Semasa wanita misteri itu melambaikan tangannya, satu taufan hijau besar di langit meluru ke arah Singa Berkepak Ametis itu dengan tidak terkawal, membawa satu angin yang meraung dengan cemas.
Di kawasan yang dilalui taufan itu, hutan di tanah itu menjadi hancur, menukarkan tempat itu menjadi tanah berwarna kuning dan banyak Raksasa Bermagik berlari ke sana-sini.
Dengan perlindungan Yao Lao, Xiao Yan bernasib baik tidak ditiup angin tersebut. Tangan dia memegang dahan pokok sambil memandang hutan yang telah berselerak itu. Dia menelan air liurnya.
"Hmph!" Melihat taufan yang berputar itu menghampiri, mulut Singa Berkepak Ametis mengeluarkan dengusan kuat. Ia mengibas kepaknya dan 20 hingga 30 kaki tiang api keunguan itu dihembus ke luar dan bertembung dengan taufan tersebut.
Dua objek besar itu bertembung di udara. Pada waktu mereka bertembung, kesunyian mengisi udara.
"Bang!" Satu bunyi petir meletup di langit cerah itu.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com