webnovel

SEMPURNAKAH AKU UNTUKMU?

Tengku Zara Arianaa/Zara pernah digelar sebagai "Wanita pujaan hati" kerana paras rupanya, adabnya terhadap orang lebih tua dan juga mudah menarik perhatian ramai lelaki walaupun Zara masih 13 tahun. Murid contoh di sekolah. (13 tahun) Tuan Amirul Mikael/Amirul pula digelar sebagai "Lelaki Idaman" kerana paras rupanya juga.. Tidak kira dimana dia berada, perempuan mesti tertarik akan penampilannya. Adabnya pun OK. Agak mengejutkan juga sebab dia ni jenis yang tak suka bercinta waktu sekolah.. Amat tegas orangnya, tetapi manja dan penyayang (pencinta kucing) and tak pernah fall in love pada seseorang pun kerana kejadian yang pernah berlaku. (14 tahun) --------------------------------- Zara terfikir jika dia telah 'ter'jatuh hati pada Amirul.. tapi dia hanya mendiamkan diri sehingga dia bersuara. Amirul sejak sekian lama memendamkan perasaan terhadap Zara, dia terpaksa meluahkan segalanya.. segala isi hatinya kepada Zara. --------------------------------- Semestinya, mereka berdua meluahkan perasaan yang sama pada akhirnya. Adakah Si Heroin betul-betul meluahkan perasaan yang sama? ataupun perasaan yang menyakitkan hati Si Hero? *Selamat membaca!*❤

qissjwoo · Teenager
Zu wenig Bewertungen
45 Chs

Bab 19: What do you mean 'positif'?

"Zara..Are you sick?".Amirul gelisah.

"Taklah...".Zara mengesat hidungnya menggunakan tisu.

"Kalau sakit, bagitau..Nanti aku bagitau Aa dengan Yana bawa pergi klinik".Amirul berhadapan Zara.

"Takpee.. Hachoom!".Errr rimasnyaa..

"Ha tulah! Taknak dengar cakap orang lagi!".Amirul marah.

"Boleh tak jangan jaga aku? Aku pandai jaga dirilah!".Zara menggosok kepalanya.

"Pandai-pandai kau jaga diri.. Kalau kau jatuh pengsan ke..Aku taknak tolong,ok?".Amirul memegang tombol pintu.

"Pergi jelah....".Zara mendengus.

Tiba tiba Zara terjatuh..Amirul terus berlari kearah Zara.

"Zara? Zara? Tulahh kan aku cakap!".Amirul mengangkat Zara seperti hero menyelamatkan heroin.. Ecehh

"Ma ! Pa ! Tolong!!!".Amirul mendapatkan bantuan.

Semua yang berada diluar menuju ke chalet keluarga Zara.

"Ya Allah.. Kenapa ni?".Pakwang menggelengkan kepala.. Dia menolong Amirul untuk membawa Zara kedalam kereta.

"Tak tahu.. Dia batuk dengan selsema teruk..Badan dia panas sangat..Cirit birit ada..Tadi baru dia muntah dengan sesak nafas..".Untie Iman (Mama Zara) terus menangis, Papa Zara menenangkan Mama Zara.

"Kenapa macam ni? Dia tak bagitau pun yang dia.......".Mama Zara tidak dapat menyambung ayatnya.

"Awak jangan cakap macam tu..". Kata Papa Zara.

"Bawa dia pergi hospital! Mirul, Aa, Yana,pergi ikut! Iman, Ilham (nama papa Zara) pergi sekali bawa Danish".Arah Cik Jai.

"Ok-ok.. Yana, tolong aku bawa pakaian Zara".Tanya Kak Aa, Kak Yana mengangguk cemas.

Di Hospital..

"Aku takutlah Yana...".Kak Aa kehulur hilir.

"Kau kena sabar..Bukan kau je yang takut, semua tengah tunggu keputusan doktor".Kak Yana menggosok bahu Kak Yana.

"Ni semua salah aku...".Amirul tiba-tiba bersuara.

Kak Aa dengan Kak Yana memandangnya.

"Kenapa salah kau pulak?".Tanya Kak Aa.

"Aku yang nak pergi tinggalkan dia dalam chalet sorang-sorang..Tapi aku risaukan dia.. Aku tak boleh tengok dia sakit....Masa aku pengang tombol pintu dia terus pengsan..".

" (menangis)...Aku taknak kehilangan dia..".Kak Aa dan Kak Yana memandangnya sekali lagi dengan muka penuh terkejut.

"K....Kau t... Kau suka dia ke, Mirul?".Kak Yana gagap.

"Tak penting.....".Kata Amirul.

"Jujur sajalah..".Kak Aa 'ingin tahu'..

"Panjang lah cerita dia".Kata Amirul.

"Pendekkan lah, kau harap je muka pandai tapi otak lepas pandang Zara.. Pandai terus hilang".Kak Yana menggeleng.

"Eh eh eh kau nii.. Sekurang-kurangnya, Zara tu tak merimaskan macam kau!".Amirul geram.

"Sedar sikit sapa lagi tua..Kau ke aku? Aku merimaskan? Cermin diri, tau?".Kak Yana tergelak kecil.

"Ok.. Kau lagi tua..Dah bongkok tiga dah".Amirul menjelirkan lidah..Comell.

"Dah dah latuh..Kita kat hospital tau..Zara kena tahan wad.. Korang pulak bergaduh, rimaslah.. Yana, kau mengalah jelah dengan Mirul tu, dia tu lagi muda..Mirul, kau pun sama..".Kak Aa memberi peringatan.

"Fine.. Ok, Sorry".Amirul dan Kak Yana berkata serentak.

"Kan bagus macam tuu..".Kak Aa lega.

"Boleh saya tahu adik-adik ni siapa?".Seorang doktor keluar dari satu bilik rawatan. Nampak baik.

"Saya Tuan Amirul, ini saudara saya, Aa dengan Yana..Kami sedang tunggu adik saudara kami..Zara".Kata Amirul dengan sopan sekali.

"Oh Zara ye? Saya Doktor Rizuan, doktor yang rawat Zara".Kata Doktor Rizuan.

"Boleh saya tahu keadaan Zara macam mana, doktor?".Tanya Kak Yana.

"Ha ye, sebenarnya Zara...........".