"Xu Qingyan, saya rasa lebih baik kamu berhenti berlagak bongkak sangat. Lagipun, satu hari nanti, Orang Tua Xu pasti balik."
Xu Qingyan memberus rambutnya ke belakang dan berdiri daripada sofa dengan senyuman terhibur. "Kamu ingat saya kisah lagi di tahap ini?"
Di sudah memiliki kad kemenangan di tangannya. Apabila masanya tepat…
… dia akan tunggu dan lihat air muka Ye Lan dan Bapa Xu.
...
Ketika ini, di dalam sebuah hospital yang sunyi.
Selepas semua penindasan yang dilalui Tang Xuan, dia kini dipaksa Orang Tua Tang untuk kekal di hospital dan menjaga kehamilannya. Realitinya, sejak hari penjaga itu memberitahu dia Tangning juga mengandung dan dia boleh menjual berita kepada paparazi, dia sudah merancang sesuatu dalam fikirannya.
Apa yang dia mahu sekarang hanyalah lari dari hospital itu. Tetapi, dia kini tidak berduit dan satu-satunya perkara bernilai padanya ialah maklumat yang dimilikinya tentang kehamilan Tangning.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com