"Sertai tentera penjajah?" Shi Feng mula termenung, berfikir.
Dia sememangnya ingin pergi melihat Lembah Suram untuk mencari Bab Kegelapan. Lagipun, kemungkinan Bab Kegelapan dan Kitab Injil Kegelapan ada kena mengena antara satu sama lain. Namun, dia mahu melihatnya dengan sendiri.
Hanya ada satu sahaja Bab Kegelapan. Ramai orang terkejar-kejar mendapatkan bab tersebut, bagaimana dia boleh memilikinya jika menjelajah dalam kumpulan?
Tidak mungkin semua orang rela memberikan Bab Kegelapan itu kepadanya.
Oleh itu, cara terbaik ialah bergerak seorang diri. Dia tidak perlu berkongsi Bab Kegelapan sekiranya dia berbuat demikian.
Berdasarkan maklumat yang Shi Feng kumpul dahulu, dia tidak perlu mengalahkan Ketua Agung Noya untuk mendapatkan Bab Kegelapan. Ketua Agung itu hanya mempertahankan Bab Kegelapan. Maka, Shi Feng hanya perlu mencuri Bab tersebut, dia tidak perlu membunuh Ketua Agung itu. Mendapatkan Bab Kegelapan dengan cara ini jauh lebih mudah.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com