webnovel

Tiada Teman Wanita Tapi Ada Teman Lelaki

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Pada ketika itu, hanya bunyi sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan sahaja kedengaran. Semua orang seolah-olah berhenti bernafas.

Lu Jingli terkejut dan memuntahkan semula arak yang dia minum. Minyak yang Zhuang Keer pegang pula jatuh ke lantai dan pecah. Mulut Si Qiao Besar terlopong manakala Si Qiao Kecil betul-betul terkejut.

Orang yang lebih terkejut daripada Si Qiao Kecil adalah Ning Xi sendiri.

Apa ni?!

Apa yang Syaitan ni buat?!

Sebelum Ning Xi jadi lebih terkejut, Lu Tingxiao mengalih bibirnya daripada bibir Ning Xi dengan perlahan-lahan. Tapi, dia masih merangkul pinggang Ning Xi seolah-olah mengisytiharkan Ning Xi miliknya. Dia beri pandangan tajam kepada Si Qiao Kecil yang tergamam dan bertanya dengan suara yang dalam, "Ada apa-apa masalah lagi?"

Si Qiao Kecil asyik tanya Ning Xi kenapa dia tak dipilih. Sekarang, Si Qiao Kecil menggeleng kepalanya dengan laju. 

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com