Apabila dua Jackal Iblis Hitam berpangkat Penguasa mati, seluruh kawanan haru-biru. Serangan mereka menjadi tidak tentu hala.
Tambahan pula, selepas perlawanan yang panjang, setiap Jackal menerima berbagai-bagai janis kecederaan. Jackal yang cedera teruk menjadi sukar untuk bergerak. Sebaliknya, pasukan Beku Biru hanya kehilangan dua belas pemain dalam perlawanan ini kerana para penyembuh sentiasa memastikan mereka terus hidup. Bagi mereka yang terselamat masih dalam keadaan yang sempurna; kuasa pertempuran mereka langsung tidak terjejas. Sebaliknya, selepas berlawan seketika, mereka mula biasa dengan perubahan graviti.
Tiba-tiba, keadaan sudah terbalik.
Pasukan Beku Biru mula mendapat kelebihan lalu melancarkan serangan kepada Jackal Elit dan Elit Istimewa.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com