webnovel

SO I MARRIED THE ANTI FAN ?

LuHan ( Park Houng Jou ) artis kacak yang mempunyai seratus juta peminat di korea sedangkan Yoo Eun Ha adalah staff biasa di bawah Syarikat Dunia Hiburan Indigo, Eun Ha di hukum untuk pergi ke sesi pertemuan bersama LuHan kerana di hukum oleh adiknya Yoo Eun Mi. Di Sana, dia . Hal ini, menyebabkan mereka berdua sentiasa terserempak secara kebetulan. Di sana, dia berjumpa LuHan dan dia juga muntah pada baju LuHan. Hal ini menyebabkan mereka berdua sentiasa terserempak secara kebetulan.

miya_ishihara · Teenager
Zu wenig Bewertungen
4 Chs

Sensasi Yang Hebat

18 tahun yang lalu ~

"Isi ,Isk , Isk..." . Kedengaran seorang budak lelaki menangis di buaian taman permainan pada waktu senja tanpa kehadiran manusia.

" Kenapa, awak nangis?..." . Tiba-tiba seorang budak perempuan yang comel molek serta naif datang ke arah budak lelaki itu.

Budak lelaki itu berhenti menangis seketika dan hanya diam membisu, pertanyaan budak perempuan itu tidak di jawab.

" Aigoo! Hidung awak berdarah!" Mendengar kata-kata budak perempuan itu, budak lelaki itu terus menyambung semula tangisannya.

"Sudah... Jangan menangis...Nah! Lolipop untuk kamu, Omma kata budak kecil akan berhenti nangis jika makan lolipop."

Budak lelaki itu berhenti menangis dan terus mengambil Lolipop itu dan menjilatnya.

Budak perempuan yang comel itu menghela nafas lega. Baru dia faham yang sebenarnya memujuk adalah amat susah, dia nekad selepas ini dia tidak akan merajuk lagi dengan Omma nya.

Budak lelaki itu kembali ceria seperti sedia kala dan budak perempuan itu mengajaknya bermain. Mereka bermain bersama-sama dan ketawa sepuas-puasnya di taman permainan itu.

Apabila mereka berdua lelah, mereka duduk di buaian sambil memandang matahari terbenam.

"Nama saya Eun Ha, nama awak?" Eun Ha menghulurkan tangannya tanda mahu berkawan.

"Houng Joo..."

Eun Ha menepuk dahinya. "Saya fikir awak bisu!"

Houng Joo ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Eun Ha.

Tiba-tiba sebuah kereta Porsche hitam memarking berhampiran taman permainan dan keluar dengan pantas. Lelaki dewasa memakai sut hitam. Nampaknya dia sedang mencari seseorang. Apabila, lelaki itu ternampak Houng Joo. Dia menghela nafas lega. Lelaki dewasa itu berlari mendapatkan Houng Joo yang sedang duduk di buaian.

"Tuan muda, saya minta maaf kerana lewat menjumpai tuan muda..." Lelaki itu melihat muka Houng Joo dengan darah yang kering di hidung.

"Tuan muda, Apa yang terjadi dengan kamu?!"

Houng Joo hanya menundukkan kepalanya dan diam membisu manakala Eun Ha terkaku di situ.

"Pakcik ini penculik ka...?Macam dalam tv tu...?" tanya Eun Ha.

Lelaki itu tersenyum dan mengeleng kepala. "Tak.., Pakcik orang baik.."

"Lekas tuan muda, ayah tuan sudah lama risaukan kamu."

"Taknak!, saya mahu bermain dengan Eun Ha!" bentak Houng Joo.

Lelaki itu melepaskan keluhan yang berat. Houng Joo dikenali sebagi keras kepala dan dia tidak akan mendengar cakap sesiapa pun termasuk ayahnya.

Lelaki itu terpaksa mengangkat Houng Joo. Houng Joo meronta-ronta minta dilepaskan dan memukul lelaki itu. Lelaki itu tidak terkesan walau sedikitpun lalu memasukkan Houng Joo ke dalam kereta.

"Eun Ha! Eun Ha!" Houng Joo berteriak memanggil nama Eun Ha di dalam kereta dan menangis dengan kuat.

Eun Ha hanya melihat dan tersenyum. "Jangan risau, pakcik itu kata dia orang baik!" teriak Eun Ha

Kereta Porsche hitam itu terus bergerak laju...~

EPISODE 1 (2021)

"Yoo Eun Ha, ini kerja tambahan untuk awak, Sae mi cuti untuk berbulan madu."

Eun Ha terlopong besar melihat kerja-kerja tambahannya. 'Matilah saya nanti!'

"Kenapa? Tidak berpuas hati?, kalau tidak saya boleh tambah lagi." Tanya En.Baek Wong dengan pandangan sinis.

"Tidak!,Tidak!, saya akan buat yang ini." Eun Ha seloroh mengambil kerja itu dengan laju dan terus cabut lari.Takut kerjanya akan ditambah lagi.

"Huh..Banyaknya! Kenapa kau tidak bawa sekali kerja kau ini masa bulan madu huh! Menyusahkan aku saja!." Sempat lagi Yoo Eun Ha merungut dengan Saemi yang sedang berbulan madu.

Jam 12:00 tengah hari

Sepantas kilat Eun Ha menyiapkan kerjanya termasuk kerja tambahannya itu tadi.

"Fuhh! Tidak terlewat untuk makan tengah hari dan balik ke rumah dan berehat secukupnya!."

Yoo Eun Ha keluar dari pejabat dan menuju pulang ke rumahnya.~

Poster-poster bergantungan di sana sini dengan sangat banyak memenuhi bangunan Enyphen. Poster itu adalah gambar LuHan dan tertulis di poster itu 'Kami sayang LuHan', itu adalah hasil kerja gila para peminat LuHan. Kebanyakan para gadis muda menghamburi bangunan Enyphen untuk berjumpa dengan idola mereka yang amat mereka sayangi. Berjumpa dan menatap muka LuHan yang 'seksi' itu merupakan hari yang tidak boleh mereka lupakan dalam hidup gadis-gadis itu. Wartawan-wartawan juga tidak ketinggalan dalam menghadiri sesi pertemuan bersama LuHan yang sentiasa dahagakan isu yang hangat.

LuHan artis popular yang sangat dikenali berbakat dan seksi itu mempunyai seratus juta peminat akan menghadiri suatu sesi pertemuan bersama peminatnya pada pukul 12:30 tengah hari ini.

Para peminatnya mula mengira detik, berjumpa dengan LuHan sama seperti berjumpa dengan malaikat. Ada pula berita yang LuHan giat melakukan kerja-kerja amal dan kerap memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dan di hospital. Di Negara Korea Selatan, wanita di korea amat menyayangi LuHan. Bagi mereka LuHan adalah lelaki yang amat sempurna sekali.

Di dalam kereta mercedes, LuHan memakan gula-gula untuk menenangkan dirnya, selepas ini dia akan mengalami penat yang melampau. Berjumpa dengan beribu peminat bukan tugas yang mudah.

Jae Wook hanya fokus memandu sesekali dia akan melihat Luhan melalui cermin pandang belakang. Dia sudah terbiasa dengan sikap LuHan yang menenangkan diri dengan gula-gula sahaja.

"Jangan makan terlalu banyak..." Jae Wook selaku pengurus peribadi LuHan menegurnya.

Luhan tersenyum dan mengangguk sedikit...~

"Aigoo, laparnya~, Jalan sesak sangat tadi!." Rungut Yoo Eun Ha sesudah sampai di rumahnya, terletak di Pangsapuri Hongdae.

Hari ini dia terlalu banyak merungut dan menyumpah seranah orang.

Dia terus pergi ke arah meja makan dan ternampak sebuah bekal yang comel dan terus membukanya.

"Wah~, Nampak sedap!." Yoo Eun Ha terus makan isi bekal tanpa tahu pemiliknya.

Selepas makan, Eun Ha meneguk secawan air dan mahu berehat. Dia menuju ke bilik tidur dan berbaring di katilnya.~

Yoo Eun Mi, turun ke tingkat bawah menggunakan lift dengan hati yang gembira kerana dia dapat membeli tiket ke sesi pertemuan bersama LuHan. Semasa di dalam lift, tangannya mencari sesuatu di dalam begnya, tetapi tidak menjumpainya terus dia melihat isi begnya, sesuatu yang paling penting sekali di tinggalkan saja. Dia terkejut kerana bekalnya tinggal di atas meja. Dia amat takut yang kakaknya akan makan bekal itu!

Yoo Eun Mi terus menekan butang lift ke tingkat atas pangsapurinya.Dia amat berharap yang kakaknya tidak akan bekal itu.

"Tolong,Tolong cepat, Moga kakak tak makan bekal itu, Tolong saya mohon!"

Pintu lift terus terbuka, Eun Mi terus berlari pecut ke rumahnya dan menghampas pintu. Dia pergi ke arah meja nampaknya bekal itu sudah di lahap oleh kakaknya sendiri. Hatinya bagai di tusuk-tusuk sebilah pisau. Dia amat kecewa dan hampir menangis. Eun Mi terus mengetuk pinti bilik Eun Ha.

Tok!Tok!Tok!

"Kakak buka pintu ini!, berani kakak habiskan makanan yang saya buat khas untuk idola saya LuHan!." Teriak Eun Mi dari pintu luar.

Eun Ha terjaga akibat mendengar suara Eun Mi yang agak kuat, dengan lemah Eun Ha terus berjalan dan membuka pintu.

"Apa yang bising-bising ini Eun Mi, Kakak mahu tidur sudah jangan ganggu kakak." Sambil Eun Ha menggosok-gosok matanya.

"Kakak bukan masanya mahu lari, sekarang ini kakak sudah makan bekal saya! Macam mana saya mahu jumpa idola saya LuHan kalau kakak sudah makan bekal dia! Uweee~." Tengking Eun Mi dengan nada seperti mahu menangis.

Yoo Eun Mi adalah seorang yang amat penyabar dan bersopan terhadap kakaknya Eun Ha tetapi kini situasinya agak lain kerana Eun Ha telah pun makan isi bekal yang seharusnya dihadiahkan kepada LuHan. Eun Mi bersusah payah menghias bekal itu tetapi kakaknya senang-senang saja makannya. Sungguh menyakitkan hati.

Yoo Eun Ha terkejut besar mendengar butir bicara Eun Mi sebentar tadi.

"Minta maaf, kakak tidak sengaja makan bekal kamu, kakak lapar sangat sampai lupa kepunyaan siapa...Jangan marah ya Eun Mi..." Eun Ha memujuknya dengan rasa bersalah.

"Kalau macam itu, kakak harus bertanggung-jawab!, kakak harus menghadiri sesi pertemuan bersama LuHan dan yang paling penting sekali dapatkan autograf LuHan untuk saya!, untuk peringatan mesra kakak harus berikan hadiah untuk LuHan, menggunakan duit kakak sendiri!..."~

LuHan sudah pun sampai di dewan Enyphen. Dia keluar dari kereta mercedes dengan penuh bergaya sambil memakai kaca mata hitam sesekali lampu kamera menyilaukan pandangannya. Semua peminat teruja dan menjerit kegilaan melihat LuHan. Dia melambai-lambai ke arah peminatnya sesekali membuat flying-kiss ke arah peminatnya dan terus masuk ke dalam, sampai ada yang pengsan akibat keterujaan yang melampau! Sungguh hebat sekali penangan yang LuHan bagi dengan peminatnya!. Berwajah kacak dengan ketinggian 185cm dan pakej tubuhnya yang amat menggiurkan. Semua di luar dewan Enyphen berteriak memanggil nama LuHan. Pengawal-pengawal di situ sibuk mengawal dengan ketat agar peminat tidak naik gila!

"LUHAN, SAYA SAYANG KAMU!"

"LUHAN, MARI KAHWIN LARI DENGAN SAYA!"

"OH TUHAN KAMU SEMAKIN KACAK!"

Teriak para peminatnya. Selain itu, nenek tua juga datang untuk bertemu dengan LuHan.

"Koff, Koff, Koff, jadilah cucu nenek sayang..."

kata nenek tua itu.

Ramai yang geli hati mendengar kata-kata nenek tua itu.

Di luar Dewan Enyphen semakin sesak dan amat bising tidak ubah seperti di pasar.

Yoo Eun Ha hanya mampu menutup telinganya menggunakan kedua tapak tangannya.

Pintu masuk dewan Enyphen telah pun dibuka untuk para peminatnya masuk ke dalam untuk sesi pertemuan bersama LuHan. Hanya yang mempunyai tiket masuk sahaja dibenarkan masuk berjumpa LuHan.

Dalam kalangan orang ramai, Yoo Eun Ha juga turut beratur masuk ke dalam dewan Enyphen.

'Eun Mi mungkin sudah gila! LuHan bukanlah siapa-siapa kalau dia tidak mempunyai wajah kacaknya! Penat sahaja aku datang ke sini! Ish, sakit kepala ini buat hal pula!.' Getus hatinya, kepalanya dari tadi sakit dan terasa mual tapi dia harus membayar semula apa yang dia sudah lakukan!.

Setelah 15 minit beratur di luar dewan Enyphen tiba giliran Yoo Eun Ha pula untuk menyerahkan tiket masuk.

"Tiket masuk..." Kata penjaga tiket itu.

"Ouh!, Ini dia tiket saya..." Eun Ha menyerahkan tiket kepada penjaga tiket di ditu.

Tetapi penjaga itu merenung Eun Ha dari atas ke bawah. Penjaga tiket itu mula curiga dengan penampilan Yoo Eun Ha kerana Eun Ha memakai skarf satin menutup sepruh rambutnya dan juga memakai kaca mata hitam.

"Awak boleh buka sebentar kaca mata hitam awak untuk keselamatan..." Penjaga yang sombong itu menyuruh Eun Ha membuka kaca matanya agar identiti Eun Ha dikenal pasti.

"Baiklah..." Eun Ha membuka kaca mata hitamnya, penjaga tiket itu terpegun sebentar melihat kecantikan Eun Ha.

"Jadi, Saya boleh masuk ke dalam...?" Soal Eun Ha.

"Erk..., Ya kamu boleh masuk..." Penjaga tiket itu tergagap-gagap menjawabnya.

Eun Ha terus meloroh masuk ke dalam dewan Enyphen itu.~

Yoo Eun Ha berdiri kaku seperti anak patung melihat wajah LuHan yang sedang senyum di depan matanya. LuHan memetik jari dan terus mematikan lamunan Eun Ha.

"Kamu okay...? Gadis cantik..." LuHan menyoal Eun ha dan juga memujinya!

Pipi Yoo Eun Ha malu kemerahan akan tetapi dia terus mengeleng kepala untuk terus sedar dari meminati LuHan kerana dia sudah punya kekasih bernama Rowoon.

"Erk..., Saya okay." Eun Ha segera menjawabnya.

"Kalau macam itu baguslah, mahu autograf di mana?"

'Ceh! belum cakap lagi dia sudah cakap nak autograf di mana, tak malu!.' Cebik hatinya.

"Autograf di sini..."

"Koof, itu kertas pajak gadai awak..."

Terbeliak mata Eun Ha apabila dia tidak sengaja memberi LuHan kertas pajak gadainya. Dia malu sangat hingga pipinya merah.

Dia terus menyimpan kertas itu ke dalam begnya.

"Minta maaf, ini dia,autograf di sini."

Situasi kekok sebentar.

"Tidak mengapa..., Kamu terlalu cantik untuk saya marah...Hahaha!." Kata LuHan bermulut manis bersama peminatnya padahal dirinya seorang yang panas baran.

"_"

"Koof, terima kasih, ini hadiah untuk awak, saya harap awak terima..." Yoo Eun Ha memberi LuHan hadiah Lolipop,kerana itu sahaja yang sempat dia beli sebentar tadi. Dia juga tidak terlalu hiraukan artis top itu kerana dia langsung tidak meminatinya.

"Lolipop ini...Terima kasih! Saya sangat sukakannya, saya akan makan Lolipop ini dan akan mengingati awak gadis cantik." LuHan seperti mengingati hal yang baik jika dia ternampak gula-gula ataupun makan gula-gula kerana ada kenangan yang dia tidak dapat lupakan tentang Lolipop itu.

Tiba-tiba, kepala Eun Ha terasa pening dan sakit yang amat. Dia sepertinya mahu termuntah.

"Hmp, Uwelk~. Oh tidak!."

Yoo Eun Ha termuntah di baju LuHan. Luhan menjegilkan matanya dan berdiri sambil menutup hidungnya.

"Ish!, Apa ini! Awak...Muntah di baju saya!"

"Saya minta maaf LuHan!, Saya tak sengaja!"

Eun Ha menggosok-gosok baju LuHan untuk membersihkan bajunya.

"Hmp, Uwelk~" Eun Ha termuntah lagi lebih parah tangan LuHan juga terkena muntah!

"Pergi sana! Awak kotorkan baju saya! Sangat jijik! Jae wook! Apa yang awak tengok lagi bersihkan baju saya dan halau perempuan ini!"

Orang ramai juga turut terkejut dengan situasi berikut dan merasa loya melihat muntah di baju LuHan.

Jae Wook dengan pantas membawa LuHan ke tandas untuk di bersihkan.

Jae Wook juga memanggil pengawal untuk menyuruh Eun Ha keluar dari tempat itu.

Yoo Eun Ha ditolak dengan kasar.

"Saya boleh berjalan sendirilah! Jauhi dari saya kalau tak saya muntah di baju awak!" Ugut Eun Ha.

Pengawak-pengawal di situ mula takut dan mencampakkan Yoo Eun Ha keluar dari dewan Enyphen.

"Huh!, Sakitnya punggung aku~, Lain kali campaklah betul-betul! Mahu patah punggung aku kamu campak!"

Semua orang di situ terkejut melihat Yoo Eun Ha dicampak keluar dari Dewan Enyphen.

"Apa yang kamu semua tengok! Kenapa? Tak pernah nampak manusia ditendang keluar kah!"

Mereka semua tidak menghiraukan Eun Ha kerena mereka fikir yang Eun Ha sudah tidak waras dan mungkin sebab itu dia dicampak keluar.

Tanpa rasa malu kerana terlalu marah, Eun Ha bingkas bangun dan mengeluarkan telefonnya dan membuat panggilan.

"Hello? Tae Min datang ambil saya dengan segera, nanti saya akan bagi awak lokasinya."

"Okay..." Jawab Tae Min dari panggilan telefon.

"Siaplah awak nanti LuHan! aku akan kerjakan awak cukup-cukup! Tapi apa yang aku makan sampai aku termuntah? Eh sekejap, bukankah makanan Eun mi yang aku makan tadi makanan laut! Aduh! aku terlupa yang aku alah dengan makanan laut!."

Yoo Eun Ha menepuk dahinya. Yoo Eun Ha sebenarnya alah kepda makanan laut dan kesannya seperti itu tadi pening dan muntah-muntah. Malangnya dia termuntah di baju dan tangan LuHan.~

15 minit kemudian, Eun Ha telah pun sampai di rumahnya dengan menumpang kereta Tae Min iaitu sepupunya, penggodam terbaik di bandar Busan.

"Terima kasih!,Kakak!" Eun Mi memeluk erat kakaknya Eun Ha dan menggoncang-goncang tubuh Eun Ha membuatkan Eun Ha berasa pening lagi.

"Sama-sama, Sudah kakak mahu berehat dan sambung tidur~."

"Okay!" Jawab Eun Mi dengan gembira sekali. Gembira kerana dapat apa yang dia inginkan selama ini. Sebuah autograf LuHan.~

Pada pukul 2 petang LuHan telahpun balik dari dewan Enyphen. Sesi pertemuan itu harus dibatalkan kerana berlaku kejadian yang tidak diingini, dimana seorang gadis tidak dikenali muntah di baju LuHan. Ramai yang kecewa dan berharap sesi pertemuan bersama LuHan akan diadakan sekali lagi. Pengurus Agensi Artis Syarikat Kelab Hiburan Indigo iaitu Miya sedang bermesyuarat untuk mengadakan sesi pertemuan bersama LuHan akan diadakan sekali lagi untuk mengaut keuntungan yang lebih besar.

Selaku pengurus peribadi LuHan, Lee Jae Wook diminta memberi keputusan kerana keputusan hanya terletak di tangan Jae Wook walaupun LuHan adalah artis. Akhirnya,keputusannya adalah sesi pertemuan bersama LuHan itu dibatalkan serta-merta dan tidak ada ulangannya kerana LuHan takut yang perkara sedemikian terjadi sekali lagi. Ramai pengurus dan staff-staff kecewa dengan keputusan itu. Tetapi keputusan itu adalah muktamad, mereka tidak berani untuk melawan.