"Baiklah. Kalau begitu, saya serahkan semuanya kepada kamu berdua," ujar Ling Lan perlahan sebelum menoleh ke arah Chang Xinyuan dan berkata, "Chang Xinyuan, ikut mereka!"
Air muka Chang Xinyuan berubah. Lalu dia bertanya, "Kenapa, Bos Lan?"
"Ini pertempuran sebenar. Kemahiran kawalan mecha awak tidak akan dapat menyelamatkan nyawa awak di medan tempur." Ling Lan tidak ambil peduli tentang menjaga perasaan Chang Xinyuan. Dia berterus-terang tentang sebab di sebalik arahannya. Ini bukannya Dunia Mecha di mana Chang Xinyuan mempunyai mecha yang telah diubah suai. Semua mecha di gudang mecha ialah mecha biasa. Seperti kata Ling Lan, untuk selamat di medan tempur, mereka perlu bergantung pada teknik dan kemahiran kawalan mereka sendiri.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com