Pada waktu malam.
Selepas Lu Tingxiao menghantar Ning Xi dan Si Cilik ke Hotel Regal Riveria, dia tak terus balik ke rumah. Dia menelefon Lu Jingli dan mengajaknya untuk berjumpa di sebuah bar.
"Bro, kamu ajak saya pergi bar! Saya ingatkan saya berhalusinasi!"
Wajah Lu Tigxiao terlindung di sebalik bayang-bayang di bawah cahaya lampu yang malap. Dia mendiamkan diri untuk seketika sebelum berkata, "Mungkin ke?"
"Mungkin? Mungkin apa?" Lu Jingli keliru.
"Ning Xi… mungkin ke dia dah jatuh hati dengan orang lain," kata Lu Tingxiao.
Mata Lu Jingli terbeliak. "Hah? Siapa?"
"Saya."
Minuman Lu Jingli hampir-hampir tersembur, "Kenapa kamu fikir macam tu?"
"Rasa macam tu."
Lu Jingli menggaru kepalanya. "Bro, ada apa-apa yang jadi ke hari ni?"
Lu Tingxiao berkerut. "Rasanya macam Ning Xi kata yang dia suka saya."
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com