webnovel

Astaka Maharaja Hitam

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Xiao Yan menghembus nafas lembut selepas berjalan keluar dari Rumah Seribu Ubat. Dia meneliti aliran manusia yang keluar masuk. Dia menoleh memandang Doktor Pari-Pari di tepi dan ketawa. "Nampaknya kita tidak sia-sia datang ke sini. Sungguh tidak dijangka kita mampu memperolehi beberapa khabar tentang Air Liur Transformasi Badan Bodhisattva di sini."

Doktor Pari-Pari tersengih. Hatinya juga sedikit teruja. Daripada tiga syarat keperluan untuk mengawal Badan Racun Kedukaan, Air Liur Transformasi Badan Bodhisattva paling sukar dicari. Kini, mereka telah mampu memperolehi beberapa informasi tentangnya di tempat ini. Jika mereka memperolehinya semasa sesi lelongan, tidak lama lagi mereka boleh mengawal Badan Racun Kedukaan.

"Bagaimanapun, bukan senang untuk memperolehi Air Liur Transformasi Badan Bodhisattva di acara lelong ini." Doktor Pari-Pari teringat kata-kata Tuan Yan tadi sebelum dia mengerut dahi dan mengeluh.

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com