webnovel

RATU HATI CIK ABANG

Qalisya Amani, seorang guru manis dengan perwatakan ceria yang bukan sahaja menarik minat para pelajar malah juga dikalangan guru lelaki. Namun berbeza pula layanan yang dia terima daripada Haniff Mikail,seorang guru matematik yang baru bertukar ke sekolah Qalisya Amani bertugas. ~~ " hai! Cikgu Haniff kan? " -Qalisya "hurm. "-Haniff "awak ada emas dalam mulut ke?" -Qalisya "saya nampak macam murid awak ke yang perlu jawab soalan awak? Heh? " -Haniff ~~~ Layanan dingin yang diberi Haniff Mikail telah membuatkan Qalisya Amani bertekad untuk memikat hati jejaka berhati dingin itu, Namun berjayakah misi sang gadis? Mampukan si batu dingin mencair? P/s: penulisan masih celaru, hehe

Orkid_putih01 · Urban
Zu wenig Bewertungen
40 Chs

bab12

    Haniff memasuki ruang parkir sebuah pusat membeli belah.

Aku hanya memandang kosong, malas hendak bertanya,bukannya dia nak bagitahu, kedekut, cukup pakej mamat ni, kejung, kedekut,keras kepala, cukup 3K!!. Takut kaki kencing je.

Haniff memandang aku sekilas lalu tersenyum nipis sambil menggelengkan kepala.

"why?" soalku sinis.

"nothing Miss Alisya,"ucapnya  sambil tersenyum.

Heh! Yeye je air batu ni, bukan boleh percaya, entah-entah tengah mengumpat aku dalam hati tu..tapi, kalau sorang-sorang, kira mengumpat juga ke?

***

Setelah pusing dua tiga kali di ruangan parking ini, akhirnya jumpa satu tapak yang kosong, ikutkan hati mahu saja aku ajak dia ni balik, hujung minggukan, memang ramailah yang keluar, hurnm.

"dah jom" ujar Haniff

Kami berjalan beriringan menuju ke pintu masuk, entah macam mana, terasa bahagian belakang aku ditarik kasar hingga aku tertarik ke belakang.

Lalu sebuah kereta melintas di hadapan aku, bulat mata aku memandang kereta yang entah datang dari mana.

"hati-hati sikit jalan tu" ujar Haniff bersama wajah tanpa riak.

"tapi ni tempat parking kot, mana boleh bawa laju!" balas aku tidak puas hati.

"kita tak tahu yang bawa tu orang ke bukan" ucap Haniff lagi.

"hurm? Maksud awak?" soal aku hairan.

Apa yang dia sampaikan sebenarnya? Nak cakap tu hantu ke apa? Siang-siang hantu muncul? Dasar Aneh!

Haniff memandang aku sekilas lalu menggelengkan kepalanya.

Haish tak faham betul aku air batu ni, suka sangat tambah tanda soal dalam otak aku ni, memang padan lah jadi cikgu math , complecated!

"awak nak buat apa dekat sini?" soal aku kepada Haniff.

"makan." jawabnya ringkas.

"hah? Makan? Ada je kan kedai makn dekat tempat lain, tak payah nak bersesak dekat mall cari parking.." ucapku tidak puas hati.

"kedai yang saya nak makan dalam mall ni, bukan dekat luar." balas Haniff sinis.

Eh eh dia ni, main kasar pula, asyik cari gaduh je, besar besar je aku tengok air batu ni.

Sampai di tingkat dua, Haniff berjalan menuju ke sebuah kedai yang menjual makanan thai,

" Assalamualaikum Kak Nur," sapa Haniff kepada seorang wanita yang dilihat tidaklah terlalu tua, dia mungkin 1 atau 2 tahun sahaja tua dari Haniff. Wanita yang mempunyai raut wajah yang lembut serta penampilan sopan ini lebih membuatkan dia terlihat muda, kalau Haniff tak panggil akak, mungkin boleh saja aku ingat mereka sebaya.

"eh wakalaikumsalam, bila sampai Ail? Lama tak singgah, tiba-tiba je muncul ni," ucap Kak Nur mesra.

" alah kak, Ail baru je pindah sini balik, tu yang datang ni, rindulah masakan akak, tak dapat dah kat tempat lain," ujar Haniff sambil mengukir senyuman.

Mereka terlihat sungguh akrab, mungkin Kak Nur ni kakak dia kot, hurm, kau ni Alisya ada je otak kau nak bercambah fikir fasal air batu ni.

"tu, siapa? Kawan special eh" soal Kak Nur sambil memandangku bersama senyuman.

"eh, lupa pula, ni Alisya kawan sekerja Ail," jelas Hanif.

"alah Ail, kalau special pun, tak apa, Ail berhak cari kebahagian, jangan hukum diri yang tak bersalah tu," ucap Kak Nur lembut.

Entah kata-kata Kak Nur ta mampu untuk aku tafsir dan hadam, apa yang Kak Nur maksudkan? Hurmm.

" tak ada apalah kak, Ail ok je lah," ucap Haniff sambil tersenyum nipis.

" haa yelah, ni kamu nak makan apa? Macam biasa ke?" tanya Kak Nur kepada Haniff.

" aah kak, bagi dua, nak bagi Alisya rasa sekali, " ucap Haniff sambil mengerling ke arah aku.

"bereh." balas Kak Nur.

"jom kita duduk," ajak Haniff.

***

Aku memandang wajah Haniff yang sedang leka melihat skrin telefon pintarnya,

Dalam fikiran aku memang banya soalan yang hendak aku tanya, tapi seram juga, buatnya dia marah aku macam semalam dalam kedai ni, malu aku..

"yes Miss Alisya, awak nak tanya apa, dah macam kera kena belacan je saya tengok., tell me, apa yang awak fikir tu?" soal Haniff dengan nada maskulin.

Eh eh dia ni, sesedap mulut dia je guna peribahasa kera-kera dengan aku, aku cili kang bibir pink dia tu, biar terus jadi merah menyala, baru tahu langit tinggi rendah.

"ehem, marah sangat tu, sampai bercantum kening awak, hahaha" sambunya lagi seraya ketawa.

"apa?!" ucapku kasar.

"come on, tell me.. Saya dalam mood baik ni," ujar Haniff lembut.

"herm,..apa motif sebenar awak bawa saya dekat sini?" soal aku jujur.

"aaa i see tu je yang awak fikir? Ingat apa lah sampai gelisah sangat, ok, saya bawa awak datang sini untuk makan lah, sebagai tanda minta maaf sekali sebab tinggikan suara semalam." terang Haniff bersahaja.

"ooo.. But why makan?" soal aku hairan.

"erk, perempuan kan suka makan, lagipun, tengok cara awak ni, saya tahu awak kuat makan." kata Haniff sambil merenung aku dari atas ke bawah.

"what huh? Awak nak cakap saya gemuk ke?" soal aku dingin.

" ermm well.."ucap Haniff sambil tersenyum jahat.

Aku memandang Haniff tajam ,dia cakap aku gemuk? BMI aku overweight pun tak cecah, jauh lagi! Dia cakap aku gemuk?!!! Kurang betul mamat ni!!!!.

"ok-ok saya gurau jelah" ucap Haniff lalu mengangkat kedua -dua belah tangannya sebagai tanda mengangkat bendera putih.

Sejak bila pula pakcik ni pandai bergurau? Or..dia dah cair? mission complete dah ke eh? Hurmm

" oh ya,saya tahu yang awak nak tanya fasal apa yang Kak Nur cakap tadi,erm, yang tu personal thing awak buat tak dengar je lah." ucap Haniff lalu terseyum nipis.

****

Tak lama kemudian, Kak Nur datang membawa pesanan Hanifd sebentar tadi, dua mangkuk kuetiau sup, aroma kuah sup ini, sungguh buat siapa saja yang terhidunya terus berasa lapar. Bau pun dah sedap, apakan pula rasanya,hihi

" nak order apa-apa lagi tak? Akak belanja," tanya Kak Nur kepadaku.

"ermm, nak somtam lah, macam sedap je," ucap aku sambil tersengih.

Tapi yang peliknya, reaksi Kak Nur kelihatan tidak selesa, begitu juga Haniff yang terdiam selepas mendengar perkataan somtam.

Kenapa? Soal aku aku hairan di dalam benak fikiranku.

" erm, tak nak order benda lain ke?" soal Kak Nur bersama senyuman yang kurang selesa sambil matanya memandang Haniff.

"buatkan lah untuk Alisya kak, " ucap Haniff bersama senyuman kelat.

Aku dapat melihat, mata Haniff bertukar mendung, bagaikan bakal ada ribut dan hujan lebat yang akan hadir. Bingung aku melihat situasi ini, kalau tak selasa nak buat somtam, kenapa letakkan dalam menu? Hurmm ..aneh..

****

Selesai sahaja makan, aku mandang Haniff yang banyak diam lepas kisah somtam tadi. Kenapa dengan dia ni? Detak hati aku..

"awak ada nak pergi mana-mana lagi tak?" soal aku kepada Haniff.

"jom kita pergi kedai buku," ajak Haniff ceria,.

Eh ceria pula? Aduhh, pening!

"okey." setuju aku tanpa banya bicara.

Aku ada melihat, buku-buku latih tubi yang boleh aku beli sebagai bahan untuk anak-anak murid aku di sekolah, yelah akaun ni pun macam matematik juga, kena banyak latihan kalau tak mana nak ingat format dan cara  penyelesaiannya.

Haniff dari tadi menghilang, dia ajak, dia yang hilang, entah maca mana, mata aku tertangkap pasa satu susuk tinggi lampai di satu sudut yang berlabel 'CINTA' . Tidak silap aku tu, sudut novel cinta, aik, tak kan si beky dingin cari bahan bacaan macam tu?

"uit.. Awak baca novel cinta?" sapaku kepada Haniff yang sedang leka membelek subuah novel cinta.

"erm, saya tak baca, tapi novel-novel macam ni, buatkan saya teringat pada dia." ucapnya lembut, namun sayu.

" Dia? Mira?" opps laju je soalan tu keluar dari mulut aku, kau ni Alisya memamg mulut tak ada insurans lah,menyibuk je..

Aku menampar-nampar bibirku, hati kecil aku dah bergetar takut lah ais batu ni, tiba-tiba bertukar jadi ais kering kejap lagi, tak ke cari nahas nanti!.

Haniff tersenyum, sambill menggelengkan kepalanya.

"dahla, jom balik Miss Alisya," ucap Haniff sambil tersenyum manis.

Eh dia ni, permurah betul dengan senyuman, kena kencing manis je lepas dudul rumah umi? Rasanya makanan yang umi hidang tak adalah makanan manis sangat pun, ke kena sampuk? Haish kau ni Alisya merapu je.

***

Baru sahaja kaki aku ingin melangkah, menaiki anak tangga untuk pulang ke rumah, Haniff memanggil aku.

"ermm, Alisya," serunya.

"herm?" soalku seraya berpaling ke arahnya

"thanks, take care and jumpa esok," ucapnya, lalu terseyum hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

Lalu dia berjalan menuju ke rumahnya.

Jantung aku saat ini bagaikan terkena renjatan elektrik, eh eh, terkedu,terpaku, namun laju.

***

" Sayang.. Awak bahagia? Awak lupakan saya?"

"Kejam!!"

"Mira!!"

BERSAMBUNG..

P/s: hai semua!! Bertemu kembali!! Harap this chap ok lah ye, enjoy reading semua, jgn lupa, vote, komen byk2 tau, rindu nak baca komen korang, and jgn lupa share!! Syg smua!! Jmp next week!