Semua orang tiba-tiba hilang kawalan. Itu kesilapan yang dah dijangkakan.
Sesetengah daripada mereka masih tak pasti apa yang dah berlaku sehinggalah Chen Mian menjerit untuk ulang semula.
Lebih-lebih lagi Chen Hanchen, impak yang dirasakannya lebih kuat kerana dialah orang yang paling dekat dengan Ning Xi tadi.
Sejujurnya, Chen Hanchen mengaku Ning Xi berlakon sebagai lelaki dengan baik tapi dia tak sangka Ning Xi akan curi perhatian semua orang. Semasa mereka muncul bersama-sama tadi, semua orang masih memandang Chen Hanchen.
Tapi, apabila Ning Xi tersenyum dan memandangnya, aura di sekitar Ning Xi berubah dan semua orang tak dapat mengalihkan pandangan mereka daripada gadis itu.
Macam mana boleh jadi begini?
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com