Ramai pemain yang berkumpul di Bandar Sungai Putih disebabkan kehadiran Kedai Teleportasi. Jumlah populasi pemain di Bandar Sungai Putih terus melonjak sehingga melebihi Bandar Bulan-Bintang untuk menjadi bandar paling padat di Kerajaan Bulan-Bintang.
Shi Feng telah menerima laporan statistik yang dibuat oleh ahli Persatuannya apabila Shi Feng kembali ke Kediaman Sayap Sifar.
Statistik ini menunjukkan maklumat terkini yang dikumpulkan dari Dewan Bandaraya Bandar Sungai Putih.
Baru-baru ini, populasi pemain di Bandar Sungai Putih telah melepasi angka enam juga. Kebanyakan bandar utama di kerajaan di dalam Kawasan Dewa tidak mempunyai populasi yang besar seperti itu. Sebenarnya kebanyakan pendatang baru ini telah berhijrah dari pelbagai bandar di dalam Kerajaan Bulan-Bintang.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com