webnovel

Khazanah Tak Ternilai

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Biar saya tengok hadiah kamu. Saya syak Ning Xueluo buat sesuatu dekat hadiah kamu!" Ning Tianxin berasa risau.

Mesti ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku.

Ning Xi tersenyum dan berbisik kepada Ning Tianxin, "Kakak Sepupu, kamu memang pandai. Hadiah saya memang tak seberapa tapi ada je dengan saya ni. Saya pasti tak ada apa-apa pun jadi."

"Habis tu?" Ning Tianxin bertanya dengan rasa sangsi. 

"Saya rasa Ning Xueluo tahu apa yang saya nak bagi Datuk, jadi dia sediakan hadiah yang sama. Mestilah dia punya lagi mahal!"

Ning Tianxin serta-merta faham apa yang sedang berlaku dan mula panik, "Habis tu macam mana? Walaupun Datuk tak kisah, orang sekeliling kita mesti mengata… Xiao Xi, apa kata saya tukarkan dengan sesuatu untuk kamu?"

"Tak apa, saya okey asalkan Datuk tak kisah." Ning Xi berjalan mendekati datuknya sambil memegang hadiah dan berkata dengan sopan, "Datuk, selamat hari jadi."

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com