webnovel

Bab 9 : Kerambit Alam 1523

Obor dinyalakan dipenjuru gelanggang. Apinya berombak-ombak ditiup angin malam. kelihatan jelaga pekat berwarna hitam berterbangan di udara. sekali imbas seakan bayangan gadis-gadis sedang menari di angkasa.

Pak Jentayu melontar beberapa genggam kemenyan ke dalam unggun api di tengah gelanggang. Baunya yang menusuk membangkitkan tenaga mistik. Percikan api yang terhasil dari tindakbalas kimia antara kemenyan dan haba menyebabkan ia meletop-letop seperti bunga api kecil. Setelah berpuashati, Pak Jentayu memanggil kedua-dua anak muridnya untuk duduk berhampiran unggun api tadi.

"Jika kamu berdua benar-benar telah menguasai jurus alam yang aku turunkan, pasti kepanasan api marak ini tidak mampu mengganggu konsentrasi kamu," jelas mahaguru itu dengan tegas.

"Bersedialah merebut Kerambit Alam yang bakal muncul bersama tuan lamanya. tundukkan dia agar sempurna ilmu di dada." Berakhir sahaja kata-kata Pak Jentayu, asap yang berkepul-kepul tadi mula membentuk satu makhluk yang besar sambil memegang kerambit gergasi. Tingginya sahaja sudah 10 depa. taring serta kukunya sudah seperti sebilah pedang. tajam dan panjang.

Patih Jaga yang berada di sisi kiri membuka buah silat dengan kukuh. Kekudanya dipasang sempurna. Wajahnya juga kelihatan tenang dan bersedia. Aduka yang hanya berdiri tegak, menarik nafas agak dalam. Segala tenaga yang diserap dari alam kelihatan bercahaya di tubuhnya. Serentak itu juga dia menoleh ke arah Patih Jaga lantas mereka berdua menganggukkan kepala tanda bersedia. Mata mereka merenung tajam makhluk Berbaduk yang semakin menghampiri.

Kira-kira 2000 tahun yang lalu, makhluk Berbaduk menguasai persisiran sungai Tengas di hujung wilayah Parpot. Biarpun tentera Modèra telah menjajah ibu kota Parpot, kawasan sungai Tengas begitu kebal untuk ditawan. Kepungan batu kota yang menyerupai kulit buaya itu ternyata sukar untuk ditembusi. Ditambah pula makhluk Berbaduk yang besar serta gagah enggan menyerah kalah. Mereka bermati-matian mempertahankan kawasan mereka dari dicerobohi tentera Modèra.

Dikalangan makhluk ganas menyerupai reptilia itu, ada seekor yang digelar Kerambit Alam. Kekuatannya menewaskan setiap musuh menjadikan diri ya seorang ketua yang disegani. Biarpun bertubi-tubi diserang, dia dan pengikutnya berjaya menyerap serangan dengan sempurna. Tentera Modèra yang semakin terkesan dengan situasi itu terpaksa membatalkan niat untuk menghalau makhluk tersebut. Maka kekallah makhluk tersebut di persisiran sungai sehingga suatu ketika. Sehinggalah pada 300 tahun yang mendatang, mereka dikatakan tiba-tiba lenyap dari muka bumi. Namun ada mitos yang menyatakan bahawa mereka telah diserang oleh seorang pahlawan yang gagah demi merampas senjata berkuasa iaitu Kerambit Alam.

Kini giliran Aduka serta Patih Jaga pula untuk merampasnya kembali dari makhluk Berbaduk. Maka pertarungan pun bermula.

*************************

Andak Pesaka yang menonton pertarunga. itu hanya mencebikkan bibirnya. Terlalu bersahaja bentaknya. Ayah terlalu berlembut dengan mereka berdua. Berbeza sewaktu melatihnya dahulu. Malah sewaktu menentang Berbaduk yang sama, ayah telah menyeru saiz raksasa yang lebih besar dan kuat. Lantas ia menggagalkan niatnya untuk menewaskan makhluk hebat tersebut. Setelah diberi peluang sebanyak tiga kali, barulah dia berjaya merampas Kerambit Alam.

Melihat akan sukarnya Aduka serta Patih Jaga menumpaskan lawan, membuatkan Andak Pesaka turut terpanggil ke gelanggang. Dia memohon izin dari ayahnya untuk mempersembahkan keupayaannya. Maka secara rasminya persaingan merebut Kerambit Alam yang berwarna hijau itu telah menjadi tiga penjuru. Beberapa jam kemudian tinggal hanya Aduka dan Andak Pesaka sahaja yang masih mampu berdiri. Patih Jaga telah terkeluar dari gelanggang dek kerana kelekaannya menangkis kilasan dari buah pukul Berbaduk. Habis mukanya dipenuhi calar balar serta luka.

Mereka bukan sahaja perlu tangkas mengelak serangan Berbaduk, malah mereka turut terpaksa menentang sesama sendiri demi merebut senjata mistik yang terselit di pinggang makhluk itu. Sedikit kesilapan dari Andak Pesaka telah memberi peluang untuk Aduka menerpa ke sisi kiri Berbaduk lalu menggapai kerambit yang diingini. Serentak dengan itu, makhluk Berbaduk tadi terus ghaib.