webnovel

Satu Lagi Bekas Teman Lelaki

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Adakah kamu berjaya mengetahui identiti mereka?" Wajah Lu Tingxiao ibarat seperti mahu terus membunuh jika dia tahu siapa mereka itu.

Lu Jingli mengetuk meja sambil menjawab, "Inilah apa yang saya mahu beritahu. Walaupun dengan rangkaian perisikan saya, saya masih tidak dapat mencari identiti kedua-dua orang itu. Nampaknya, kita hanya boleh menunggu tindakan mereka yang seterusnya untuk mencuba lagi."

Namun, Raja Segala Syaitan kelihatan seperti dia mahu membunuh orang sekarang juga. Adakah dia boleh menunggu sehingga kedua-dua orang itu mengorak langkah seterusnya?

Lu Tingxiao dengan segera membuat satu panggilan telefon, dan berkata dalam nada yang dingin seperti angin sejuk yang datang dari kutub utara, "Cheng feng, tolong siasat latar belakang dua orang."

Lu Jingli amat terkejut. "Wow, kamu sampai guna Jin Yi Wei1 kamu!"

Rangkaian gosipnya tidak dapat dibandingkan dengan rangkaian risikan abangnya, yang mana boleh menggali semua latar belakang dan rahsia seseorang, walau sekecil-kecil petunjuk yang diberikan.

"Abang, bukan saya sudah beritahu. Masa silam Ning Xi tidak mudah. Kamu percaya saya sekarang? Saya rasa kamu patut pesan sekali pada Cheng Feng untuk turut menyiasat latar belakang Ning Xi!" Lu Jingli memberi cadangan penuh makna.

"Tak perlu." Semua orang ada masa silam yang perlu dirahsiakan. Dia tidak mahu sentuh apa saja yang wanita itu tidak mahu bangkitkan. Sekiranya dia mahu menceritakan kepadanya, dia akan berbuat demikian.

Sesi penggambaran berakhir pada pukul enam petang.

Babak utama hari ini semua melibatkan watak utama hero dan heroin. Tidak banyak penggambaran Ning Xi dalam babak hari ini, tetapi dia masih perlu muncul dalam babak tersebut, dan berlakon seperti pasu sepanjang harinya.

Berlakon sebagai pasu juga amat memenatkan. Dia terasa lehernya hampir patah dek kostum yang berat itu. Tubuhnya juga mula dipenuhi ruam.

Selepas menukar pakaian dan menanggalkan solekannya, dia memakai topeng sebelum bersedia menaiki kereta api bawah tanah.

Dia masih belum terkenal lagi, jadi tiada sesiapa pun akan mengenalinya. Lebih mudah untuk mengambil kereta api bawah tanah, lagipun dia tidak perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.

Apabila dia berjalan ke arah stesen, tiba-tiba sebuah kereta hitam Maserati berhenti di sebelahnya.

Tingkap kereta diturunkan dan Su Yan menjenguk keluar dan senyum padanya. "Xiao Xi, biar saya hantar kamu pulang ke rumah!"

Ning Xi, "…"

Bekas teman lelaki…

Kenapa ada satu lagi bekas teman lelaki…

Kenapa mereka tidak boleh membiarkan dia untuk sedikit kesunyian dan ketenangan?

"Tak perlu." Ning Xi berjalan terus, tidak ingin melihat wajahnya yang menjijikkan.

Namun, Su Yan enggan beredar dan terus memandu perlahan-lahan di sebelahnya sambil bertanya, "Xiao Xi, boleh kita bercakap?"

Ning Xi mengejek, "Apa lagi untuk dibincangkan? Kamu tak perasan sudah banyak skandal mengenai saya hari ini? Kamu mahu orang ambil gambar kita dan timbulkan skandal yang lebih besar?"

Su Yan mengerutkan kening. Dia tidak biasa dengan kata-kata dan sikap dingin daripada gadis yang sebelum ini rela mendengar dan melakukan apa saja yang diarahnya. "Xiao Xi, itu bukan maksud saya. Saya ingin berbincang sesuatu yang penting dengan kamu!"

Ning Xi risau mereka akan diambil gambar bersama sekiranya dia terus membiarkan situasi ini berterusan.

Kereta lelaki ini terlalu menarik perhatian.

Ning Xi melihat ke kiri dan kanan untuk memastikan tiada orang di sekeliling. Kemudian, membuka pintu dengan cepat dan masuk ke dalam kereta itu.

Setengah jam kemudian, di dalam bilik satu restoran.

Su Yan memanggil pelayan dan mula memesan beberapa hidangan yang kebanyakannya kegemaran Ning Xi. "Xiao Xi, sudah lama saya tidak melihat kamu, jadi saya tak pasti sama ada cita rasa kamu sudah berubah. Bagaimana keadaan kamu setelah beberapa tahun di luar negara? Saya telah menghantar wang kepada kamu, tapi kamu telah kembalikan semuanya kepada saya. Akhirnya, kamu telah menukar nombor akaun bank kamu…"

"Cakaplah apa yang kamu ingin bincangkan tadi." Ning Xi menyandarkan kepala pada tangan sambil menulis teks mesej kepada Si Cilik untuk memberitahu dia akan sampai agak lewat ke rumah.

Dengan wajah putus asa, Su Yan menghulurkan satu cek kepadanya.

Dari sudut matanya, Ning Xi melihat sekilas cek yang bernilai lapan juta yuan itu, lalu menjeling kepada Su Yan. "Apa maksud kamu ini?"

Mata Su Yan menjadi tegas. "Xiao Xi, jangan membuat apa-apa yang akan buat kamu menyesal."

Ning Xi menurunkan telefon bimbitnya dan melihatnya dengan senyuman tawar. "Oh? Beritahu saya, apa yang telah saya buat?"

"Jadi beritahu saya, bagaimana kamu dapat watak ini?" tanya Su Yan dengan mendadak.