas. Kaya? Mestilah kaya dan kerana itu Aniq tidak pernah memberitahu sesiapa tentang hal itu.

"Adik, kenapa nangis ni?" sapa seorang lelaki berbaju hoodie berwarna putih dan berseluar sukan itu. Aniq mengelap air matanya dan terus memakai semula topi di tangan itu ke kepala. Dia berjalan masuk ke dalam rumah walaupun dia tiada niat mahu jejakkan kaki ke rumah itu. Dia tiada hala tuju dan masih di belenggu dalam masalah.

"Abang cakap dengan siapa?" Soal gadis berkulit putih susu itu.

"Budak tu nangis masa abang jawab call kak Shila itu abang tanya tapi dia tak balas." Gadis itu mengangguk perlahan.

"Dah beli maggie tu llya?" Ilya mengangguk perlahan namun anak matanya masih tertumpu pada susuk tubuh yang dia kenal.

"Abang, Ilya nak tanya." Lelaki disebelah Ilya melabuhkan punggung di atas buai yang berhadapan rumah Aniq.

"Apa dia?"

"Patut ke kita tolong orang yang berada dalam masalah. Contohnya dia jadi mangsa buli."

"Kau kena buli ke Yaya?" laju Ilya menggeleng Mana mungkin dia kena buli apabila satu sekolah sudah tahu siapa abangnya yang sebenarnya. Doktor Hilman Syafuan, seorang doktor psikologi, seorang abang dan seorang tunang Shila Hanim.

"Then? Tetiba je ni."

"Tak adalah lagipun mana-mana Ilya buka website mesti keluar pasal buli so llya terdetik nak tolong tapi boleh ke?" Hilman memejamkan matanya buat seketika. Ilya pula setia menanti jawapan Hilman.

"For me lah. Ceh cakap english pula. Okey pada abang boleh je kita tolong dia but ikutlah dari segi mana. Katakan pembuli dari kalangan orang kaya, kita tak boleh nak ambil remeh sebab peguam dia belum tentu seorang dua boleh jadi tujuh dia bawa. So kalau nak tegakkan keadilan kenalah berani. Kita suruh mangsa ceritakan hal sebenar dekat guru, parents, polis pun boleh sebab hal ni berkait nyawa tu. Silap langkah mangsa boleh bunuh diri sebab depress dengan hal ni." Ilya mula terfikir keadaan Aniq pada saat ini. Aniq okey ke? Dia di mana? Sudah makan? Apa khabar lelaki itu?

"Tapi kalau mangsa tak nak beritahu, kita boleh sahaja... tapi kalau cara abang lah kan abang, akan setia dengan mangsa sampai pembuli masuk penjara. Perkara ni bukan boleh buat main. Nyawa manusia bukan macam kucing ada 9 nyawa. Back to my opinion, kia teruskan disisi mangsa dan tepis semua keseksaan yang dia akan hadap. Macam hero lah. Biarkan kalau orang kata kita jaga tepi kain orang. Sebab kain orang tu pun dah koyak rabak." Ilya ketawa kecil. Hilman tersenyum dengan ketawa adiknya.

"Niat kita satu nak selamatkan orang. Apa guna jadi manusia kalau tak nak tolong orang? Dia dan kau. Itu sahaja dalam cerita ni. Kau selamatkan dia dan dia akan tolong kau satu hari nanti. Katakan dia masuk syurga and kau terkandas kat neraka. Mana tahu dia boleh tarik kau masuk syurga sama-sama sebab tolong dia." Sudah masuk bab mati pula doktor Hilman ni. Ilya pula memproses kata-kata abangnya itu.

"Lusa abang ada buat ceramah kat sekolah kau so siap sedia orang tanya siapakah Hilman sebenarnya." Makin kuat suara ketawa tak menjadi Hilman pada waktu itu. Ilya pula mengikut langkah Hilman hingga tiba di rumah.

Tiba sahaja di rumah dia segera naik ke bilik untuk mencari instagram Aniq Hamdan. Dia membuka laptop yang dibeli dengan duitnya itu lalu tangannya laju menaip nama Aniq Hamdan namun yang keluar pula golongan dewasa. Aduhai di mana akaun instagram Aniq Hamdan?

Laju tangan Ilya bertanya pada rakan kelasnya yang boleh dikatakan rapat juga dengan Aniq kerana rakan kelasnya pernah menegur Aniq dan senyuman yang diberikan oleh mereka berdua dikatakan ikhlas juga.

"Assalamualaikum, Daus." - Ilya

Seminit berlalu dan ting! mesej dari kawannya telahpun masuk.

"Waalaikumussalam yaa sahabat, ana" - Firdhaus

"Ni mesti nak tanya pasal senior kita Aniq kan? Hah lai lai tanya sahaja." - Firdhaus

Ilya kerut dahi. Aik macam mana Firdhaus boleh tahu ni? Magik!

"Hehe. Boleh ke?" - Ilya

"Boleh je. Jap Aku senaraikan nombor, acc ig, fb, twitter, snapchat, youtube, blog semua sekali Aku listkan." -Firdhaus

"Mak aii hebat betul jantan ni. Dia ni ada apa-apa ngan Aniq ke? Sus lah." kata Ilya sambil memeluk bantal peluknya.

"011825416, inutile.person_(ig), fb (Aku baru sedar dia tak ada acc hehe), yang lain sama je ngan acc ig. And Aku dengan dia macam adik beradik well pelajar tercontoh kot kitaorang ni." - Firdhaus

"Tq brother!!" - Ilya

Pantas Ilya menaip username instagram itu. Dan akhirnya dia jumpa juga cuma rasa kasihan mula datang kerana akaun instagram itu dipenuhi dengan post yang berkenaan buli, sakit dan keseksaan.

Ilya menekan butang follow lalu dia menekan butang message.

"Hai Aniq!" - llya.

Seminit

Dua minit

Tiga minit

"I'm Ilya." - Ilya

Masih sama Aniq tidak membaca mesej itu dan Ilya membiarkan mesej itu terperap di laptop. Dia menghela nafas berat. Dia berasa sangat kasihan dengan lelaki itu. Hensem? Ada sahaja pada wajah itu dan wajah itu sangat seiras dengan pelakon Korea iaitu Lee Jong Suk. Bolehlah samalah juga. Bijak? Nama lelaki itu sentiasa ada di papan kenyataan di setiap blok. Aniq Hamdan bin Abdullah nama lelaki yang ingin dia selamatkan dari dunia buli. Cuma apa salah Aniq sampai dia dipukul dengan teruk?

TING! Ilya memandang skrin telefonnya. Aniq membalas mesejnya kalini dan dia berasa gembira.

"Kalau awak nak Saya mati, teruskan chat Saya. Kalau nak Saya mati, teruskan jumpa Saya. Nak Saya mati? Teruskan senyum pada Saya. Jangan pandang, ambil tahu atau apa sahaja berkenaan diri Saya kalau tak nak Saya mati. Take care Ilya."-Aniq

Ilya terdiam. Tergamam. Terkejut dengan perkataan itu. Mati? Dia tidak mahu lelaki itu mati disebabkan dia. Tidak... apa yang perlu dia lakukan? Dia tidak boleh dekatkan diri dengan lelaki itu, pandang pun tak boleh. Apa yang perlu dia lakukan? Ya Allah...

"Abang!" panggil Ilya kepada abangnya yang ingin masuk ke bilik.

"Apa kau nak? Abang nak tidur lah." balas Hilman seraya menguap.

'Patut ke Aku bagitahu? Tapi...mesti Aniq tak suka. Ya Allah macam mana ni.'

"Apa Yaya nak ni?" Hilman berdiri di hadapan pintu bilik itu. Dia masih setia untuk mendengar kata-kata adiknya.

"Tutup...pintu. Yaya nak tidur." senyum. Hilman menutup pintu adiknya dan terus masuk ke kamar.

Ilya mengeluh perlahan. Apa dia lakukan ni? Niatnya mahu membantu tapi terpesong. Dia berasa takut dan ketakutan ini amat luar biasa. Ini melibatkan nyawa sekali.

"Entah- entah dia bergurau. Kan?" Ilya tidak percaya dengan mesej yang di balas itu. Dia yakin 100 peratus bahawa Aniq Hamdan cuma menipu dirinya.

ANIQ mengelus lembut bulu kucingnya yang bernama Tuah. Tuah telah dibela sejak Aniq menyelamatkan kucing itu semasa di dalam tingkatan 3 lagi dan hanya Tuah sahaja yang sudi mendengar masalah dia.

"Actually Aku...entahlah. Rasa nak mati tapi amalan tak cukup lagi. Bila hidup ni menyusahkan orang. Hidup salah bila mati salah. Elok Aku jadi pokok kelapa je." luah Aniq kepada Tuah. Si bulus itu cuma berbaring di atas katil milik Aniq.

"Kalau Aku tak ada...selalu lah tengok Aku kat kubur. Aku ni tak ada kawan. Kakak? Aku dah rasa macam tak patut ada kakak sebab Aku ni menyusahkan. Aku ni bila hidup pun sentiasa dipersalahkan. Mak bapak pun macam nak tak nak layan Aku. Jadi selalu tau jenguk Aku kat kubur." senyum. Air matanya kembali tumpah.

Dia nekad mahu membunuh diri namun disebabkan dia tahu batas agama jadi dia terpaksa menanguh hal itu. Dia berasa sungguh penat dengan menjadi mangsa buli. Bila nak beritahu mesti rasa was-was dan ada sahaja yang tidak percaya. Kenapa? Kenapa itu jadi pada dirinya?

"Kadang Aku bersyukur bila Aku yang jadi mangsa buli dan bukan orang lain. Biar Aku sahaja yang menderita. Keseksaan ini terlalu berat sampai Aku tak nak orang lain hadap. Kau fahamkan Tuah?" Tuah hanya mengiau sebagai balasan. Jauh dari lubuk hati, Aniq mahu bersemuka dengan semua orang dan ingin menjerit bahawa dia tidak tahan. Namun dia tidak mampu dan hanya boleh berdoa sahaja.

Buku diari milik Aniq ditarik perlahan yang tersorok di bawah katil. Dia mengeluarkan pen dari bekas alat tulis.

sambil dia menulis sesuatu di permukaan kertas, dia teringat saat wajahnya dipukul. Wajah bengis lelaki yang membawa malang dalam hidup Aniq dibiarkan berada di dalam bayangan.

Dia membayangkan lelaki itu merayu dan meminta ampun apabila Aniq menunjukkan sisi yang lain tapi apakan daya itu cuma bayangan. Dia tidak mampu jadikan itu kenyataan kerana darjat mereka berbeza.

𝘋𝘢𝘺 - 1

𝘈𝘬𝘶 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘐𝘭𝘺𝘢 𝘚𝘶𝘧𝘪𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘪𝘯𝘨𝘪𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘸𝘢𝘬𝘶 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘪𝘯𝘪. 𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘬𝘦 𝘥𝘪𝘢 𝘣𝘢𝘸𝘢 𝘈𝘬𝘶 𝘭𝘢𝘳𝘪? 𝘈𝘬𝘶 𝘤𝘶𝘮𝘢 𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘬𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘴𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨.