Yan Ruyi leka melihat Si Cilik berbual dengan Ning Xi. Selepas itu, dia saling berpandangan dengan Lu Chongshan. Ada rasa gembira dan bangga yang mekar di hati mereka berdua.
Mereka bertanya kepada Qin Mufeng tentang keadaan Si Cilik. Lelaki itu mengatakan yang keadaan Si Cilik sudah semakin baik sekarang, tetapi kanak-kanak itu mungkin hanya akan bercakap dengan orang yang dia rasa selamat.
Sayangnya, dulu mereka telah memilih cara yang agak keterlaluan untuk membantu Si Cilik. Jadi, sekarang cucu tunggal mereka itu sudah tidak lagi percaya kepada mereka.
Yan Ruyi mendekati mereka dan bertanya, "Tingxiao, kamu semua nak masak sendiri ke lauk untuk makan malam nanti?"
"Kerja rumah Si Cilik hari ni adalah memasak dengan ibu bapanya," jawab Lu Tingxiao.
Yan Ruyi mengangguk. "Ohh! Itu sebuah kerja rumah yang sangat bermakna! Kamu rasa kami mengganggu ke kalau kami tolong kamu masak?"
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com