Ning Xueluo betul-betul terkedu. Dia sangka pembantu daripada Syarikat Lu yang ada dalam kereta itu.
Kalau kereta itu tak ada nombor plat kereta Lu Tingxiao, dia takkan terfikir pun tentang pembantu peribadi Lu Tingxiao.
Cheng Feng salah seorang pembantu Lu Tingxiao yang paling dipercayai dan agak berkuasa di Syarikat Lu. Biasanya dia tak akan datang sendiri dan akan hantar anak buahnya untuk uruskan perkara-perkara kecil.
Ning Xueluo terkejut melihat adik Lu Tingxiao, Lu Jingli ada di situ!
Ning Xueluo nampak mata Zhuang Lingyu dan Ning Yaohua bersinar dengan penuh rasa bangga. Harga dirinya melonjak tinggi. Dia sembunyikan keterujaannya dan menyapa lelaki itu. "Tuan Muda Kedua"
Selepas Ning Yaohua tenangkan diri, dia mempamerkan personanya sebagai presiden syarikat dan berjalan ke arah Lu Jingli dengan perlahan, "Selamat datang ke rumah kami, Tuan Lu"
Ning Yaohua hulurkan tangannya untuk bersalaman sambil dia bercakap.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com