Pengadil utama cepat-cepat mengibarkan bendera merah untuk menandakan berakhirnya perlawanan selepas lima pukulan kombo Ling Lan. Pengadil itu telah pun menerima keputusan perlawanan daripada pasukan pengadil. Lima pukulan kombo Ling Lan itu telah menyebabkan skor pihak lawan berkurangan sehingga menjadi kosong. Tidak ada keraguan tentang siapakah pemenangnya.
Akademi Ketenteraan Campuran Pertama turut kalah pada perlawanan ketiga. Dengan keputusan ini, wajah para pelajar Akademi Ketenteraan Campuran Pertama kelihatan murung. Pihak lawan dapat merampas tiga perlawanan untuk menang sedangkan ketua pasukan yang terkuat Lin Xiao belum pun berlawan. Situasi ini membuatkan mereka berilusi yang mereka masih mempunyai kekuatan yang belum digunakan.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com