webnovel

Bab 21

"Maaf Mentari…kali ni, abah tak boleh bermain dengan kamu… abah ada urusan kerja yang perlu diselesaikan diluar kawasan. Abah datang ni pun sekadar untuk menjenguk kamu dan mengkhabarkan pemergian abah ini saja…?!?!" terangnya lagi sebelum ayatnya terhenti apabila melihatkan kelibat Kiambang muncul dimuka pintu rumah.

"Kanda hendak pergi lagi?"

"Kiambang."dia mula menundukkan wajahnya dari Kiambang dengan perasaan serba salah sebelum duduk kembali di tangga tadi; kali ini dengan Mentari setia disisi.

"Kenapa tak singgah lebih lama…atau, bermalam disini saja malam ini? Hari pun sudah mulai petang…bahaya kalau kanda ingin meneruskan perjalanan." Saran Kiambang; ternyata dia rasa berat hati untuk melepaskan lelaki itu pergi.

"Ya! Bermalamlah disini, abah! Mentari nak tidur dengan abah malam ni, boleh?" sokong Mentari pula dengan nada beriya; dia tampak teruja dengan cadangan ibunya itu.

"…" dari menjawab, Merah hanya tersenyum sambil mengusap kepala kanak-kanak lelaki yang telah dianggapnya sebagai darah dagingnya sendiri sejak lahir dulu.

"Abah?" Mentari menelengkan kepalanya dengan perasaan keliru.

"Maafkan abah, nak…abah tak boleh bertindak sebegitu…maaf, Kiambang…kanda betul-betul perlu pergi… rombongan kanda telah pun menunggu di pintu keluar Kota bersedia untuk bergerak ke pelabuhan negeri. Kami akan bertolak malam ni." Perlahan omongan lelaki itu; bagai cuba memujuk anak angkatnya itu supaya faham akan keadaannya waktu itu.

"…tak mengapalah kalau begitu, kanda… Kiambang relakan. Asalkan kanda berjanji untuk sentiasa menjaga diri dan mengingat kami disini, Kiambang doakan keselamatan kanda disana sentiasa." Sahut Kiambang pula dengan nada perlahan; sebaris senyuman kelat dilayangkan kepada lelaki itu sebelum dia kembali tunduk.

"Merah… perlukah kau pergi?" giliran nek Yong pula mencelah.

"Nek… ini arahan dari baginda…tak mungkin Merah boleh ingkar… Merah minta supaya nenek tepati sumpah yang pernah nenek buat dulu…dan jagakan Kiambang dan Mentari untuk Merah. Andai kata…"

"?" kata-kata Merah yang terhenti secara tiba-tiba tadi menarik perhatian mereka bertiga padanya lagi.

"Andai kata Merah tak pulang lagi selepas ini, jagakan mereka seperti nyawa nenek sendiri."

"Aku faham."

"Kanda, mengapa berbicara sebegitu? Tugas apa yang di berikan pada kanda sebenarnya? Apa yang Sultan titahkan pada kanda?" ternyata Kiambang jadi resah mendengar apa yang dikatakan Merah tadi.

"Jangan risau, Kiambang…kanda akan baik-baik saja…"

"…tapi…" Kiambang menundukkan pandangannya dengan perasaan tak selesa; ternyata dia makin khuatir dengan nada yang keluar dari mulut lelaki yang banyak berjasa padanya itu selama ini.

"Ibu, percayakan abah…Mentari yakin, abah akan pulang nanti untuk bertemu dengan kita lagi, kan; abah?" melihatkan reaksi diwajah ibunya, Mentari mula bersuara selari lengan Merah masih dipeluknya sejak tadi.

"Ya, Mentari…abah akan kembali. Kanda akan kembali, Kiambang." Sekali lagi dia mengalihkan pandangan pada Kiambang dan budak lelaki itu untuk memberikan kepastian; moga dapat melenyapkan perasaan keraguan wanita itu tadi.

"…" dari menjawab, Kiambang masih membatukan diri tanpa sebarang reaksi diwajahnya.

"Jangan risau, abah…Mentari ada untuk bantu nenek jagakan ibu nanti…Mentari kan kuat…abah sendiri yang kata, bukan? Lagipun, bukankah abah dah mengajar Mentari cara-cara mempertahankan diri sebelum ini?" kata Mentari lagi selari menunjuk lagak seperti pesserta bina badan cuba membuktikan dia seorang yang gagah.

"Yalah… kalau kamu dah cakap macam tu…lega abah nak tinggalkan kamu untuk pergi bertugas… abah bergerak dulu, ya? Nek…Kiambang?" Merah mula bangun dari situ sebelum berpaling untuk bersalam dengan mereka bertiga selari Mentari masih memeluknya dipinggang.

"Ya…"

"Cepat pulang abah!" seru Mentari dengan senyuman lebar sebelum akhirnya melepaskan pelukkannya tadi.

"Baik-baik, Merah…" giliran nenektua itu pula bersuara sambil disalamnya Merah.

"Jaga diri, kanda." Kiambang mengomel perlahan selari memberikan pandangan penuh makna.

"…." Sebaris senyuman kelat dilayangkan kepada mereka yang berharga pada dirinya itu sebelum berpaling untuk melangkah pergi dari kawasan itu memasuki hutan tebal menuju ke bahagian luar.

'Aku harap kau jaga diri, Kiambang…' perlahan detik hatinya selari langkahnya mula terasa berat.

Ternyata perasaan tak sedap hati yang dirasainya sejak hari itu ada benarnya apabila rombongan Merah yang dijangka pulang beberapa bulan setelah itu tidak pernah pulang dan teru hilang tanpa kesan.

2 tahun kemudian;

"Abah!"

"Mentari, kenapa ni; nak? Kamu mengigau lagi?"

"Ibu…Mentari mimpikan abah tadi; bu…abah…"

"…" Kiambang terdiam mendengarkan ayat yang keluar dari mulut anaknya itu.

"Mentari, abah kamu dah lama…menghilang…tak mungkin…" Nek Yong mula bersuara dari sisi Kiambang.

"Mentari, itu hanyalah mainan tidur…kamu tidurlah balik, ya; sayang?" pujuk ibunya pula.

"..tapi, bu…abah…"

"Tidur dulu, Mentari…"

"Dengar kata ibumu itu, Mentari…tidurlah…"

"Baik…" walaupun masih tersimpan perasaan tak puas hati, dia tetap akur akan arahan kedua ibu dan neneknya itu; kembali berbaring di tempat berbaringan dan ula memejamkan mata.

'Aku tahu ada yang tak kena dengan kehilangan abah ni…tak mungkin abah boleh hilang begitu saja.' Detik hati kanak-kanak itu selari mula menyimpan hasrat lain.

"Mentari? Mentari! Kemana kau, nak? Mentari! Nek, Mentari hilang; nek! Nek!"

"Iya! Aku datang ni…kenapa bising-bising ni, Kiambang?"

"Mentari, nek! Anak Kiambang dah hilang, nek! Nek! Mentari dah hilang, nek!"

"Hilang? Sudah…kemana pula budak ni dah pergi? Mungkin dia hanya keluar bermain?"

"Tak , nek…dari pagi tadi Kiambang tak nampak langsung dia di luar tu…lepas subuh tadi, Kiambang tak masuk bilik langsung sampai baru ni..ingat nak kejutkan dia. Tiba-tiba…dia dah hilang…macam mana ni, nek?"

"Bawa bertenang, Kiambang…nek yakin; dia takkan jauh dari sini…"

"Jom kita pergi cari!"

"Kiambang, tunggu!" belum sempat wanita tua itu ingin menghentikan Kiambang dari meluru ke luar, dia telah pun hilang dari ruangan bilik kecil tadi.

Tak jauh dari pondok Nek Yong;

"Tak mengapakan kalau aku tinggalkan ibu dengan nenek dipondok tu untuk mencari abah? Aku harap, ibu takkan risaukan aku sangat…" omelnya selari kakinya masih melangkah laju menuju ke ruangan paling dala hutan.

'Di mana dan bagaimana aku nak cari abah, ya? Aku sendiri pun tak pernah keluar dari hutan tebal ni…tapi…. Abah pernah cerita pada aku perihal kerjanya di kota…mungkin aku patut mula dari situ…' katanya dalam hati selari terhenti di bawah sepohon poko hutan yang kelihatannya tinggi melangit.

"Ko…ta… seingat aku…arah ke kota…ah! Sini! Aku masih ingat lagi pokok besar yang dilintasi abah setiap kali dia perlu ke kota untuk bertugas. Nasib baik jugalah aku suka mengintip abah keluar dari sini dulu…" Katanya dengan sebaris senyuman puas sebelum mula melangkah lagi dengan yakin.