Selain perniagaan Studio Spirit yang sedang memuncak, penggambaran Ning Xi bersama krew yang lain turut berjalan dengan lancar.
Pelakon wanita kedua akhirnya sampai setelah menghadiri pertandingan tariannya. Dia menari balet. Rupa, aura serta lakonannya juga agak bagus.
Sikap Chen Hanchen dan Qi Fang terhadap Ning Xi juga sudah berubah menjadi lebih baik. Mereka cuba bekerjasama semasa berlakon dan tidak membuat sebarang masalah lagi.
Proses penggambaran itu akhirnya sampai ke penghujungnya tanpa mereka menyedari betapa cepatnya masa berlalu. Penggambaran itu tamat dua bulan lebih awal berbanding rangka masa yang dijangkakan dan Chen Mian betul-betul gembira tentangnya.
Pagi itu, apabila Ning Xi sampai ke set penggambaran, dia mendekati Ke Mingyu dan menyerahkan sebuah beg plastik berwarna merah jambu kepadanya. "Keke, saya belikan sarapan untuk kamu!"
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com